Sabtu, 31 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 27

EPL

Kini sedang hangat Liga Perdana English (EPL)..Ramailah penyokong berani mati kononnya memberi sokongan pada pasukan peberet masing-masing. Ada yg sokong Chelsea, Arsenal, MU, Liverpool dll.. Beria bete bercerita tentang kehebatan liga orang lain.. Aku dulu penyokong Liverpool..zaman Kevin Keegan, Kenny Daglish, Ian Rush, John Barnes..Dulu MU dan Liverpool merupakan dua team yg paling hebat la.Team lain sesekali je dapat menyelit.. Tapi aku dari dulu memang tak sokong MU..Tak tau mengapa..Dah cuba banyak kali tapi hati tak nak sokong gak..Nak wat macamane.. Sekarang aku sokong Chelsea plak kerana komitmen dia orang terhadap team... Bravo Chelsea..!

Liga Malaysia? Piala Malaysia? Team Pahang? Tak payoh cerite le..menyampah..nak cerita pun tak sanggup.. Takde pembaharuan langsung. Dulu bersemangat gak dari Lipis nak ke Kuantan nengok bola tapi sekarang tak hingin langsung..Aku terkenang zaman kegemilangan Pahang tahun 70-80an dulu. Zaman Hamidun Abdullah, Jamal Nasir,Davendran,Wan Peli,Rosmaini Mohd Shah,..diikuti zaman pemain import Fandi, Suriamurthy, Alan davidson dll..Zaman tu memang bersemangat nak menyokong.. Sekarang ni main pun macam hampes,tak bersemangat langsung, lembik, harap gaji je banyak..main ngalahkan budak sekolah rendah..

Dulu Kuala Lanar sebuah kampung yang mempunyai team bolasepak yg agak hebat. Sampai ada dua team. Team A dan Team B. Team A diwakili oleh pemain senior seperti Itam Pendekar Mata Satu seorang penjaga gol yang hebat, Pok Teh Latif, Pak Ngah Razak, Din Belit, Vietcong dll. Team B diwakili bebudak baru lepas sekolah seperti Ripin,Amir,Toni dll.. Banyak perlawanan persahabatan diadakan. Masa tu Team Kuala Kechau dan Tg.Lipis dikira pasukan sayur atau makanan K.Lanar. Friendly dibuat sehingga ke luar daerah seperti lawan Paya Luas,K.Krau..Lawan dgn Sibar,K.Kenong,Kerambit, Telang tu kira dah biasa sangat. Biasanya perlawanan dibuat secara timbal balik..Memang meriah dan 1Malaysia masa tu,...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 26

Wayang Longgok @ Pacak

Deme tau wayang longgok? Wayang longgok ni wayang yg skrin atau layar putihnya di pacakkan di tempat lapang spt padang. Para penonton bebas untuk duduk di mana-mana tempat yg difikirkan sesuai. Alas tempat duduk sila bawa sendiri..Kertas surat khabar, daun pisang, kerusi dll yg difikirkan sesuai.

Masa aku kecik-kecik dulu tahun 70-an, kehadiran rombongan wayang pacak ni amat dinanti-nantikan. Ia adalah hiburan alternatif yg ada bagi menggantikan TV. Biasanya wayang pacak ni diuruskan oleh Jabatan Penerangan Daerah Lipis. Ketibaan rombongan ni diketahui kehadirannya apabila bot yang membawa peralatan dan krew tiba di jeti K.Lanar yang terletak berhampiran rumah Pak Busu Kudin.. Berita kehadiran wayang pacak ni segera tersebar. Lokasi tayangan biasanya di kawasan tanah lapang berhampiran jeti sg.Jelai tu. Maklumlaa pengangkutan utama masa tu sungai..Jalanraya tak berbau langsun.. Budak-budak spt aku akan keluar awal ke tempat tayangan melihat peralatan dan proses pemasangan dijalankan. Penuhlah dgn bebudak.Kadang-kadang mak bapak pun turut menyibuk.

Tayangan bermula pada sebelah malam sekitar jam lapan. Penuhlah dgn penduduk K.Lanar tanpa mengira usia..Ada yg sanggup datang dari K.Lanar sebelah ats dgn berjalan kaki, mengheret anak bini masing-masing. Berbekalkan pelita bagi menyuluh jalan. Tak pun daun kelapa diikat dijadikan 'karok' penyuluh jalan.
Cerita yang ditayangkan mengikut selera Jabatan Penerangan. Biasanya cerita  tentang pembangunan negara. Pastu barulah ada tayangan filem..Dok ralit nengok wayang tetiba tayangan dihentikan..Rehat separuh masa. Maka keluarlah Pakchu Dollah (Sekarang Dato') memberi sedikit syarahan tentang ekonomi, pembangunan, sosial negara. Orang kampung terangguk-angguk bersetuju..sambil dalam hati merungut,bila laa  tayangan nak sambung..

Tayangan biasanya berakhir jam 11 malam.Maka berduyun-duyun la penduduk K.Lanar balik ke rumah. Anak-anak kecil lena dalam dukungan emak masing-masing..Aku pun mengatur langkah dalam kegelapan balik ke Tg.Menanun..dengan harapan bulan depan Jabatan Penerangan Lipis datang lagi membawa wayang pacak dengan cerita yg lain pula...

