Ahad, 31 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 74

Apabila Kaki Menjerit

Baru-baru ni aku pergi berjumpa dengan seorang pakar refleksologi..Dia telah mengurut tapak kakiku... Aduh betapa sakitnya..Terkerenyi menahan kesakitan.. Tanda dah tua.. Sendiri mau ingat laa...

Kuala Lanar Kenangan 73

Roti Canai Pak Din,Jerantut

Tadi aku meninjau pekan sari Jerantut..Sesaje melawat..Dah lama tak pegi Jerantut.. Dan seperti biasa, aku pekene roti canai Pak Din 2 keping bersama kuah daging cincang.. Tokey tambah sekeping lagi...!

Sori la terlupa nak mengajok Bro Yassin ngeteh...

Jumaat, 22 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 72

Pulut & Rendang Jamil

Tadi aku ke Pasar malam di Lipis..Aku beli pulut dan rendang Jamil yg ngetop kat Lepeh ni. dah lama aku tak pekene pulut ni..Kira ok la..Sekarang Lepeh ada plak satu lagi pasar malam kat bandar baru..kalau tak silap malam senin..Ala-ala uptown kot..Tapi aku tak pernah pegi lagi la. Dalam bab ni,aku tabik la kat majlis Daerah Lipis kerana pandai cari duit..he he..

Hari sabtu lepas,aku pegi ke pasar malam Benta..dan aku telah membeli pulut taik minyak..Lama tak makan pulut taik minyok ni..Pepaleh sedak weh...Petang sok nak pegi lagi la ke pasar malam Benta..nak cari kuih kuaci pulut hitam dan tapai pulut bungkus daun keladi.. Kalau dapat minum airnya lagi la sedak...

Pulut Jamil & rendang

Kuala Lanar Kenangan 71

Merentas Desa Sekolah

Tadi jam 8.30 pagi Jumaat telah berjalan acara tahunan merentas desa sekolah aku. Ianya melibatkan semua pelajar yg dibahagi kepada 6 kategori,lelaki dan perempuan A,B dan C..Seperti tahun-tahun lepas, kebanyakan kategori diungguli oleh pelajar orang asli...Tapi apa pun, esok (Sabtu) sekolah weh..Ganti nak cuti raya Cina...

Pelajar sedang khusyuk mendengar taklimat keselamatan
Rata-rata muka pelajar asli
Pelajar perempuan tak sabar-sabar
Aktiviti regangan sebelum acara bermula
Perempuan C di garisan permulaan


Cikgu Salam dan Zuraisham mengambil kesempatan posing..Baju merah tu solo lagi
Berlari dengan penuh power..

Rabu, 20 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 70

Buat Renungan Bersama..Semoga ada manfaatnya

Ni aku dapt dari seorang hamba Allah yg menghantar sms tadi..

Renungkan...
27.11.09 (Jumaat) -Hari raya Aidil adha
18.12.09 (Jumaat) - Tahun Baru Hijriah
25.12.09 (Jumaat) - Hari Natal
01.01.10 (Jumaat) - Tahun Baru Masehi
15.01.10 (Jumaat) - Gerhana Matahari
26.02.10 (Jumaat) - Maulidur Rasul
28.06.10 (Jumaat) - Hari Wesak
10.09.10 (Jumaat) - Hari Raya Aidil fitri
27.08.10 (Jumaat) - Nuzul Quran
05.11.10 (Jumaat) -deepavali
 ???????  (Jumaat) - Kiamat?

Ahad, 17 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 69

Rokok dan Aku

Aku ni dikira bekas perokok tegar la. Dulu aku perokok yg boleh menghabiskan beberapa kotak rokok sehari,. Masa tu Dunhill la rokok peberet aku.Kemudian beralih kepada Sampoerna hijau. Sekarang ni masih juga menghisap sesebatang dua seminggu,,masa-masa teringin.. Kes aku berhenti kerana hasil pemerhatian aku, kotak rokok tu tak diletakkan logo HALAL oleh JAKIM.. Kalu ada logo HALAL, mungkin aku akan mejadi perokok tegar macam dulu-dulu..he he.. Kalau orang hulur kat aku, sambar jugak..bukan ape, nak jaga hati kawan..he he..(Bete ke alasan aku ni?....)



Rokok peberet aku sebelum bersara separuh merokok//

Nape la JAKIM tak letak logo ni kat kotak rokok? 



