Khamis, 31 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 61

Mesyuarat..mesyuarat

Tadi sekolah aku bermesyuarat bagi perancangan 2010. Daripada senarai tugasan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbir,tugasan aku macam tahun-tahun lepas gak..Ngajar Sejarah tingkatan 4 dan 5. BM tingkatan 3. Setiausaha PIBG, Penyelaras Skim Tuisyen FELDA..dan adalah 2,3 tugasan lain lagi..

Boss mengucapkan ribuan terimakasih atas peningkatan keputusan PMR dari segi kualiti dan peratusan lulus. Tahun ni seratus lebih pelajar orang asli akan mendaftar di tingkatan 1..Cabaran..cabaran...

Beberapa orang guru bertukar dan beberapa orang guru masuk.. Antara yg bertukar :
i)   Mohd Ridzuan Ahmad Kamal - Jemaah Nazir sekolah ,Kuantan
ii)  Sanusi daud - SMK Chini 2,Pekan.
iii) Normahifa Nordin - SMK Rahman Talib,Kuantan
iv) Siti Rahayu - SMK Setiawangsa,K.Lipis
v) Hishamuddin - Institut Perguruan,K.Lipis
vi) Ratno Apizal - SMK Dong,Raub

Selamat bertugas di tempat baru dan terima kasih atas sumbangan kalian...

Kepada semua pembaca..SELAMAT TAHUN BARU 2010..SEMOGA LEBIH CERIA DAN BERBAHAGIAN SEPANJANG MASA..


Ahad, 27 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 60

Institusi Pendidikan dan Aku

Ini adalah antara beberapa institusi pendidikan yang memberi kesan dan corak secara langsung dalam hidupku.. Saja untuk kenangan...

1)   Sek.Keb. Kuala Lanar,Kuala Lipis - Darjah 1 - 6 (1973-1978)
2)   Sek.Men.Ren.Keb.Kuala Lipis - Tingkatan 1 - 3 (1979 -19781)
3)   Sek.Men.Clifford,Kuala Lipis - Tingkatan 4 - 6 Atas (1982 -1985)
4)   Sek.Keb.Kuala Lanar,Kuala Lipis - GSTT (1986-1987)
5)   Maktab Perguruan Persekutuan,P.Pinang - Guru Pelatih (1987-1989)
6)   Sek.Keb.Pagar Sasak,Kuala Lipis - Betul-betul Guru..( 1 Disember 1989 - 30 November 1992)
7)   Sek.Keb.Padang Tengku,Kuala Lipis - ( 1 Disember 1992 - 30 Jun 2000)
8)   Sek.Keb.Kechor Tui,Kuala Lipis - ( 1 Julai 2000 - 31 Disember 2001)
9)   Sek.Men.Keb.Sungai Koyan,Kuala Lipis - (1 Januari 2002 - sekarang)
10) Universiti Sains Malaysia (USM) - ( Jun 1996 - Jun 2000)
11) ???????...belum tau...

Kuala Lanar Kenangan 59

Cerita-ceriti Meraban

Tadi aku pegi kenduri kawin lagi.Masa menunggu time makan,adalah seorang sahabat membuat cerita meraban. Cerita ni dah selalu aku dengar dan korang gerenti dah selalu dengar tapi saje aku nak bercerita lagi..

Dalam sebuah kampung di Hulu Jelai, tinggallah seorang tua dengan anak dan menantunya. Menantunya ni lelaki. Hobi kedua-dua beranak ni suka berikan di Sungai Jelai.kalau turun ke sungai,mesti masing-masing nak tunjuk terer sapa yg lebih hebat menangkap ikan.

Suatu hari,pak mentua ni mengajak menantunya pegi menjala ikan di Sg.Jelai.Pegilah berdua ni menjala. Dah letih menjala,Pak mentua ni mencabar menantunya berlawan menyelam sape lama.Takut jatuh air muka depan pak mentua,si menantu menyahut cabaran pak mentua.

Mula-mula pak mentua ni menyelam.Memang terer dia menyelam,dekat setengah jam baru timbul.
"Puhh..terer betul bapak menyelam..Bapak buat pe lama sangat kat dalam sungai tu?" Soal si menantu.
"Kat bawah tu,ada kedai kopi..sempatlah kawan ngeteh dulu", jawab si bapa dengan bangga sambil tersengeh-sengeh.
" Haa..mende tunggu lagi..Giliran aok la plak menyelam..Selam lama-lama skit,ntah-ntah jumpa kedai kopi tadi di dalam sungai", arah pak mentua..

Terjunlah si menantu ni ke dalam sungai..
"Gile nak menyelam selama tu..mampus kawan"..bisik si menantu..
Si menantu ni menyelam dan berenang dalam air ke tepi tebing dan timbul dicelah-celah reba di hilir sungai. Ntah macamana tetiba kepala si menantu ni tercucuk kayu dan berdarah lah skit..Duduk la si menantu ni di celah reba tu dekat sejam..Darah di kepalanye meleleh ke muka..

Pak mentua dah resah gelisah bila menantunya tak timbul-timbul menyelam..Menantunya perlahan-lahan menyelam semula dan timbul betul-betul depaan pak mentuanya..

"Lahh..Matnye kepala aok ni berdarah? Soal dengan cemas pak mentua ke menantunya..

"Mana tak berdarah..kene pukul dengan beluti 2,4 oleh tokey kedai kopi di bawah tu", jawab menantu.
"Matnye kene pukul?" soal pak mentua lagi..
"Mana tak kene pukul, bapak minum teh tadi tak berbayor," selamba je menantu menjawab......

Moral : Jangan perkecil kebolehan menantu..he he...

Jumaat, 25 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 58

Tak Dapat Kemende!

Hari Ahad 20hb Disember aritu aku pegi ke Kuantan dengan famili le..Tujuan utama nak bercuti le selepas habis urusan SPM.Di samping tu nak nengok rumoh aku kat Taman Indera Sempurna,Kuantan.. Dah lama sangat tak bertengok adalah dekat 3 bulan tak menjenguk..Ntah2 bersawang dan naik hutan dah.. Sampai di rumah sana, ari ujan tak berhenti-henti..Laptop dan broadband tertinggal plak..Kamera pun tertinggal belaka..Henpon kamera aku buat hal plak..Hampeh..Ntah mende la ke marunya.. Takde mende la, dok memerap je la kat rumah.Nak berjalan,segan ke ujan...Tak pada pulas..Sampailah arini, barulaa balik ke Lepeh..Dapatlaa meneruskan aktiviti memblog ni.. Esok,aktiviti macam biasa.. memenuhi 5,6 jemputan kenduri kawin..

Sabtu, 19 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 57

Kenduri Kahwin Lagi..

Hujan renyai turun sejak sebelum subuh lagi..hari ni aku menghadiri keduri kawin kat rumah Lan Forest di Kuala Medang. Tak pegi kang,tak patut plak..Walaupun hujan tetapi kerjasama antara penduduk Kuala Medang memang tiptop.Acara menyiang daging seekor kerbau dapat dibereskan tak sampai sejam pada pagi kenduri.Jadi di bawah ni beberapa siri peristiwa dan menu utama semasa kenduri tadi..

Aziz, Li Mancor, Pokde Kama,Pakcik Mat Lazin beraksi

Ali dan Mat Jawi turut beraksi

Tok Empat sudin Serau turut menunjukkan skill

Rangka kerbau dibereskan oleh Mat Jawi dgn hembusan rokok kreteknya

Yassin menguruskan ekor kerbau..Sup ekor ke?