Isnin, 26 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 25

Jamuan Raya a.k.a Rumah Terbuka

Syawal telah lama melabuhkan tirainya..Cuma inginberkongsi rasa..Musim raya baru-baru ni,aku memang tak larat nak memenuhi undangan rumah terbuka. Macam-macam jenis rumah terbuka.Tak cukup waktu siang, malam pun ada rumah terbuka. Dan yang pasti berbagai-bagai juadah dan aneka rasa yg terhidang. Takde yang lekeh-lekeh..semua mesti standard.

Dalam layan rumah terbuka ni, aku kadang-kadang terpikir apa tujuan sebenar hos rumah terbuka ni.. Ni kerana kadang-kadang tuan rumah seolah-olah cuba menonjolkan sesuatu.. Ada yang nak tayang rumah baru, perabot baru, koleksi pinggan mangkuk dan macam-macam la. Hinggakan makanan yang dihidangkan juga cuba ditonjolkan secara berlebihan..Makannya tak seberapa tap ceritanya lebih..

Semua pihak buat rumah terbuka terutama pemimpin politik..Kehebatan seseorang tu akan lebih menonjol jika buat rumah terbuka yang grand..Ada nyanyi-nyanyi lagi.. Lagi la meriah..

Orang macam aku, tetap hepi makan free di rumah terbuka.. Tahun  hadapan aku berazam nak dok rumah je tak nak pegi rumah terbuka kerana aku sendiri nak buat rumah terbuka..kot-kot glamer lebih skit.. he he.. Jumpa di rumah terbuka aku tahun hadapan sempena raya merdeka 1 Malaysia.. Bravo..Bravo..

Ahad, 25 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 24

Krisis Kepimpinan

Dua tiga hari ni,heboh satu Malaya berlakunya krisis kepimpinan PAS berikutan Tok Guru Nik Aziz berbunyi supaya diadakan EGM bagi menyingkirkan 2,3 kerat pemimpin bermasalah dalam parti.. Biasa la tu,dalam parti politik mesti ada krisis, tak persefahaman, tak sependapat yg kalau tak dibendung boleh melarat dan melumpuhkan parti.
Di Kuala Lanar juga berlakunya krisis kepimpinan. Ibarat api dalam sekam yg sentiasa membara di dalam. Diluar nampak biasa-biasa je tetapi di dalam terbakar membara..panas.. Tanpa disedari penduduk K.Lanar telah terbahagi kpd tiga kumpulan. Walaupun cuba dinafikan tetapi realitinya begitu lah..
Satu pihak menyokong kepimpinan yang sedia ada, satu pihak lagi menentang kepimpinan yang sedia ada. Satu golongan lagi ialah golongan atas pagar seperti aku yang jarang-jarang berada di K.Lanar..Aku pun tak pasti apa punca sebenarnya wujud kumpulan penentang ini. Tanpa prejudis, mungkin ada sesuatu yg tak kena pada pandangan kumpulan penentang.
Sudah mula bibit-bibit perpecahan berlaku, kalau ada sesuatu aktiviti yang dianjurkan oleh sesuatu pihak, pihak yang satu lagi agak liat nak join. Kalau join juga dgn hati yang berat. Sampai masjid pun jadi isu..Apa tah lagi parti UMNO. Masa pilihanraya umun ke-12 yang lalu, cawangan K.Lanar memecahkan rekod Malaysia kerana dalam satu cawangan ada dua bilik gerakan pilihanraya.Kesnya tak sependapat antara satu sama lain. Berlawan pulak dua bilik gerakan ni, padahal sama-sama UMNO..Bangang punya orang. Sampai puak satu lagi tuduh puak yang menentang sebagai musang berbulu ayam,musuh dalamselimut..PKR dalam UMNO... Entah laa.
Harap-harap perkara ini boleh setel dgn molek..Apa salah yang muda berjumpa dgn yang tua. Yang tua dengarlah luahan orang muda.Jang buat keras keng masing-masing..Mana yang rasa banyak sangat jawatan tu, agih-agih la kat orang lain sikit.. Jangan lah beranggapan semua orang macam kita.. Banyak orang banyak ragamnya..Pemimpin kena turun ke bawah, barulah orang bawahan respet..Kalau dah berpuak-puak macam tu,sape yang rugi? Orang K.Lanar jugak yang rugi.. Jadi bualan, kutukan dan bahan ketawa orang lain.. Tak gitu Abang Pin? He he.. Wassalam

Kuala Lanar Kenangan 23

Belanjawan @ Bajet 2010

Bajet 2010 telah selamat dibentang oleh PM di Parlimen. Seluruh rakyat mendapat faedah bagi yg terlibat laa..Lebih-lebih lagi aku yg dapat RM500. Jadilah pada takde langsung.Dapat makan kuah pun nasib baik..he he..