 P/S : Aku terpaksa menarik keluar entri aku mengenai DVD Lanun..Takut menteri Semail Saberi denda aku kerana membeli yg pirate punya....Arini dia dah warning dalam paper...hu hu



Sabtu, 16 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 68

Hidup Tanpa Henpon

Tadi aku terbaca satu artikel dalam surat khabar mengenai kehidupan manusia ni tanpa henpon. Guane agoknye? Takde mende-mende jadi kalau takde henpon. Tak mati kot kalau takde? Jadi miskin? Jadi kaya? susah? Entahlah..aku pun tak dapat nak jawab..masing-masing punya pendapat..

Tapi kadang-kadang aku pelik juga tengok membe-membe kat sekolah ni,tukar henpon macam tukar underwear je.. bulan ni model ni, bulan depan hok canggih lagi.. 2,3 bulan lain pulak dah..Kadang-kadang tu seseorang sampai 2,3 henpon..ntah mende dibuatnya banyok-banyok..Nak bercakap mulut tu je la satu.. Tapi ye la..duit dia,nak buat macamane..Tapi sendiri mau ingat laa..

 Kat sekolah aku ni ada seorang cikgu senior,sejak azali tak pernah guna henpon..Mendengornya pun takut..Fobia sebenornya..dia cakap,henpon ni banyak bawak penyakit..Koi nengok setiap pagi, dekat segenggam ubat ditelannya..Tapi bila dia buah PhD baru-baru,adalah dia merungut jugak,payoh nak berhubung dgn lecturer dan membe sekuliah tapi masih bertahan tak guna henpon... Harap2 dia mampu bertahan...

Ahad, 10 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 67

Komunis Melayu?

Beberapa bulan yg lalu,aku membeli beberapa buah buku melalui internet..Buku memoir beberapa orang pejuang Melayu yang berhaluan kiri.Mereka ini terlibat secara langsung dengan Parti Komunis Malaya (PKM)..Bukan ape,sebagai seorang guru Sejarah,aku perlu membaca pandangan dari pihak mereka pulak.. Taklah mendengar cerita sebelah pihak sahaja dan dapatlah membuat pertimbangan sama ada mereka ini pejuang atau petualang...Antara buku-buku yang ku beli ialah mengenai Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abdullah C.D, Abu Samah,Chin Peng dan Suriani Abdullah... Di samping itu juga kisah nasionalis Pak Sako..Saja nak mengetahui dari sudut pandangan mereka.. Banyak kisah-kisah yang tak pernah diceritakan dapat diketahui.. Apatah lagi ada beberapa nama dalam cerita tersebut yg aku kenali..Walaupun begitu, dirasakan masih banyak cerita-cerita yg tersembunyi yg luput bersama-sama dengan orang yg mengalaminya.. Aku cuba pula mencari buku-buku  kisah wahi Annuar, Musa ahmad dll....




Kuala Lanar Kenangan 66

Aduhai Pelajarku

Sudah seminggu persekolahan 2010 berlalu.. Hari Khamis yg lalu,aku masuk ke sebuah kelas Tingkatan1. Kelas ni kelas yg hujung sekali.Aku masuk kerana menggantikan guru yg tidak hadir..99% pelajar kelas ni terdiri dari pelajar orang asli..Macam2 gelagat yg aku peratikan..Tapi inilah cabaran 2010.......



Rabu, 6 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 65

 Persekolahan 2010

Walaupun sekolah dah mula 2,3 hari tapi aku masih lagi tak habis sibuknya..Nak nengok blog pun tak sempat.Dari hari pertama hingga la tadi,ibubapa tak putus-putus datang menguruskan hal anak-anak mereka. Aku pun turutla buat-buat sibuk walaupun sememang sibuk..

Mesyuarat berturut-turut hari.. Tadi meeting kurikulum, esok meeting kokurikulum, Jumaat Bidang Kemanusiaan..Minggu depan Panitia plak...aduss..Update Rancangan tahunan, HSP, buku rekod mengajar.. macam-macam laa.. Nasib baik tak jadi guru kelas... Pun bernasib baik kerana P&P dapat berjalan dengan lancar dalam kelas.. Bebudak ready untuk belajar..Buku teks cukup,buku tulis pun ok..

Aku teringat hari pertama aku mengajar di SK Pagar Sasak selepas posting.. Aku mengajar kelas Tahun1.. Macam2 perangai budak baru masuk sekolah..tapi itulah kenangan paling best..Ada yg terkencing dalam kelas, lari keluar kelas mengejar maknya, meraung takut ditinggalkan...