Sup yang menggelegak..panas..panas

Kepala kerbau yang kecundang

Curahan santan ke dalam kari kerbau @ gulai kawah

Nasi beriani penangan Long Said

Nasi beriani bersama bahan-bahan

Gulai kawah,,bahagian tulang untuk aku

Menu sepesel..Gulai Asam Rong perut

Acar timun dan lada

Gulai lemak labu

Penduduk bergotong-royong menyiang daging

Tetamu sedang menikmati juadah

Sebenarnya banyak lagi menu yang dihidangkan seperti rendang hitam, sambal budu, ikan salai tapi aku tak sempat nak snap gambar..hujan lebat beb..Apapun terima kasih Lan..


Khamis, 17 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 56

Tragedi Kawanku

Semalam 15 Disember 2009,muka hadapan akhbar Harian Metro memaparkan kisah aksi terlampau pelajar perempuan tingkatan 2 bersama 5 orang jembalang tanah..Malam tu,aku meneleponlah membe aku yang jadi pengetua di mana budak pompuan ni belajar. Macam2 laa dia bercerita pasal tragedi tu.. Aku hanya mampu mendengar je laa dan kadang-kadang adala sesikit bagi idea bagi meringankan beban member aku ni.. Kesian..kesian..kesian..Tapi tu la bebudak sesari ni.. Ntahlah.. Nanti malam esok,aku nak gi ngeteh dengan dia..Mungkin ada lagi cerita menarik..

Walau apu pun..Salam Maal Hijrah..

Keratan Akhbar Harian Metro semalam.. pening lagi la member aku tu.. sabo..sabo..



Kuala Lanar kenangan 55

Kehidupan

Dalam hidup ini, manusia terbahagi kepada 3 kategori..:
i)   Bayangan HIDUP..
ii)  Pandangan HIDUP
iii) Pegangan HIDUP..

Anda masuk kategori mana? Setakat ni,aku masih dalam kategori BAYANGAN HIDUP...HE HE HE

Sabtu, 12 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 54

Cerita Penyendal Otak

Cerita dah biasa didengar,cuma aku nak ulang suara je di petang Sabtu ni..
Suatu hari seorang guru dari Kelantan yang bertugas di sebuah sekolah pedalaman Lipis telah mengarahkan muridnya menulis sesuatu di buku latihan. Guru ni mengajar Matematik Tahun Satu. Guru baru ni amat pekat dialek kelantannya.Tiadalah dia berbahasa baku atau standard.

"Saya mau semua murid tulih ako limo", arah guru tersebut kepada muridnya.
Muridnya menunduk menulis apa yang diarahkan olehnya.
"Doh siap ko?" Tanya guru tersebut.
"Dah,cikgu", jawab murid-muridnya.
"Ok,tunjukkan hasil kerja kamu"..
Semua murid menunjukkan hasilnya.
"Mu tulis gapo ni? Cikgu suruh tulih ako limo..Mu buat gapo ni?" Bebel guru tersebeut kepada salah seorang muridnya.
"Betullah cikgu..ako limo lah ni.." jawab murid tersebut sambil menunjukkan buku latihannya..
"Ako limo gapo lagu ni? Ako limo lagu ni.." Guru tersebut menunjukkan yang sebenarnya..
"Laaa..cikgu , cakaplaa angka lima..Yang saya buat ni betul la ako limo.. Orang kampung ni cakap,ako limo macam ni la rupanya.."sambil menunjukkan lukisan akar limau..

Moralnya : Janganlah guna bahasa dialek masa mengajar dan fahami la budaya setempat..he he

Jumaat, 11 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 53

Apabila Khatib Sedang Membaca Khutbah

Tadi aku bersolat Jumaat di sebuah masjid macam biasalah..Setiap ruang masjid dipenuhi dengan manusia yang ingin menunaikan kewajipan terhadap Allah.. Sedang aku khusyuk mendengar khutbah khatib minggu ini yang berkisar tentang gejala zina,tetiba aku terdengar suara riuh rendah perbualan di saf paling belakang. Rupa-rupanya sekumpulan Mat Bangla berborak sesama mereka dengan suara yang tinggi. Ntah apa yang dibualkan dalam bahasa mereka.Mungkin bercerita pasal sawit yang tak dipotong atau pasal harga bawang yang naik (Bawang merupakan bahan utama dalam masakan mereka). Setelah dijeling dan direnung oleh jemaah lain barulah mereka diam..dan ketawa pelahan-lahan..

Aku teringat beberapa minggu yang lalu..Aku bersembahyang Jumaat di salah sebuah masjid di pinggir jalan. Kebetulan plak hari hujan dan cuaca mendung.Khatib yang bertugas pada hari itu merupakan khatib tua @ veteran.Apa yang aku perasan dan timbul perasaan kesian apabila khatib tersebut gagal menyebut perkataan 'infrastruktur' dengan betul dan jelas. Setelah hampir lima kali mencubanya,barulah dia berjaya menyebutnya walaupun tak begitu tepat. Beberapa orang jemaah tersenyum-senyum kambing dan mengeleng-geleng kepala mendengarnya.

Patutnya berilah kat orang muda sebagai pelapis..ramai orang muda yang berkebolehan dan berkelayakan.. Dahla sebutan tidak tepat,suaranya kurang jelas..Intonasi suara mendatar sahaja..hancus..Takde semangat langsung nak mendengarnya..Kalau dah tak berminat nak mendengar macamana mesej dalam khutbah nak sampai kat jemaah..Carilah orang yang bersuara power sikit.Ntah-ntah geng khatib lama ni tak baca pun dulu pun teks khutbah tu..Atas mimbar baru tu la baca..Janganla kerana habuan sesikit semua nak sapu..Yang tua-tua ni sebagai penasihat je laa..tegur mana yang tak kena..

Rabu, 9 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 52

Pecat Guru

Cikgu Mat perlahan-lahan mengatur langkah ke bilik pengetua.Pintu diketuk dan menjengah masuk..
"Ini surat pemecatan awak sebagai guru.Ini adalah atas arahan dan kuasa saya"..Pengetua berkata tegas tanpa memandang muka Cikgu Mat.

Cikgu Mat terkulat-kulat mendengar kata-kata yang bagai luahan gunung berapi yang keluar dari mulut pengetua.
"Awak boleh buat rayuan dalam masa 14 hari",tegas pengetua lagi.

Cikgu Mat mengheret langkah berat keluar dari bilik pengetua sambil memikir seribu persoalan...

Adakah situasi di atas akan berlaku jika pengetua atau guru besar diberi kuasa memecat guru? Itulah yang timbul dalam akhbar hari ini..Power sungguh pengetua..Aku pun nak jadi pengetua gak..Boleh buang kerja orang..he he..Best bila kita ada power..orang takut giler..hormat..tunduk je..

Isnin, 7 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 51

Lagi Cerita Meraban..

Kesoh ni berlaku lama dulu. Zaman kain pelikat baru sampai ke Tanah Melayu. Kira pada zaman tu, sape-sape yg ada kain pelikat dikira orang kaya laa..Masa tu kain pelikat n i takde cap lg.. Jadi takde laa cap gajah duduk, gajah berdiri lagi takde.Tersebut la kesoh dua orang suami isteri di hujung kampung. Mereka  ni dah lama kawin tapi takde anok lagi. Rumah pulok di tepi hutan..dengan segala menatang lior ada belake.Rimau,gajah,beruang macam2 lagi laa. Kadang2 menatang ni sampai ke laman tangga rumah suami isteri ni..Ada la sesekali menatang ni mengintai mende la yg dibuat oleh suami isteri tu malam-malam..Setakat intai je la..

Suatu masa,suami isteri ni mendapat sedekah kain pelikat second hand dari orang kaya.Sehelai je. Gembira yg amat sangat la suami isteri tu. Disebabkan hanya sehelai maka bergilir-gilirlah mereka menggunakannya di waktu malam..bukan pe,buat selimut je..Kalu bininya guna,maka tido boling la lakinya,begitulah sebaliknya.