Berbalik kepada bajet 2010 dan kaitannya dengan penduduk Kuala Lanar.. Dalam ramai penduduk K.Lanar entah berapa kerat je yg mengikuti dan menghayati Bajet tersebut.. Boleh dibilang dgn jari. Ntah-ntah ada yg tak ambil tau dan tak pernah tau bahawa negara kita ada bajet setiap tahun..
Kalau yg ambik pusing pun mungkin Dato' Dollah ( Tok Empat k.Lanar ), Dato' K (Pak Busu Kudin) dan isteri Datin Chu Gayah.. Bagi kakitangan awam mungkin tertunggu-tunggu soal bonus.. Bagi penoreh getah tegar urusan bajet takde dalam kamus mereka. Tak percaya tanya lah penduduk K.Lanar yg dok melepak dan mengeteh di Kedai Jaapar atau Mak su Sabar.
Tak percaya tanyalah Aziz Candu, Mat Kerenyi, Pokde Aziz, Pak Ngoh Razak, Mail Pok Yeh, Sopiee Raja Laut, Budin Tok Bomoh, Pak Anjang Bakar yg banyak menghabiskan belerang dan peluru sambil mengeteh..Kalau tanya abang Pin mungkin dia tau sikit..
Yang lebih nyata menjadi topik bualan ialah harga getah berapa hari ini..Dah mahal,mencecah RM4.00 sekilogram..Nak beli mende dgn duit yg banyok tu.. Getoh buku sape hilang hari ni.. Berapa guni hilang, sape yg kebas.. sumpah seranah orang yg tak berhati perut tu.. Itu lah bajet 2010 penduduk K.Lanar..

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 22

SEMARAK

Aku masuk Tingkatan satu padabtahun 1979 di SMRK Kuala Lipis atau nama glamernya SEMARAK. Aku dok asrama masa tu. Maka berkawan lah aku dgn geng dari sekolah di tepian jalan kereta api spt Sibar, Batu Sembilan, Kuala Kenong, Lentang, Kerambit, Limau Purut, Sg.Lik dan Mela.Masa tu juga ada kemasukan pelajar dari Kota Gelanggi dan Jengka 9.. Ntah apa ke halnya masuk sekolah tu..

Warden asrama putera pada masu tu Cikgu Baharom Aziz orang kg.Gua. Dia ni orang kanan Al-Arqam K.Lipis.Pakai Serban dan jubah lagi.Masih bujang. Ngajar subjek Sains Paduan. Bapok la garangnya. Kehidupan di asrama masa tu lebih kurang hidup zaman Jepun je..Pepalih takut kat warden.. Dia ni kalu mendenda pelajar, tak berkira dan hukumannya kadang-kadang tak masuk akal..ngalahkan hukuman Komunis lagi..

Antara hukuman yg masih lagi ku ingat ialah jalan itik dari asrama lelaki ke kelas dgn memusing ikut Sekolah wan Ibrahim..nak patah kaki weh..Makan biji langsat bsampai berbuih mulut menahan pahit biji langsat. Kunyah kertas surat khabar yg diletak garam dan pasing dari mulut ke mulut seluruh pelajar asrama..uwekk.. Gigit selipar juga dari mulut ke mulut..Dikejutkan jam 2 atau 3 pagi untuk sportcek..Menyalin tulisan jawi dari surat khabar Utusan Melayu 2,3 muka surat.Tak siap tak boleh makan malam..Campak pakaian dalam loker ke bawah kerana susunan tak betul.. Cabut kemuncup sekilo sorang kerana tak tau sekilo bersamaan brp gram.. Tiap hari minggu kena gi usrah kat Masjid India..jalan kaki lagi..Disuruh bertumbuk dgn kepala diserkup baldi pada waktu tengah malam..macam-macam lagi la hukumannya.. Kena cuci jamban yg berkarat dgn taik kering yg dah bertahun tak digunakan kerana ada sorang ahli dorm ponteng sembahyang subuh..Siap kena bawak poster lagi,arak keliling sekolah waktu petang.. Memang nak marah sangat2 masa tu..tapi sekarang jadi lelucon plak..lebih2 lagi bila terserempak dgn Cikgu Baharom Aziz. Dgr khabar mengajar kat SK Gua..Nasib baik tak jadi pengikut Al-Arqam.

Bila dia kawin dan tak jadi warden lagi bebudak asrama bersorak sakan dan siap baca doa selamat lagi..he he..Pas dia ganti dgn Cikgu Mat Nor Marwan orang Johor ajar Matematik.

Antara samseng asrama masa tu Nazri Pendek budak Binjai, Mat Rasul, Nasri Malik, Rosli Sudin @ Rosli Terbang (Tok Empat Lentang sekarang)..Boleh kata hari-hari ada gaduh. Sikit-sikit gaduh. Ntah hape hape..

Masa tu kami pelajar tingkatan 1 ni tengok je la..Buat je mende yg disuruh.. Antara nama pelajar tingkatan 1 yg masih ku ingat ialah Wan Aminuddin (Jengka 9), Zainudin Bahadon, Rashidi Razali, Sapeli Malik, Aminuddin hanafiah (Cirit), Nik Di,Norlia Osman, Noraishah Nordin, Samsudin Yaacob (Tokey Kolam Pancing Delta), Kurizahan,Mat Din (Burut),Habibah Hamid, Abdilah Ijai (kota Gelanggi ),Hamidun, Azhar Ahmad, Mustapa Kamal dll.

Sekarang SEMARAK dikenali sebagai SMK Orang Kaya Haji..