Aku juga teringat cikgu2 yang sama-sama mengajar pada masa tu.Ada yg masih berhubungan dan ada yg tak dapat dikesan.. Ada juga yg telah pergi buat selama-lamanya.

Cikgu Zainal Abidin Ismail guru besar yg tegas dan digeruni tapi penuh tunjuk ajar.. Sekarang guru besar berijazah di SK Benta.GPK Cikgu Ibrahim Aziz penyelia di PPD Lipis..suka aktiviti luar..mencari ikan, berkhemah,memburu..orang kuat politik Lipis. Cikgu Sabri Yusof dan isteri Ustazah Hasmah..balik Kelantan tak dengar berita..Annuar Sulaiman teman serumah..balik penang sambung belajar kat UPSI..senyap tanpa kesan. Lee Hock Chiu balik Kelantan tapi baru-baru dapat dihubungi..sambung belajar buat ijazah kat Maktab lipis..jumpa la balik...Azalan affendi orang kg.Budu..Kat kementerian Pelajaran,Penolong Pengarah BPG. Roslan Perlis..kuat Arqam..balik Perlis terus sepi.Byk kenangan dgn dia ni..Arwah Ustaz Napi..Ustaz yg sempoi dan sangat baik hati.Arwah Cikgu Talib, cikgu veteran yg penuh humor dan cerita..tulisan tangannya amat cantik...Mohd Robaei dan isteri Fauziah..Dengar khabarnya dah jadi Penyelaras PKG kat Jeli,Kelantan.

Saje je nak mengimbau kenangan sekolah pertama aku sebagai guru terlatih hasil keluaran Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang...

Ahad, 3 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 64

Hari-Hari yang Sibuk...

Pagi tadi,lebih kurang jam delapan,aku memecut kereta ke SMK Seri Lipis dari rumah di Sungai Koyan untuk menguruskan anak jantan aku masuk ke asrama..dah tingkatan 2 pun..Sebenarnya aku kena jadi mc arini untuk majlis pendaftaran pelajar Tingkatan 1sekolah aku tapi mohon pelepasan dari boss..
Usai je urusan kat SMK Seri Lipis,aku ajak mem pun pegi mengeteh kat kg. aku la..Kg.Kuala Lanar..Masa ntu dah pukul 10 lebih..Dah lama tak mengeteh kat warung Mak Su Sabar ni..Tempat lepak warga Kuala Lanar yg terdiri dari berbagai peringkat,..Kalau nak dengar berita terkini dan cerita sensasi datanglah ke sini. Semua ada..Dari sesi mengutuk Tok Empat,JKKK,JK Masjid,harga getah, mengecam kerajaan BN, memuji PKR semua ada..Tapi bila sampai kat sana, rupanya tutup arini,, nasib..nasib

Aku memecut semula ke Sungai Koyan dan menghantar mem ke rumah..(Bior dia bancuh teh sendiri kat rumah..he he ) aku ke sekolah untuk melihat suasana pandaftaran Tingkatan 1...


Warung maksu sabar yg cuti...Macam2 ada kat sini..

Lighter paling beso penah aku jumpa masa mengeteh dulu-dulu..

Ibubapa yg hadir mendaftar anak mereka..Ramai orang asli

Sebahagian anak orang asli yg akan masuk Tingkatan 1

Kaum bapa orang asli yg bersemangat untuk pelajaran anak mereka

Suasana pendafttaran dalm dewan selepas taklimat

Lagi suasana tersebut..Cikgu Paizah begiti sibuk sekali

Jumaat, 1 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 63

Pekan Sari Kuala Medang

Tadi aku ke pekan sari kuala Medang..Sesaja ronda-ronda sambil meramaikan orang..Macam-macam
aktiviti orang ramai kat sini. Di bawah ada beberapa gambar yg berkaitan.


Suasana Pekan Sari Kuala Medang

Bot orang asli dari Pantos

Orang asli menjual getah buku di Kuala Medang

Kesemua getah di atas bernilai hampir RM 1500.00. 3 hari menoreh encik..!

Patin sungai original..2.2kg bernilai RM150.00.. Pahit bete nak membeli..Tapi sekejap je dah licin dibeli orang.

Udang lipan yg aku beli..dah siap digoreng dan dah habis pun..

Cemang kepayang yg sedia untuk dimakan..RM2.00 je.. Sayang-sayang buah kepayang,dimakan mabuk dibuang sayang....

Lagi ikan sungai yg kecil-kecil..lampam,kemperas dll.. goreng pun sodap..!

Buah perah yg sedia untuk dimakan... sedap...