Suatu malam, datanglah sepasang rimau belang laki bini ke laman rumah suami isteri tadi.Bini rimau ni bunting sulung,tengoh mengidam kata orang.Maka dia pun mengintai la rumah suami isteri ni tadi,kot2 ada mende boleh dimakan.Kebetulan pulok malam tu,giliran isterinya memakai kain pelikat.Secara tak sengaja bini rimau tertengok sesuatu yang pelik.

"Bang,bang,..acu aok perati molek2 dlm rumoh tu..Buah mende la tu gamoknye? Tak penoh saya nengok buah begitu seumur hidup..Tak kecik,,tak besor,sedang molek je..berkilat pulok.Yg pelik buahnya tak lebat,ada dua butir je..tapi tangkainye di tengoh-tengoh..Sedap kalu dapat makan tu", bisik bini rimau kepada lakinya sambil mencari posisi yg lebih baik untuk mengclearkan pandangan lagi.

"Saya teringin la nok makan buah pelik tu..bang tolong la amikkan"..rayu bini rimau lagi.

"ishh..aok ni,mcm2 hal..Meh saya nengok pulok.."

"Ishh aok ni,buah tu memang la pelik,saya pun tak penoh nengoknye..Tapi buahnya tu tak masak lagi..Tengok tu,tangkainya keras je..Kalau dah masak,tangkainya terkulai..tu tanda buah dah masak. Kalau aok nak juga,2,3 hari nanti kita datang lagi amik buah ni", kata laki rimau pada bininya.

Akhirnya rimau laki bini pun berlalu.

Selang 2,3 malam kemudian rimau laki bini tu datang semula ke rumah suami isteri tu.Malam tu giliran suaminya berkain pelikat..Rimau tu pulak terlewat datang..dah tengoh malam baru sampai..

Bini rimau mengintai-intai tak sabar..
"Bang-bang..Tu la,aok degil,saya suruh amik malam tu,aok tak nak",,rengek bini rimau.

"Nape pulok?"

"Acu aok nengok molek-molek..kan dah takde buah tu.Tangkainye pun hilang gak. Baru je dipetik orang.Aok nengok tu..getahnya meleleh lagi kat situ.Mesti orang memetiknya baru je berlalu..:

Maka berlalu la rimau laki bini ke dalam hutan.Kempunan la bininya nak merasa buah pelik jarang-jarang nampok tu... Wassalam



Ahad, 6 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 50

Kenduri Kawin..

Tadi aku pegi majlis berlaga pusat di Kuala Medang.Waris aku juga..adala bau2 taik kucing dgn tuan rumah. Tuan rumah bernama Rosli pesara kaki tangan JHEOA Lipis. Kira-kira majlis menyambut menantu laa. Nama glamernya di Kuala Medang, Lee Pacok. Sekarang ni nelayan sungai sepenuh masa..

Ni la rupa pengantin.Dua-dua cikgu. Pahang VS Kelantan (Tak tau la sape menang..)
Tapi singboard hala ke rumahnya...? Pening la juge orang nok membacanye..

Kuala Lanar Kenangan 49

Sesaje Nak Bercerita (Cerita meraban)..

Tersebutlah kisoh beberapa ratus tahun yg lampau.Telah diadakan satu pertandingan menunjuk terer kepahlawanan pendekor setiap negara..Pertandingan ini diadakan setiap 4 tahun sekali (ala-ala Olimpik la). Pertandingan ini terbuka kepada sesiap saje dan mana-mana negara boleh menyertainya..Tapi setiap negara hanya boleh menghantar seorang peserta sje.Syaratnye mudoh je..setiap pendekor kena menunjukkan skill masing-masing..bukanya bergumpal atau meflying kick lawan..Tahun tu, Jepun telah menjadi tuan rumah dan 4 tahun akan datang Siam pulak jadi tuan rumah setelah menang semasa melobi perwakilan..Tak tau la berapa abis duit Siam pasal nak melobi jadi tuan rumah tu..

Pada kali ni, Tanah melayu diwakili oleh Tok Itam seorang pendekor yg low profile.Dia ni idup sezaman dan bersahabat dgn Hang Tuah..cuma tak pakai gelaran hang je..walaupun disuruh beberapa kali oleh hang tuah memakai gelaran hang.

Pertandingan pun bermula,dari pusingan awal hinggalah ke pusingan akhir..Sape yg kalah pusingan awal akan balik la dengan sebesar-besar kemaluan kerana gagal mengibarkan cabaran di jepun.Pada tahun tu, peserta tuan rumah,Jepun merupakan peserta peberet untuk merangkul kejuaraan.Tok Itam dengan selamba berjaya melepasi setiap pusingan.

3 orang peserta telah berjaya melangkah ke pusingan akhir..Ninja Jepun,Pendekor Kungfu Cina dan Tok Itam.Pertandingan akhir diadili oleh juri pro.bkannya sms.Mula-mula kungfu masuk gelanggang, juri melepaskan seekor lalat dan dgn gaya sangat hebat menunjukkan gaya bermain pedang membunuh lalat tersebut.Putus 3 lalat tu.Penonton bersorak.

Ninja pulak masuk gelanggang, lalat dilepaskan lagi..Gaya senjatanya lagi hebat..zup..zup..putus 6 kepak lalat tu..Penonton lagi la bersorak hebat..sah menang kali ni..

Tok Itam dengan selamba masuk gelanggang, Lalat dilepaskan.Tok Itam menghunuskan kerisnya..zas..zas... tapi lalat terbang dengan selambanya.Penonton mengeboo Tok Itam. Lalat tadi terbang ke tepi meje hakim dan menghantuk-hantuk kepalanya ke meja juri..Juri berasa pelik dan bertanya apa yg telah berlaku. Lalat berkata.."Idup aku dah tak bererti lagi..Kemaluan aku telah dipotong oleh Tok Itam sebentar tadi..hu hu".. Bila diteliti dgn rapi nampaklah kemaluan lalat tadi melekat pada keris Tok Itam.. Juara la Tok Itam...

Khamis, 3 Disember 2009

Kuala Lanar kenangan 48

Kolam Pancing Delta Bersatu Kuala Lanar

Kolam Pancing Delta Bersatu

Signboard Kolam Delta Bersatu

Saja aku nak bercerita tentang kolam pancing ni..Ni lah satu-satunya kolam pancing berbayar yg terdapat di Kg.Kuala Lanar. Lokasinya di tepi jalan Lipis-Jerantut..kira-kira 5km dari bandar Lipis. speisis ikan yg terdapat di kolam ni patin,rohu, dll. kolam ini diusahakan oleh member aku..Samsudin Yaacob atau nama glamernya "ABE"..anak jati Kuala Lanar.

Ditepi kolam ni terdapat sebuah warung yang menual pelbagai masakan panas.banyak pilihan.Boleh try.. Disamping itu,kolam ni turut menganjurkan berbagai aktiviti pertandingan yg menawarkan pelbagai hadiah menarik..Kolam ni jugak menjadi tempat penduduk Kuala Lanar melepak, menembak, menghabiskan belerang dan mengebom..Cuba la korang try datang ke sini..pasti teruja..he he

Rabu, 2 Disember 2009

Kuala Lanar Kenangan 47

Harta Orang Melayu Tepi Jalan

Musim peksa SPM ni, tepat jam 6.15 pagi aku akan meninggalkan rumah di Sungai Koyan menuju ke pusat peperiksaan. Memang gelap lagi turun dari rumah. Sepanjang pemanduan aku, ntah berapa kali aku nyaris melanggar harta orang melayu tepi jalan..Apatah lagi musim hujan begini..