Signboard sekolah SEMARAK

Ahad, 18 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 21

Darjah Satu - Baha 5 cen

Aku masuk darjah satu tahun 1973 di SK Kuala Lanar. Barulah aku tau bahawa ramai lagi budak sebaya dgn aku. Aku tak pernah kenal tadika.Memang kampung aku takde tadika pun masa tu. Aku kenal ABC,1,2,3 pun masa darjah satu..

Dalam ramai-ramai member sekelas tu.adalah seorang bernama Baharuddin Mat Nor.. Dia ni pelat skit bila bercakap..Aku masih ingat lagi bila ditanya oleh cikgu Ngah guru besar masa tu.. "Baha...Awak bawa duit berapa sen hari ni?" Dengan bangganya Baha menjawab "5 CEN cikgu" Kami sekelas tergelak besar.

Kemudian sambil menunjukkan kapur tulis,cikgu bertanya lagi, "Baha,apa guna kapur?" sambil menggoyangkan kapur tulis. Baha menjawab dengan yakin.."Kapur buleh makan ngan yeh, cikgu"..Sekali lagi kami tergelak besar, riuh rendah kelas.. Rupa-rupanya Baha bermaksud kapur boleh dimakan dengan sirih.

Sejak aritu,lekatlah nama glamernya Baha 5 Cen..Nama ni kekal dalam jangkamasa yg agak lama sehingga dia berkahwin barulah hilang nama tu..

Nasib baik ngko kawin Baha..dah beranak-pinak pun..

Kuala Lanar Kenangan 20

Tanjung Menaun

Aku dilahirkan di Tanjung Menaun. Tau kat mana Tanjung Menaun? Ia sebuah kampung kecil di Kuala Lanar. Pada zaman aku dok kat situ, ada beberapa buah rumah di kampung kecil tu.. Ia dikelilingi dengan dusun buahan dan kebun getah.. Tiada bekalan elektrik apatah lagi air paip. nasib baik Sungai Jelai yg jernih airnya ada masa tu.

Antara rumah yg masih ku ingat selain rumah keluargaku ialah rumah Seripah yg dihuni bersama anak-anaknya Din, Seleman Gajah,Jali Gajah, rumah Mak Bidan Badariah, rumah Aki Lela dan isterinya wan Som, rumah tinggal cikgu Tijah, rumah Wan Aji Hijau dan rumah Mak de Esah..Apabila Din anak seripah berkahwin,dia membina sebuah rumah berhampiran dengan rumah cikgu tijah. Seingatku ada sebuah rumah Cina dalam kebun getah berhampiran dengan rumah seripah. Apek tu kalu tak silap namanya Choy Hoe..

Pekerjaan utama ialah menoreh getah..Kalau musim durian, banyaklah buah durian yg dijual ke Lepeh.Perhubungan utama untuk ke K.Lipis ialah kereta api dan bot sungai..Antara penduduk Tg.Menaun yg ada bot berenjin sangkut ialah seleman gajah dan aki lela..Kalau nak menaiki keretapi,kenalah ke stesen K.lanar yg kira-kira 20 minit berjalan kaki dari rumah melalui belukar dan jalan yg sama dilalui kerbau,lembu,babi dan seangkatannya.

Dulu Tg.Menaun ni menjadi tempat orang memburu binatang liar. Kancil,rusa,kijang,babi menjadi buruan..Kedudukan rumah agak jauh antara satu sama lain..Kampung lain yg berhampiran ialah Belida,Jampung,Kuala Kechau,Lubuk Telur,Belalai.Kesemua kampung ni terletak di seberang sungai..Semua penduduk ni ada bau bau taik kucing..

Tapi kini Tg.Menaun semakin sepi,rumah semakin berkurangan.Yang tinggal hanya dusun buahan dan kebun getah je. Seingatku hanya rumah seripah dan rumah Chu Sahak anak Aki Lela saja yh masih ada di Tg.Menaun.. Seripah tinggalbersama anaknya Seleman Gajah yg masih membujang.. Sesekali berjumpa dgn Seleman yg keluar ke Lipis amat mengejutkan.. dgn baju sempit,rambut beruban,gigi besar macam Andre The Giant ahli gusti dulu-dulu.. he he.. Sori Sulaiaman...

Ahad, 11 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 19

Pilihan Raya

Hari ini Pilihanraya Kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Sehingga catatan ini ditulis, tiada keputusan rasmi lagi tapi dijangka Tan Sri ISA menang besar. Aku teringat pilihanraya umum tahun 1990.Pada masa tu Parti Semangat 46 sedang menggila dan mampu menggugat BN. Senario tu turut melanda K.Lanar. Ramai golongan muda dan tua pakat-pakat menyokong S46 pimpinan Ku Li. Berkobar-kobar sungguh masa tu.. Kalau tengok gayanya BN akan kalah mudah di K.Lanar terutama calon Parlimen Lipis yg diwakili oleh Wang Chong weng dari MCA. Sokongan terhadap S46 semakin meningkat di K.Lanar.
Orang-orang tua yg selama ni takut2 untuk menyatakan sokongan terhadap S46 telah menampakkan arah sokongan mereka.UMNO dan BN goyah di K.Lanar. Dua hari sebelum mengundi,dengan usaha Tok Empat Keria dan Dato' Dollah telah berjaya mengumpulkan geng tua K.Lanar di rumah Tok 4 Keria. Dan BN mengeluarkan senjata sulit mereka dgn membawa penceramah utama malam tu Tan Sri (sekarang TUN) Ghazali Shafie bekas Menteri Luar dan MP lipis dari Penjom. Dgn sedikit mukadimmah dan kisah zaman Jepun, Tan Sri telah berjaya membuat geng tua K.Lanar membuat u-turn dari S46 kpd BN.. "Pak Ngah bukan nak berceramah sangat, cuma nak bercerita kisah zaman Jepun kpd tuan-tuan......" Itulah antara kata-kata Tan Sri yg membuat geng tua K.Lanar mengangguk-angguk kepala bersetuju.. Hampeh! Maka menanglah BN sekali lagi di K.Lanar.. Semangat yg berkobar-kobar nak menyokong S46 lebur dek 'personal touch' Tan Sri GHAZALI SHAFIE..

Khamis, 8 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 18

Vietcong

Di tepi jambatan keretapi Bukit Telor, terdapat beberapa buah rumah yg didiami oleh orang Cina. Di sebelah sungai terdapat beberapa buah rumah org Melayu seperti keluarga Pakwe Mat Nor. Di antara rumah org Cina tersebut terdapat sebuah keluarga yg unik. lakinya orang Cina dan bininnya India. Anak-anaknya rupa Melayu. laki yg berbangsa Cina ni, org K.Lanar panggil Vietcong.. kerana rupanya mcm vietcong kat Vietnam.

Vietcong ni pandai main bola dan selalu join belia k.Lanar main bola..satu masalahnya,dia ni tak berapa pandai cakap melayu.Cakapnya tunggang terbalik yg amat teruk dan pelat plak. hingga nak faham pun susah.Kerjanya toreh getah di Kuala Lanar.

Viercong ni amat kuat cemburu. Pantang nampak isteri indianya berbual dgn org lain.Pasti kena marah..Masa tu semua aktiviti mandi,membasuh dilakukan di Sungai Telor berhampiran jambatan keretapi. Suatu hari, Dollah Ko, org K.Lanar, telah pegi skodeng bini Vietcong dan nasib Dollah tak baik bila disedari oleh Vietcong.Apalagi Dollah kena belasah la.

Dollah melarikan diri mengikut rel keretapi ke Kuala lanar dan berjumpa dgn Sopiee Raja Laut di perjalanan.."tofu..tongfu..tonfu...Dollah memberitahu sopiee.. Sopiee terpinga-pinga tak tau mende Dollah Ko cakap.. Setelah tenang,barulah sopiee tau bahawa Dollah cuba memberitahunya dia kena kungfu oleh Vietcong..Nasib ngko lah Dollah Ko...

Tak tau la Vietcong ni ada lagi ke tak.Aku pun dah lama tak jumpa. Dollah Ko,aku selalu jumpa di Padang Tengku setelah naik pangkat jadi mandor KTMB..Bravo Dollah Ko..

Kuala Lanar Kenangan 17

Bukit Telor dari jalan raya Lipis-Kerambit

Jambatan kereta api Buki Telor
Bukit Telor


Bukit Telor adalah satu nama yg sinonim dgn penduduk Kuala Lanar..Sesiapa yg tidak tahu di mana letaknya Bukit Telor, dia boleh dianggap bukan penduduk Kuala Lanar sejati. Bukit Telor ini terletak di kiri kanan landasan keretapi bermula selepas rumah arwah Pok Kob Abe hingga ke jambatan keretapi Bukit Telur. Dikiri kanannya tiada rumah org melainkan kebun getah dan hutan belukar. Sebelum wujudnya jalanraya Lipis-Kerambit-Jerantut, ia adalah laluan utama pejalan kaki dan penunggang motosikal dari K.Lanar ke Lipis.

Persekitarannya memang menyeramkan dgn suasana yg sunyi dan penuh misteri. Jarang2 manusia secara berseorangan yg sanggup berjalan kaki atau menunggang motosikal melaluinya pada waktu malam.Hanya yg berani mati dan hati kering saja sanggup menghadapi cabarannya. Ramai yg telah diuji dan diakui tempatnya memang keras.

Ditepi jalan keretapi Bukit Telor dulu terdapat sebatang pokok ceri..dan di bawah pokok ceri ramai yg telah berjumpa makhluk Tuhan dari alam lain terutama waktu hujan panas.

Tanah Bukit Telor ni sentiasa runtuh akibat hakisan dan keretapi terpaksa bergerak perlahan bila melaluinya. Beberapa biji batu sebesar beberapa pemeluk telah diangkut dari Bukit Telor ke stesen keretapi K.Lipis..

Menurut cerita orang2 tua, dulu ada seekor naga tinggal di situ dan pada banjir besar 1971, naga tersebut telah keluar dan menghala ke Sungai pahang..Wallahualam..

Sehingga kini Bukit Telor terus tinggal misteri walaupun jarang2 manusia melaluinya..