Aku terpikir juga, mengapa la orang melayu suka sangat membiarkan harta mereka di tepi jalan sehingga membahayakan nyawa orang lain..Tu la orang kita, ada harta biorkan bersepoh di tepi jalan. Bukannya sikit, banyok.. Kerbau,lembu..Bukan sesekor dua, kekadang tu berbelas ekor. Bukannya setempat,2,3 tempat. Kalau kena langgor, maroh ke orang. Dah tau ada harta,jaga laa..Pastu mencemarkan jalan raya dengan semburan najis..abis kereta aku...

Kalau dari Koyan, kawasan ladang sawit sehingga ke simpang Tanjung gahai. Pastu turun bukit selepas Sungai Ular ke kg. Keledek sehingga simpang Bukit Betong. Setempat lagi area Tanjung Jambu.. Tu la orang Melayu,harta banyak tapi tak tau nak jaga...

Sori laa..mengomel skit..musim-musin hujan ni..he he..

Kuala Lanar kenangan 46

Anak Murid Aku

Jam baru 6.45 pagi..belum pukul 7 lagi. Aku menghirup teh perlahan-lahan.Asap dari cawan teh menyapa mukaku.Sepotong kuih bingka masuk ke mulutku. Mataku menyorot keluar dari.warung di tepi jalan itu..Teh ku hirup lagi. Sebatang Soemporna hijau ku sedut lembut. Asapnya berkepul keluar macam naga menghembuskan nafas..

"Assalamulaikum cikgu..Cikgu tak kenal saya ke? Saya ................Saya la murid cikgu paling cemerlang dulu. Saya la murid kesayangan cikgu. Saya la paling pintar. Saya la yg cikgu selalu puji dulu.. Hensem cikgu hari ni.Smart lagi.. Rokok sebatang..Boleh teh secawan?"... tetiba aku disapa oleh seseorang.

Aku memerhatikannya dari atas ke bawah..Memikir-mikir siapa dia ni? Ye ke anak murid aku dulu.? Aku melihat kakinya tanpa alas,penuh lumpur..Bajunya bertompok hitam,mungkin dah lama tak bertemu sabun dan air..Rambutnya tidak terurus..Dia tercegat merenungku. Aku menghulurkan sebatang rokok dan mempelawanya minum..

"Takpe la cikgu..bungkus je.." katanya.. Setelah menerima sebungkus teh, dia berlalu sambil menyanyi-nyanyi riang.."Cikgu memang baik dari dulu sampai sekarang" katanya sebelum melangkah pergi..

Aku merenung sayu dia berlalu..Memang itu anak murid aku suatu masa dulu..Sah. Menurut tokey kedai tu, dah hampir 3 tahun dia macam tu selepas eksiden motor..Kesian anak murid aku..

Isnin, 30 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 45

Sungai Koyan Yang Unik

Saje aku nak bersurah pasal sungai Koyan. Aku bukan lahir kat sini tapi mem besar aku orang sini. Aku kerja pun kat sini. Aku kenal sungai koyan ni bila menikoh dengan orang sini tahun 1993.

Unik?
i. Masyarakatnya majmuk.. betul-betul 1Malaysia. Semua negeri ada,termasuklah India,China,orang
   asli ,Indon,Bangla, Pakistan,Siam dll ..maklumlaa kawasan felda.
ii. Terletak dalam dearah Lipis..Urusan tanah, hasil, pendidikan (mulai tahun 90-an,sebelum ni di bawah
   Raub)  semuanya berurusan di Lipis.
iii. Tapi urusan eletrik(TNB), air(JBA) dan JKR(bangunan) terletak di bawah Raub.
iv. Poskod 27650 RAUB
v.  Parlimen Cameron Highlands (Dato' SK Devamany)

Kesimpulan : Jadilah orang koyan ni berurusan di banyak daerah,padahal mende tersebut boleh setel di satu tempat je.. Pening la juga kekadang tu..



Maghrib Di Sungai Koyan


 Hujan di Sungai Koyan

Ahad, 29 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 44

Motor Sungai Mail Geduk

Masa aku kecik-kecik dulu, pengangkutan dan perhubungan utama untuk ke bandar Lipis ialah keretapi. Selain itu jalan sungai merupakan alternatif yg sangat popular. Dari Kuala Lanar ke K.Lipis akan mengambil masa kira-kira 45 minit jika ikut sungai.Jika musim kemarau,perjalanannya semakin sukar dan mungkin memakan masa sejam lebih. Tambang masa tu kira-kira 50 sen seorang. Bagi yg berkemampuan mereka membeli bot panjang dengan menggunakan enjin sangkut seperti Johnson, Suzuki dan Evinrude.

Tapi yg paling popular sekali ialah motor sungai kepunyaan Tok Omar..Dia membeli sebuah bot nelayan laut yg agak besar dan dijadikan sebagai bot penambang dari Kuala Lanar ke K.Lipis.Bot tersebut boleh memuatkan kira-kira 20-30 orang. Hasil getah, durian juga turut dimuatkan di dalam bot ini. Ia sangat popular kerana satu-satunya bot yg berupa sedemikian.. Kalau ke K.Lipis masanya agak lambat kerana melawan arus. Bot ini menggunakan enjin diesel seperti enjin lori..

Kalau musim perayaan, bot ini sarat dengan penumpang dan barangan.Kadang-kadang kalau permintaan tinggi,ia kan membuat beberapa perjalanan pergi dan balik.. Bot ini juga boleh disewa khas bagi tujuan-tujuan tertentu seperti membawa rombongan pengantin atau perlawanan persahabatan.. Masa aku budak-budak dulu,aku suka duduk di atas bumbung bagi menikmati pemandangan di kiri dan kanan sungai Jelai. Satu lagi,bebudak suka sangat membantu pemandu bot mengepam air keluar dari bot.. Bunyi bot yg kuat menyebabkan ianya dapat didengar dari jauh.

Dari jeti K.Lanar,bot ini akan melalui beberapa kampung kecil seperti Tanjung Menaun, Lubuk Belida, Lubuk Telur,Belalai danTanjung Lipis..Kalau ada yg ingin menumpang di pertengahan jalan,cukup dengan melambai-lambai dan menjerit dari tepi tebing sungai.Bot akan singgah mengambil penumpang.Begitu juga semasa balik, cukup dengan memberitahu pemandu bot tempat untuk singgah.Segala-galanya beres.

Bila Tok Omar bersara membawa bot atas faktor usia,ia diambil oleh menantunya,Mail. Geduk..geduk..geduk..bunyi bot tersebut. Ini menyebabkan Mail mendapat gelaran Mail Geduk.. Tetapi apabila K.Lanar menerima pembangunan, dengan jalanraya terbentang luas, bot Mail Geduk semakin sepi dan akhirnya Mail beralih arah menjadi seorang penoreh getah tegar.. Kini bot Mail geduk hanya menjadi bualan sesekali di kedai kopi K.Lanar.. Terima kasih Tok Omar dan Mail Geduk atas khidmat yg banyak jasa kpd penduduk Kuala Lanar.

Lebih kurang macam ni la rupanya Bot Mail Geduk, cuma saiznya yg kecil sedikit


Ni adik beradik motor sungai Mail Geduk..cuma takde tiang-tiang..


Kuala Lanar Kenangan 43

Program Merakyatkan Seni Budaya Homestay Kuala Medang,Kuala Lipis

Petang tadi,aku pergi menyaksikan program Merakyatkan Seni Budaya Homestay Kuala Medang. Macam-macam acara dijalankan dari pagi sehingga malam ni..Malam ni ada Jefridin dengornye..



Acara Menganyam Ketupat

Inai Di jari..S.Jibeng Betau..Peserta karoeke

Gelisah..Mad Jais Pantos

Menyumpit kite..