Ahad, 4 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 16

Aki Merah Dilu

Dulu di Kuala Lanar ada seorang warga emas yg bernama Amerah Dilu..Kita orang panggil Pak Anjang Merah dan isterinya mak Anjang Ma..Kedua-duanya telah lama kembali mengadap Illahi. Ada juga yg memanggil aki. Hobi Aki Merah ni menghisap cerut@curut@cigar..Bau cerutnya dari jauh boleh di kesan. Rumahnya agak jauh ke dalam kampung dan berjauhan dgn jiran. Tangga rumahnya diperbuat dari kayu bulat yg boleh dialihkan. Aki ni banyak pokok durian dan ayam. Satu perangai yg tak berapa disukai oleh kutu Kuala lanar kerana sifatnya yg kedekut..Kalau minta haram tak diberinya..Budak2 suka sangat mencuri @ kelepet durian dan ayamnya. Bila diketahuinya,dia dgn suara yg garau memarahi bebudak ni sambil mengejar tetapi apalah sangat tenaga tuanya..Telinganya juga sensitif dgn bunyi buah durian yg gugur. kalau durian gugur, lekas2 dia turun ke tanah untuk mengambil durian.
Pada suatu hari, bebudak ni dgn sengaja telah mencampakkan buah kelapa dari jauh. Bunyi itu seolah-olah buah durian gugur. Sebelum itu, tangga kayu rumahnya telah dialihkan dan digantikan dgn tempayan air. Apabila aki ni dgn pantas turun dari rumah untuk mengambil buah durian, dia telah terjerembab ke tanah dan tergolek di atas tempayan. kakinya tidak memijak tangga tapi tempayan. Apa lagi,ketawa besar la bebudak ni...he he.. Ampunkan kami Aki Merah..

Kuala lanar Kenangan 15

Restoran Thye Heng



Restoran Thye Heng yg terletak di Jalan Besar,K.lipis merupakan antara restoran yg terkenal dan mendapat sambutan hangat dari kalangan orang Melayu. Ia menjual makanan panas dan antara masakan yf femes ialah nasi ayam, mee goreng, mee sup dll..Masakannya diakui lazat. Memandangkan pada masa tu kedai makan melayu boleh dibilang dgn jari, kedai ini sentiasa penuh sesak dgn manusia.
Walaupun ayamnya disembelih oleh org Islam dan yang membuatnya Din juga orang melayu yg beragama Islam tetapi wallahualam...
Pada bulan Ramadhan,nasi ayam kedai ini amat laris kerana dikunjungi oleh kaki barai pose yg membelinya secara bungkus..Isyaratnya mudah saja..sambil lalu di hadapan kedai tersebut, tunjukkan isyarat jari bilangan bungkus yg dikehendaki dan teruskan perjalanan anda ke hujung barisan kedai di Jalan Besar.Lepak dalam 10 minit di kedai hujung Jalan Besar, anda patah balik mengikut jalan kaki lima yg sama. Sampai di Restoran Thye Heng, bungkusan nasi ayam telah pin siap dan jalankan proses pembayaran. Ambik bungkusan dan berlalu dgn selamba.. Makan la kat mana yg selamat..Kenyang lagi... Tokey restoran terus tersenyum.. Itu cerita dulu, sekarang tak tau la ada lagi ke tak tapi yg pasti restoran tu tetap ada..

Sabtu, 3 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 14

Insan di Kuala Lanar

Antara insan yang femes di Kuala Lanar dulu,kini dan selamanya..Ada yg telah pergi dan ada yg masih menunggu giliran..Pak Itam Lela, Pok Su Che Wil, Pok De manaf, Tok 4 (B) Hj.Zakaria, Pak Busu Kudin, Pak Anjang Nipah, Pak Ngah Razak, Pok De Aziz, Pok Yeh, Pok Kob, Pak Long Keria Cit,Pak Itam Derih, Aki Chik, Cikgu Mat, pak Andak Seman, Mak Teh Zaharah, Din Singa, Mail Rimau, Tok Guru, Mat Lurus, Mat Mesin, Pok Lah Jambatan, Mail Salem, Pok Ku, Wan Aziz Misai, Budin Tok Bomoh, Aziz Jelani, Dato' Dollah, Pak Anjang Tahir, Pak Teh Deraman, Mat Kerenyi, Pakcik Jenal Cincong, Pak Anjang bakar, Pak Ngah Hussin Fatah, Pak Embong Hamid, hassan Tok Wali, Daud Che Yang, Pakcu Awi, Pak Ngah Mat Amin, Itam Pendekar Mate satu, Jali Pok Mudo, Tok Muda Man, Pak Ngah Sulaiman, Pak Andak Hashim, Pak Teh Mat Seh, Mail Geduk, Pak cu Dollah Misai Merah, Tok cik Deraman, Poksu Soh, Ayah Su Kentut, Suhaimi pantat anjing,Tok Omar, Din Belit, Li Kerbau, cikgu Mat Tiga Kuala, Jaafar Pendek, Ya Tongkat, Yusof Terbakar Wayar, Pok Soh Dalam Hutan, Ngah Piee, Tok Imam Brahim, Pakwe Sidek, Pakwe mat Nong, Brahim Uban, wan Hashim, Che Soh, Nasir seman,

Kahar, amir, sopiee, nan, idi, eder,zaki,alam, abe, mail pok yeh, dll... ramai lagi, tak larat nak tulis..sambung lain kali

Kuala Lanar Kenangan 13

Panggung Wayang Paradise

Panggung Wayang Paradise adalah satu-satu pusat hiburan yg wujud di Lepeh tahun 70-80an.. Dgn tayangan filem2 yg menggamit hati penduduk Lepeh..Menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat terutama hari raya..

Hari Sabtu ada tayangan murah cheap mattinee..Dewasa 40 sen, kanak2 20 sen.. Tayangan pada jam 11 pagi.Maka penuhlah Paradise.. Jam 2.00 ada lagi tayangan tapi dgn kadar bayaran biasa,dewasa 65 sen,kanak2 40 sen. Berpusu-pusu lagi manusia yg dahagakan hiburan.Dgn RM1.05 anda sudah boleh menonton 2 tayangan filem..tapi untuk mendapatkan Rm1.05 adalah suatu hal yg amat menjerihkan.

Biasanya filem dan poster yg akan ditayangkan dihantar melalui keretapi. Pengurus Paradise, Cina Uban akan menguruskan segalanya.Nyonya penjual tiket yg sentiasa marah2. Dollah Pendek pengutip tiket wayang yg berbekalkan lampu suluh bg menunjukkan tempat duduk dlm kegelapan panggung..Dollah ni pernah kene terajang oleh geng Kuala lanar..kes dia tak bagi masuk free..he he..

Kalau bulan pose,Paradise benar2 menjadi syurga bg yg tak pose..Bila panggung gelap je, maka terbaulah murtabak Mat,nasi ayam thye heng, sedutan air laici kotak dan hembusan dunhill atau 555..Blurpp..alhamdulillah dah kenyang..barai pose ari tu..he he

Clint Eastwood, Lee Van Cleef,Burt Reynolds, Charles Bronson, Terence Hill, Burt Spencer mewarnai filem Paradise masa tu..Semua hero koboi dan lawak pecah perut..Kalau menonton ceritanya seminggu tak abis dijaja.
The Good,The Bad and The Ugly, For Afew Dollars More, antara cerita koboi yg menarik perhatian. Walaupun sebenarnya cerita tersebeut dah bertahun diputarkan di KL..tapi kat KL sini ia tetap mendapat sambutan hangat. Maklumlaa nak pegi KL bukannya mudah masa tu..
Korang tau kat mana tapak bekas panggung Paradise? Lu cari la sendiri..

Kuala Lanar Kenangan 12

Hari Raya Kedua dan Kuala Lipis

Hari Raya kedua adalah menjadi kewajipan bagi penduduk Kuala Lanat tanpa mengira status,jantina,usia untuk keluar ke bandar Kuala Lipis @ Lepeh bagi merayakan hari raya.Keretapi menjadi pengangkutan utama.Penuh dgn segala makhluk manusia dari sebelah hilir spt Mela, Kerambit, Batu 9, Sibar, lentang..menumpi.. Sekiranya keretapi penuh, maka beramai ramai penduduk Kuala Lanar berjalan kaki mengikut rel keretapi ke Lepeh..
Bagi yg sedikit loaded, sampai ke Raub mereka beraya..Tumpuan utama di Lepeh ialah panggung wayang Paradise yg telah tinggal kenangan..Penuh sesak Paradise (syurga?)dgn segala rupa manusia.Ada yg solo, berpasangan,berkeluarga menghamburkan duit yg dikumpul utk dihabiskan di Paradise..Tokey Paradise betul2 buat duit. Cerita Hindustan,Indonesia dan Melayu sudah menjadi kemestian..Kutu2 berahak masa tu bersidai pada palang besi di hadapan Paradise, menayang fesyen terkini, baggy, bell-bottom utk menarik perhatian gadis pingitan. Rishi Kapoor, shashi Kapoor, Dhamendra, amitabh Bachan, Hema Malini,Parveen Babi adalah bintang hindustan yg menjadi igauan masa tu.Ratno Timoer,Dicky Zulkarnain,Rahmat kartolo,Benjamin S antara bintang filim Indon masa tu..
Bangunan Paradise 2 tingkat..Tingkat bawah menempatkan ruang tayang utama. Di ruang legar bawah terdapat peniaga India yg menjual minuman, buahan, makanan ringan,dan rokok.Di tingkat atas terdapat ruang tonton untuk reserve class@first class yg tiketnya sikit mahal.Bagi yg bawak mata air memang sesuai menonton di bahagian ini. Ruang legar atas ada kedai makan kepunyaan peniaga Cina berasal dari Tanjung lipis. Anak beranak Ah Kui kalau tak silap.Isterinya amat fasih bertutur bahasa melayu loghat lepeh..sebijik mcm org kampung.. Menu yg paling best ialah mee kari.. Ntah mende yg diletak dlm mee kari tu tapi memang terangkat..Ntah berapa mangkuk dah mee kari tu masuk dalam perut aku..he he
Kutu2 dari Kuala lanar antara kutu yg terkenal masa tu..apatah lagi geng dgn Zul Koboi..
Kedai makan melayu masa tu blh dikatakan tak berapa ada..Kalu ada pun tak berapa nak hidup.Maka penuhlah kedai makan Cina. Antara kedai@kopitiam masa tu Ghin Hai, Southern Park,Kedai Panjang (Tokehnya fasih cakap melayu slang lepeh), Thye Heng (Kedai Ramadhan untuk yg tak pose)dll..Apa yg dijual, itulah yg dimakan. Halal? Haram? wallahuallam..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Kuala lanar Kenangan 11