Pameran Gasing Malaysia

Peserta Sepak Raga Ratus Perempuan dari Serau,,Company Tok 4 Sudin

Gaya hebat tapi tewas...

Sabtu, 28 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 42

Eksiden

Kereta Abe Joe Tokey Abe Jo Remote Car Cafe yg eksiden di Batang Kali beberapa hari lepas.. Tiada kemalangan jiwa.


BERHATI-HATI DI JALAN RAYA..MALANG TIDAK BERBAU!


Kuala Lanar Kenangan 41

Kisah Sembahyang Raya Haji

Masa raya haji baru ni, aku sembahyang raya kat sebuah surau. Disebabkan ramai sangat yg hendak sembahyang raya dan aku pulak terlewat sampai, aku bersolat di bahagian luar surau yg telah siap dibentang tikar. Ramailah yg senasib dengan aku sembahyang kat luar.

Selesai solat,khutbah hari raya pun dibaca oleh khatib. Sedang aku khusyuk (walaupun sebenarnya tak berapa khusyuk) mendengar khutbah, tetiba muncul dua orang manusia yg lengkap berpakaian baju melayu dan bersampin mahal,mungkin dua beranak duduk di belakang aku.. Aku mendengar si bapak memberitahu si anak.."Puhh..nasib baik kita sempat sampai,orang tak sembahyang lagi,baru baca khutbah.." kata si bapak dengan konfiden.. Aku mengaru-garu kepala yg tak gatal.Dah la bercakap dengan suara yg agak kuat. Gerenti orang kiri kanan dengar..Selepas khutbah raya,majlis pun berakhir..Aku melihat si bapak terpinga-pinga dan lekas-lekas menarik tangan si anak ke kereta..Aku terdengar beberapa orang bebudak yg dok dekat si bapak tadi ketawa terbahak-bahak.. Moralnya :???????? Ingat sembahyang Jumaat kot...

Rabu, 25 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 40

Kedai Daging Bakar Kg.Melaka

Tengahari tadi aku berkesempatan untuk makan tengahari di kedai Din @ Sani di Kg. Melaka,Kechau. Dah lama aku tak makan kat sini. Ni salah satu kedai peberet aku kalau nak makan memuaskan hati. Aku dah jadi sebati dengan kedai makan ni sejak aku mengajar kat SK Pagar Sasak tahun1990 lagi. Menunya tak berubah dan yang paling penting rasanya tak berubah menepati selera aku.

Kedai ni kepunyaan Din@Sani orang Kg.Melaka tu la.Kedainya biasa-biasa aje diperbuat dari papan. Kedai ni menjadi tumpuan ramai. Lokasinya terletak kira-kira 1.5km dari stesen minyak Petronas Kechau menghala ke Gua Musang. Kedai ni terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Kelantan. Menu utama kedai ni ialah daging bakar yg dicicah dengan kicap spesel. Selain itu ikan bakar seperti kembung, talipia, ikan sungai dll. Dan sudah pasti gulai asam tempoyak ikan patin atau ikan sungai yang dicampur dengan mentimun tahun.. Memang terangkat. sayur-sayur yg menyelerakan. Terdapat juga ayam, sayur masak air,mcm2 laa..

Kedai ni di buka dari sebelah pagi hingga petang..Tapi untuk tengahari,kalau lewat,gerenti tak merasa daging bakar..Aku memang rekemen kedai ni.. Gerenti korang tak menyesal..

Isnin, 23 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 39

Cerita SPM lagi..

Tadi SPM paper Mathematics 1 dan 2 serta ICT.. Mathematics 2 mula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Kertas 2 ni subjektif.Kertas 1 objektif. Kertas objektif tiada masalah, semuanya berjalan lanacar dan calon-calon pun menunduk je menjawab.

Kertas 2 mathematics bermula dengan sempurna. Kira-kira sejam waktu berlalu, aku menjengah dewan periksa yg ke dua.Dewan ni menempatkan pelajar-pelajar kelas hujung.. Sebahagian besarnya telah lena bersama renyai hujan yang turun. Yang belum lena mencakar-cakar kerta soalan.Habis segala gambar dilukis, menandakan mereka tak mau menjawab dah..Tapi arahan pengetua mereka melarang keluar selagi masa belum tamat. Ketika aku memerhati dari meja hadapan dewan, tetiba seorang calon lelaki mengangkat tangan dan aku segera menghampirinya.
"Cikgu saya nak keluar,dah tak boleh jawab..Habis dah saya pikir, ni jela saya boleh jawab" katanya selamba. Aku merenungnya sambil tersenyum.
"Awak dah hisap rokok pagi ni?" Tanyaku serkap jarang.
"Belum lagi cikgu.. tak sempat nak hisap rokok tadi.Kalau saya hisap rokok mungkin saya stay sampai abis", tambahnya..
"Dah..awak boleh hantar jawapan dan boleh meninggalkan dewan peperiksaan", tukasku.
Dia dengan senyum lebar meninggalkan dewan sambil mengenyit mata kepada membernya. Tak lama kemudian membernya turut keluar setelah menghantar jawapan yg tak berupa jawapan. Nak buat macamana, peraturan mengatakan calon boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan berjalan, walaupun pengetua melarang.Kalau dok dalam dewan pun,mengacau orang lain yang nak menjawab je..

Jam 2.00, kertas ICT bermula.Calon tak ramai 24 orang je..Kertas ni berakhir jam 4.30 petang. Sepuluh minit sebelum pukul 4, dewan dah pun terang.Semua telah kelaur dengan senang hati. Kami pengawas peperiksaan pun senang hati, kerja boleh dibereskan awal...

Ahad, 22 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 38

Cross Street @ Jalan Silang @ Medan Tangga

Muka masuk ke Cross Street
Cross Street

Korang tau kat mana Cross Street kat Lipis? Masa aku kecik-keceik dulu, tempat ni agak popular la. Ia bukannya jalan raya, cuma anak tangga bersimen yang menghubungkan Jalan Besar ke Jalan Jelai di tepi sungai.. Kira-kira macam jalan short cut la nak ke Jelai Street. Di kiri kanan cross street ni terdiri dari pelbagai jenis kedai.. Antara kedai top masa aku dulu-dulu ialah kedai Cina jual cendul sekarang ni dah jadi kedai henpon. Di hadapannya kedai makan Dollah Mamak,kemudia bertukar tokey kepada Mat Roti Canai dan sekarang tokey baru, Dollah gak namanya,orang K.Lanar. Ada kedai Zahari nasi campur, kedai Haji Malik Minang, Kedai makan cina, kedai runcit dan kedai jam..

Masa aku sekolah kat Clifford dulu, aku dok asrama.. Bila malam minggu,aku dan geng aku menyelinap keluar dari asrama,berpoya-poya di bandar.Tapi masa tu apala sangat hiburan kat bandar Lipis. Habis kuat panggung Paradise, takpun menjenguk rakit Mek Sepiah dari jauh..Biasanya kami pegi makan kat satu kedai atau warung Cina di Cross Streer ni..Pekene Char Kuay Tiaw..Biasanya Cina je makan kat sini tapi geng kami adalah antara orang Melayu Jahiliah yg makan kat situ. Kuali yang sama digunakan untuk menggoreng masakan cina dan masakan kami..Puhh bestt..Sambil tu mesti pekene barli ais.. Membe aku cakap kuali tu la goreng daging b*b*.. Tapi masa tu selamba jee..sambil pekene dunhill sesebatang dua... Maklumlaa zaman Jahiliah..he he..