Perhentian keretapi Kuala Lanar..Kini dah semak samun apabila keretapi bukan lagi pengangkutan utama

Pot & Lepak di Kuala Lanar

Dulu zaman Kuala Lanar yg masih berada dalam kegelapan, tempat pot yg paling glamer ialah stesen kereta api yg terletak bersebelahan kedai kopi paksu che Wil.. Antara penghuni tetap di situ ialah Pak Itam Deris, Pak Ngah Razak, Sopiee Raja Laut, Pak De Aziz, Mat Kerenyi,Arwah Zuki,Sulaiman Gajah, Jali Gajah, Din Puteh, Wok dll.. tapi yg anehnya aku antara pelepak termuda boleh diterima oleh mereka yg jauh lebih tua dari aku..
Aktiviti bermula dari waktu maghrib membawa ke awal pagi setiap hari..kecuali aku yg hanya melepak pada malam minggu je..Menjelang malam ahli semakin bertambah.. Mcm-mcm aktiviti berlaku dari kecik2 hinggalah yg besar2.. Di situlah berbagai cerita lucu,lucah, kutukan, membobok,meraban dan segala-galanya berlaku..Penuh ria dan gelak ketawa.

Kuala lanar Kenangan 10

SEMARAK

Aku memasuki alam persekolahan menengah pada tahun 1979 di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Kuala Lipis @ SEMARAK..Korang tau kat mana sekolah i? Buat pertama kalinya aku belajar sekelas dengan pelajar orang asli. Guru Besar pada masa tu ialah Jamil Sojo dan Penolong Kanan ialah Hj.Sabri Mohd Ali.
Antara guru-guru lain yg masih ku ingat ialah Cikgu Hamzah@John, Cikgu Ali Affendi, Cikgu Rosman, Cikgu Mohd Nor Marwan,Cigu Jonaidah, Cikgu Zuber, Ust.Ibrahim, Cikgu Baharom Aziz, Cikgu Illiasa Puteh, Cikgu zainal, Cikgu Norehan, Ust Mat Yatim dll..
Masa tu aku dok asrama dan buat pertama kali berjauhan dgn keluarga..Mcm2 pekara yg ku alami..

Kuala Lanar Kenangan 09

Televisyen

Dulu TV adalah barangan mewah. Hanya golongan atasan saje yg mampu memilikinya. Golongan marhain seperti keluarga aku tak mampu memilikinya. Seingat aku antara orang yg terawal memilik TV di Kuala Lanar ialah Pak Muda Ya..seorang peniaga kedai kopi. Setiap malam Sabtu bagaikan pesta di kedainya kerana malam tersebut menayangkan Tayangan Gambar Melayu terutama cerita-cerita P.Ramlee..Pak Muda Ya tersenyum puas kerana kopi,teh,goreng pisang laris..Yang pasti poketnya kembung dengan duit orang Kuala Lanar.
Aku dari Tanjung Menaun pun sanggup meredah kegelapan malam ke kedainya untuk menonton TV hitam putih yg acapkali terpadam apabila enjin yg membekalkan elektrik Tv kehabisan minyak..Din puteh dan adik-adiknya Sulaiman Gajah dan Jali Gajah adalah member dari Tg.Menaun yg sama-sama gila TV.
Selepas tu barulah beberapa buah rumah ada TV seperti rumah misi berbangsa India Thilagawathy,Kedai Pak Kob, kedai Paksu Che Wil, Aki Chik,Cikgu Mat Tiga Kuala..

Kuala Lanar Kenangan 08

Mat Kilat

Dulu kuala Lanar belum lagi didatangi air paip dan bekalan elektrik. Sungai merupakan tempat utama untuk aktiviti mandi-manda, membasuh,bekalan air dan apa jua aktiviti yg melibatkan air. Sungai yg menjadi tumpuan ialah sungai Jelai dan Sungai Lanar. Jeti sungai Jelai berhampiran rumah Pak Busu Kudin menjadi tumpuan utama.. Jamban Pak Lah Jambatan turut menjadi serbuan penduduk Kuala Lanar.. Sebelah darat, jeti sungai Lanar berhampiran jambatan adalah tumpuan utama.Tanpa mengira status, jantina, semuanya bercampur gaul tetapi masih dalam keadaan terkawal.
Ada seorang member tu yg hobinya skodeng anak dara mandi sungai..Sehinggakan sedang rancak bermain bola di padang sekolah K.Lanar pun, tetiba je kelibatnya hilang. Rupa-rupanya dia melihat sekumpulan anak dara menuju ke sungai Pak Lah Jambatan dan dia dgn pantas seperti kilat menghilangkan diri untuk skodeng.. Hingga ke hari ini namanya lekat dgn gelaran Mat Kilat..he he..Sape tu? Sori yekk Mat Kilat..