Cross street ni adalah anak tangga simen dan tiada la kenderaan yg boleh melaluinya.Hanya pejalan kaki saje dibenarkan. kalun dari Jelai Street tu,lenguhla jugak mendaki anak tangga ni..Sekarang ni dah cantik,ada bumbung lagi..Dulu,kalu hujan, kuyup laa..Dalam sejarah,hanya ada seorang je manusia dengan selamba telah berjaya menunggang scrambler dari Jelai Steet hingga ke Jalan Besar melaui Cross Street..Macam dalam filem Jackie Chan jee.. Kalau nak tau, tanyalah MAT KERENYI dari Kuala Lanar..he he.. Power..

Kuala Lanar Kenangan 37

Kroni?

1999,Aku melangkah perlahan ke dalam sebuah bank di Jelutong,Penang. Bau hanyir Sungai Pinang berlumba-lumba masuk ke dalam hidungku.. Aku teragak-agak untuk masuk ke dalam. Aku tengok orang ramai berbaris panjang untuk berurusan di kaunter.Rupa-rupanya sistem nombor bank tu buat hal hari tu..  Urusan aku sikit je tapi penting.Kalu tak setel,maknanya aku tak berduit la aritu. Kul 2.00 ada kuliah plak di DTSP,USM.. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal..Nak masuk ke tak.. Kalu masuk baris, gerenti lambat, kaunter pun ada dua je buka.

Aku pun angkat punggung nak keluar.. "Cikgu..Cikgu.. Apa hal?" Tanya seorang muda  bertali leher yg baru saja keluar dari bilik bercermin gelap..Kami bersalaman. Aku menceritakan urusan aku yg sedikit tapi penting buatku yg sengkek masa tu..Dia mengambil dokumen aku dan menyerahkannya sambil berkata sesuatu kepada pegawai di bank tersebut.Pemuda tadi terus berlalu ke tingkat atas bank tersebut. Tak sampai 5 minit kemudian dia turun dan mengambil dokumen tersebut dan menyerahkan kembali kepadaku. "Maaf cikgu, tak dapat bersembang panjang, saya ada meeting di tingkat atas".. kami bersalaman dan dia pun beredar ke atas.

Aku keluar perlahan-lahan dari bank sambil mengaru-garu lagi kepalaku yg tak gatal. Sambil tu aku berfikir-fikir siapakah gerangan pemuda tadi yg menghulurkan bantuan disaat aku memerlukannya. Bekas muridku kah? Teman lamakah? Atau aku semakin pelupa? Sampai sekarang aku tak dapat mengesahkan siapakah dia. Yang pasti dia kenal aku... Tapi apa pun terima kasihlah..

Rabu, 18 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 36

Sijil Pelajaran Malaysia 2009

Hari ni 18hb November 2009 SPM bermula seluruh Malaya..Aku bertugas sebagai Ketua Pengawas (KP) di salah sebuah sekolah menengah di daearah ni. Aku difahamkan bahawa calonnya merupakan calon teramai di daerah ni.Semua sekali ada 203 orang calon. Dengan menggunkan sebuah dewan besar dan kelas sebagai pusat peperiksaan.

Aku dibantu oleh 10 orang penolong pengawas.Ada yg dah berpengalaman dan ada yg pertama kali merasai pengalaman menjadi pengawas peperiksaan awam di Malaysia. Dgn bantuan pengawas-pengawas lain alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada hari pertama ni. Harap-harap takdelah masalah pada masa mendatang..

Cuma aku ingin berkongsi cerita semasa peperiksaan ni berjalan.Seingat aku,dah hampir 17 tahun aku terlibat dengan pengawasan peperiksaan awam ni.Dari UPSR,PMR dan SPM. Dari penolong pengawas, ketua pengawas dan penyelia kawasan.Semua dah aku rasa.

Aku perhatikan calon-calon peperiksaan ni terbahagi kepada 3 kategori.. Kategori pertama, calon yg berkeyakinan bahawa mereka akan mendapa keputusan yg cemerlang.Calon-calon ni  bersemangat menjawab dan sentiasa fokus.Biasanya pelajar kelas hadapan la.Kategori kedua pelajar yg sederhana. Biasanya fokus pada peringkat awal tinggi dan beransur-ansur hilang dipenghujung..Ada yg lena diulit mimpi.
Dan kategori ketiga pelajar yg hadir sekadar rutin untuk peperiksaan. Semasa menjawab kertas Sejarah 1 pukul 11 pagi, tak sampai 10 minit dah berdengkur. Bila aku menyemak kertas jawapannya, didapati telah siap ditanda dgn cemerlang.! ..Harap-harap lulus la..

Ahad, 15 November 2009

Kuala Lanar Kenangan35

Pelajar Orang Asal..
Aku memerhati pelajar-pelajarku  yg terdiri dari pelajar-pelajar orang asli berlari-lari di tengah padang sekolah..Aku tersenyum dari bawah pondok bacaan di atas bukit. Mereka menghambat sebiji bola yg ditendang ke sana ke sini..Rata-rata terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 walaupun tidak begitu pasti berapa umur mereka sebenarnya.

Tetiba seseorang pelajar menjerit dan menunjuk nunjuk ke arah penjuru padang.Bola ditinggalkan dan mereka berhambatan ke penjuru padang.. Dengan bahasa yg tidak difahami mereka menunjuk-nunjuk, menjerit-jerit dan mengejar sesuatu. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan seolah-olah mengepung sesuatu. Aku tidak begitu pasti hanya memerhati dari jauh. Sambil mengejar meraka menyepak benda tersebut..Begitulah keadaannya, kepung,kejar dan sepak.. Mereka terjerit-jerit keseronokan..

Jeritan mereka mengendur dan tidak mengejar lagi. Seorang pelajar mengambil benda tersebut dan membawanya ke bawah pokok tempat pembakaran sampah yg masih lagi menyala apinya.. Aku memanggil salah seorang dari mereka dan bertanya apa yg dikejar tadi. Dengan bangganya dia menjawab, "Ular,cikgu. Dah mati kena kejar dan sepak tadi..Ni kami nak bakar.Dagingnya sedap cikgu,".. Aku menepuk dahi.. Agaknya ular tu mati kepenatan dikejar oleh bebudak asli tu.. Nasib awak la ular..

Kuala Lanar Kenangan 34

MISI

Tahun70-an dan 80-an dulu.K.Lanar belum lagi disinari oleh lampu kalimantang.Usahkan bekalan elektrik, tiang dan wayar letrik pun takde. Jadi masa tu takdelah aktiviti tak senonoh yang berasaskan media eletronik. Rutinnya apabila malam menjelang perhentian keretapi dan kedai kopi Pok Su yang menjadi tumpuan. Kaki lepak akan berhimpun di perhentian keretapi sehingga larut malam. Macam-macam isu yang dibincangkan. Biasanya isu muda-mudi la..

Ada seorang kaki mengintai (bukan Mat Kilat) yang hobinya skodeng rumah yang telah berumahtangga.. Bila malam menjelang je dia akan keluar dengan pakaian serba hitam dan menjalankan operasinya dengan terancang.

Pada masa tu klinik K.Lanar didiami oleh seorang misi yang baru berkahwin. Suaminya kerja di luar dan hanya hujung minggu sahaja berada di klinik tu. Misi tu menjadikan bahagian klinik yg tidak digunakan sebagai tempat tinggal..

Seperti biasa setiap hari jumaat atau sabtu suami misi tu akan datang menunaikan tanggungjawabnya. Sebagai langkah keselamatan,misi tu memelihara seekor anak anjing yang  baru pandai berbunyi halus. Pada malam kejadian,si Mat Skodeng ni pun menyelinap masuk ke bawah rumah misi tu..Dengan penuh debaran untuk menyaksikan aksi-aksi yang menyesakkan dada.. Sedang dia mencari posisi terbaik untuk mengintai di dalam kegelapan di bawah rumah tu,tetiba datang anak anjing tadi mengesel-geselkan badannya di kaki mat skodeng. anak anjing tu mengeluarkan bunyi halus untuk bermanja..Cemas dgn situasi tersebut,takut2 anjing tu mengeluarkan bunyi dan membuatkan misi tu tahu ada orang mengintai, si mat tadi perlahan-lahan mengusap usap badan anjing tersebut dgn lembut. Tangannya perlahan-lahan mencari leher anak anjing dan dengan cengkaman yg kuat terus mencekik leher anak anjing tu. Anak anjing tu tak sempat pun nak mengeluarkan bunyi dan terus terkulai mati.. Mat ni pun dengan selamba meneruskan misinya hingga berjaya..

Sejam kemudian dia pun keluar dengan selamba dan menuju ke perhentian keretapi Kuala Lanar dan dan dgn bangganya bercerita apa yg telah berlaku di atas dan di bawah rumah..Siapa? Tak perlula korang tau.. dah takde di dunia ni pun..he he

Klinik di mana cerita terjadi..

Perhentian Kereta api yg penuh nostalgia kini terbiar

Kedai Pok Su tempat pot paling happening

Jumaat, 13 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 33

Majlis Restu Ilmu SPM 2009


Pelukan dan linangan airmata seorang guru terhadap pelajarnya yang akan melangkah ke dewan peperiksaan pada 18hb November ni

Hari ini 13hb November 2009 bersamaan hari Jumaat, sekolah aku mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM. Majlis diadakan di dewan besar sekolah dengan dihadiri oleh YDP PIBG sekolah, pengetua, semua GPK, kaunselor dan guru-guru yang mengajar tingkatan 5. Tujuannya bagi membolehkan para pelajar tingkatan 5 bermaaf maafan dengan guru dan memohon restu bagi mereka menghadapi SPM pada 18hb ni.

Dengan pelukan dan tangisan mengiringi dan doa semoga para pelajar tingkatan 5 beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.Para pelajar juga dibekalkan dengan alat tulis yang disumbangkan oleh pihak sekolah dan PIBG..

Aku menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada anak didikku dan memaafkan segala perbuatan pelajarku. Cuma  aku meminta agar mereka membuktikan dalam peperiksaan nanti. AMIN..

Rabu, 11 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 32

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

18hb November 2009 ni bebudak tingkatan 5 akan menduduki SPM. Aku perhatikan bebudak sekarang ni amat jauh bezanya dengan  bebudak zaman aku nak ambik SPM.Aku SPM tahun 1983.Masa tu kehadiran SPM amat dirasakan dan kedatangannya sesuatu yg amat membimbangkan.Aku membayangkan jika gagal SPM habislah hidupku..Gelap masa depan..

Bebudak sekarang ni aku tengok selamba je..Ada yang tak peduli pun SPM nak datang.Aku pernah bertanya kat bebudak aku kelas ujung..Tak takut ke SPM nak datang ni? Dengan selambanya mereka menjawab..Apa nak kisah cikgu..IPTS banyak, lulus BM dapat sijil, masuk form six ni dah tak power, dah jemu nak belajar, baik cop sawit kat ladang,lagi loaded..Tak nak terkongkong dengan sekolah dah dan macam2 lagi la jawapannya.. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng kepala sambil berdoa agar mereka sedar SPM semakin hampir..Aku yg mengajar form 5 ni yg terlebih bimbang dgn SPM berbanding dengan calon yg nak mengambilnya..Yang sedar sikit akan bertanya..Cikgu soalan ramalan takde ke? Aku menepuk dahi..

Buat pelajar SMK Sungai Koyan,Kuala Lipis terutama kelas 5S dan 5P, selamat menjawab dengan semangat waja! Buat pelajar orang asli..buktikan anda boleh..!


Kuala Lanar Kenangan 31

Bulan Tanpa gaji

Hari ni baru 11.11.2009. Gaji dijangka pada 25hb..Sayup lagi tu. Ni semua bahana raya. Gaji terakhir diterima awal bulan Oktober aritu..Semuanya dah sapan..licin..Aduh..Aku menggaru-garu kepala yg semakin memutih memikirkan fulus.Nasib baik semua hutang kereta,bil,rumah,kredit kad dah setel awal-awal. Mende-mende tu tak leh sangkut..kalau sangkut lagi la parah..Nasib baik dok kat Kuala Medang yg belanjanya boleh dikawal lagi. Anak aku kat SMK Seri Lipis minta duit nak bayar asrama, ntah mende-mende lagi bayaran..Semuanya DUIT.. Aku cuba bertahan dengan tak menggunakan tabungan tetap.Hanya jika benar-benat terdesak je baru guna..

Makan pun ala kadar je..masih bertahan. Biar genting jangan putus. Tu falsafah yg aku warisi dari ayahku. Tapi ni benar-benar nak putus..genting sangat-sangat. Tangan macam gatal je nak jolok kredit kad.. Hati cakap..JANGAN.. masih ada cara lagi...Jangan tambah hutang.. Hutang lama tak setel lagi..Adusss..

Balik dari sekolah, aku dok melepak depan TV layan AWANI tetiba kedengaran handset aku berbunyi menandakan ada sms masuk.. Aku buat tak tau je.. Ke tandas..Dalam tandas aku terdengar bunyi satu lagi sms masuk..Aku buka peti ais dan menogok air sejuk.. Berbunyi lagi sms masuk..Dah 3 sms masuk tapi aku macam tak berminat nak membacanya.

Dengan malas aku membaca sms..YAHOOOO...tiga claim peperiksaan aku masuk.Rupa-rupanya sms dari AG menyatakan claim dah masuk.Pantas aku mentotal adalah seribu lebih..Alhamdulillah..Berpakaian ala kadar, start kereta,masuk gear dan meluncur laju ke Kuala Lipis...Selamat.. Terima kasih..

Sabtu, 7 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 30

Wahabi

Sejak dua menjak ni,heboh pulak Malaya dgn cerita Wahabi. Ia menjadi besar apabila Dr.Asri bekas Mufti Perlis ditahan oleh JAIS dan dikaitkan dengan Wahabi.Aku percaya ramai rakyat Tanah Melayu tak paham pun pasal Wahabi.. Apatah lagi penduduk Kuala Lanar..Kalau paham pun ntah-ntah sesorang berdua je.. Tak percaya cuba tanya  Pak Anjang Bakar Imam 2 Kuala Lanar..Gerenti terkial-kial nak menjawab.. Apatah lagi tanya ke Aziz Candu atau Mail Pok Yeh..lagi laa..Yang mereka tau abis mengeteh, gudang garam dan menoreh..Balik menoreh ulang mende yang sama..

Sedikit info amalam Wahabi yang aku petik dari pembacaan :
i.   Dalam mempelajari ilmu usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yg diasaskan Ibnu Taimiyyah.
ii   Dalam amalan fiqh,mereka tidak berpegang pada mana mana mazhab,malah boleh berpegang antara 
    satu sama lain.
iii  Berpegang pada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kpd itjmak dan Qias.
iv  Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul.
v.  Melarang ziarah ke makam walaupun makam Rasulullah.
vi  Menghancurkan semua tugu peringatan kerana boleh menyebabkan syirik.
vii  Melarang membaca qasidah dan berzanji yg memuji Rasulullah, tahlil dan seumpamanya.
viii Melarang umat Islam menyambut hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj dll.
ix   Melarang Umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
x    Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dibuang jauh jauh.
xi  Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan fatihah.
xii  Tidak boleh membaca wirid-wirid yg memuji Rasulullah.
xiii  Tidak boleh melagu lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh dibaca dengan lurus sahaja.
xiv  Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
xv  Amalan tariqah dilarang sama sekali.
xvi  Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang sama sekali.

Sesat? Belum tentu..Mengelirukan? Ya... Tapi yg pasti fahaman ni amat sukar dikesan... Sori laa.. Ilmiah sikit..Wassalam

Khamis, 5 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 29

Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang @  MPPPP@M4P @ MTC


1987..Masa tu aku bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih @ GSTT @ Guru Sementara di SK Kuala Lanar.Pada Julai tahun yg sama,aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang. Dengan selambanya aku ke sana,walaupun aku sebenarnya tak tau pun maktab tu kat mana.Yang tertera pada surat tawaran tu, alamat maktab di Bukit Coombe,Gelugor, 11700 Pulau Pinang..Aku mengambil bas pagi dari K.Lipis..macam biasa la bas ekspress Jelai. Dengan sebuah beg sandang rock aku melangkah dengan yakin walaupun tak berapa pasti.Sampai kat Puduraya hampir tengahari dan terus beli tiket ke Butterworth untuk jam 10 malam.. Hangit KL aku pusing untuk menunggu bas pukul 10 malam ke Butterworth..Akhirnya aku lena dalam bas EkspressNasional ke utara..Tetiba bas aku berhenti secara mengejut.Rupa-rupanya mengalami kerosakan .Jam menunjukkan waktu dinihari..Aku turun dan perhatikan keadaan sekeliling.Yang pasti di sebelah kanan jalan tu terdapat sebuah kilang simen yg besar.Yang aku pasti ia terletak dalam negeri Perak..Bas hanya dapat dibaiki apabila hari telah cerah..berjam-jam tersadai..Masa tu hiway Ipoh-Changkat Jering tak berapa nak siap lagi.PLUS pun masih dalam pembinaan..Akhirnya buat pertama kali aku sampai ke Buterworth sekitar jam 10 pagi..

Aku mandi ala kadar kat tandas stesen bas dan menukar pakaian kemeja,seluar slack menggantikan t-shirt dan jeans yg dipakai..Aku perlahan-lahan menuju ke sebuah gerai makan di tepi stesen bas. Buat pertama kalinya aku melihat makanan yg dijual disitu makanan yg berat-berat penuh dengan lauk pauk macam nak makan tengahari. Aku yg dah biasa pekena teh tarik,kuih,nasi lemak atau roti canai terpaksa mencari kedai lain. Setelah bertanya orang,barulah aku berjumpa dengan kedai mamak jual roti canai..

Perut yg kekenyangan tu buat biji mata aku segar kembali.Sambil menyedut sebatang dunhill, mataku melilau mencari arah feri untuk menyeberang ke pulau pinang.tapi arah yg aku cari tak juga berjumpa.Malu nak tanya orang kononnya..Secara tak sengaja aku terjumpa dengan seorang apek pemandu prebet sapu. Setelah berunding dan dia tahu kat mana maktab tu,akhirnya bersetuju untuk naik keretanya dengan bayaran RM40.00..Dengan sekali pusing bangunan stesen bas Buterworth,kereta tua apek tu telah pun berada dalam feri menuju ke pulau. Buat pertama kalinya aku menaiki feri yg kemudiannya menjadi sinonim dgn aku.. Kalau la aku tau,tangga menuju ke feri tu hanya disebelah bangunan tu,mampus aku tak naik kereta apek tu. Tambang feri masa tu 40 sen je..Tu la berlagak sangat dan sombong taknak tanya orang..

Bila sampai di pengkalan di pulau,kereta apek tu meluncur dengan laju ke Gelugor dengan melalaui Jelutong. Aliran trafik Penang memang teruk.Bersimpang siur..kasar dan kadangkala mengerikan.Apek tu dgn selamba memecut kereta tuanya walaupun aku cemas..Setelah sampai ke area Gelugor, apek tu dengan selamba bertanya kat aku.."Lu tau ka mana itu tempat?" Hati aku dah panas dan menyumpah serta mencarut apek tu..tapi dalam hati aje laa..Maklumla tempat orang.. Setelah terbabas melepasi pekan Gelugor dan buat U-Turn, barulah aku perasan maktab tu terletak di belakang bangunan RECSAM..satu pintu masuk je..Nasib baik aku ternampak banner "SELAMAT DATANG" kalau tak ntah kemana apek tu bawak aku.. Dengan menyumpah dalam hati,aku membayar RM40.00..hampeh betul..Rupa-rupanya ada lagi geng Lipis yang nak mendaftar..Ramzan,Taufik dan Bazaruddin...

Sejak hari tu rasmilah aku menjadi warga MTC..Bravo!

Ahad, 1 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 28

Feri dan Penang



Ni feri kat penang yg merupakan pengangkutan utama penduduk untuk menyeberang ke pulau dari tanah besar atau sebaliknya.Pagi-pagi memang penuh dgn manusia dan kenderaan untuk ke tempat kerja. Begitu juga bila time abis waktu pejabat..Berpusu-pusu manusia mengejar feri..

Saja aku nak cerita pasal feri kerana ia penuh nostalgia buatku.. Aku mula kenal feri tahun 1987 bila aku nak lapor diri di Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang @MTC . Ia merupakan pengangkutan utama bebudak MTC walaupun Penang Bridge dah ada..

Macam-macam peristiwa yg berlaku di atas feri ini.Tambangnya 40 sen je masa tu..Dok ditingkat atas sambil menghirup bau hanyir Selat Melaka.Tingkat bawah ruang untuk kenderaan. Aku pernah berbuka di atas feri dengan air kotak kerana feri lambat sangat bergerak ke Bagan @ Butterworth.Pernah tertido di atas feri  hingga feri tersebut 2,3 kali ulang alik dari jeti Sultan Abdul Halim ke Jeti Raja Tun Uda. Mengorat anak mami atas feri perkara biasa bagi aku and the gang. Pernah tengok orang terjun dari feri bunuh diri..Gempar kejap. Pernah menyaksikan bagaimana kereta tetiba meluncur ke dalam laut dari feri yg menghampiri feri untuk mendarat.

Peristiwa paling tragis apabila menyaksikan Jeti di Butterworth runtuh dan mengorbankan banyak jiwa akibat tidak dapat menampung bilangan manusia yag terlalu ramai sempena perayaan kaum Tionghua.Memang kelam kabut sangat masa tu.

Masa belajar kat USM 1996-2000, feri tu masih setia memberi khidmat seperti biasa walaupun aku jarang sekali menggunakannya kerana selesa menggunakan Penang Bridge..Selepas aku bergraduasi dari USM tahun 2000,aku tak pernah menjejakkan kaki ke Penang..Hinggalah tetiba hati terpanggil untuk mengimbau kembali kenangan bersama feri..Hatiku ingin benar mendengar kata-kata kapten feri "Pulau Rimau bergerak sekarang"...
Baru-baru ni,aku cuba mengembalikan nostalgia tersebut dengan menyeberang ke pulau dengan feri.. Ferinya masih sama dgn nama pulau-pulau di Malaysia cuma color feri je ada yg berubah. Ada yg colorful.. Tetapi color macam dulu-dulu spt gambat di atas masih ada. Sambil menyedut rokok Sempoerna hijau aku menghirup bau selat Melaka perlahan-lahan..Baunya masih hanyir macam dulu-dulu jugak..Cuma tambangnya dah naik..kedai penjual buah pala di jeti sebelah pulau masih ada, pengayuh beca masih lagi berkeliaran..Cuma bas kuning zaman aku dulu dah takde,ganti dengan Rapid Penang..

Stesen bas Butterworth yg terbakar dulu masih tak berganti..Ntah bila MPPP nak ambik action.. YAB Guan Eng bila lagi?...Nanti lain kali aku cerita pasal MTC,USM,Gelugor,Jelutong,Titi Teras dll..Nostalgia Penang..