Jumaat, 30 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 26

Wayang Longgok @ Pacak

Deme tau wayang longgok? Wayang longgok ni wayang yg skrin atau layar putihnya di pacakkan di tempat lapang spt padang. Para penonton bebas untuk duduk di mana-mana tempat yg difikirkan sesuai. Alas tempat duduk sila bawa sendiri..Kertas surat khabar, daun pisang, kerusi dll yg difikirkan sesuai.

Masa aku kecik-kecik dulu tahun 70-an, kehadiran rombongan wayang pacak ni amat dinanti-nantikan. Ia adalah hiburan alternatif yg ada bagi menggantikan TV. Biasanya wayang pacak ni diuruskan oleh Jabatan Penerangan Daerah Lipis. Ketibaan rombongan ni diketahui kehadirannya apabila bot yang membawa peralatan dan krew tiba di jeti K.Lanar yang terletak berhampiran rumah Pak Busu Kudin.. Berita kehadiran wayang pacak ni segera tersebar. Lokasi tayangan biasanya di kawasan tanah lapang berhampiran jeti sg.Jelai tu. Maklumlaa pengangkutan utama masa tu sungai..Jalanraya tak berbau langsun.. Budak-budak spt aku akan keluar awal ke tempat tayangan melihat peralatan dan proses pemasangan dijalankan. Penuhlah dgn bebudak.Kadang-kadang mak bapak pun turut menyibuk.

Tayangan bermula pada sebelah malam sekitar jam lapan. Penuhlah dgn penduduk K.Lanar tanpa mengira usia..Ada yg sanggup datang dari K.Lanar sebelah ats dgn berjalan kaki, mengheret anak bini masing-masing. Berbekalkan pelita bagi menyuluh jalan. Tak pun daun kelapa diikat dijadikan 'karok' penyuluh jalan.
Cerita yang ditayangkan mengikut selera Jabatan Penerangan. Biasanya cerita  tentang pembangunan negara. Pastu barulah ada tayangan filem..Dok ralit nengok wayang tetiba tayangan dihentikan..Rehat separuh masa. Maka keluarlah Pakchu Dollah (Sekarang Dato') memberi sedikit syarahan tentang ekonomi, pembangunan, sosial negara. Orang kampung terangguk-angguk bersetuju..sambil dalam hati merungut,bila laa  tayangan nak sambung..

Tayangan biasanya berakhir jam 11 malam.Maka berduyun-duyun la penduduk K.Lanar balik ke rumah. Anak-anak kecil lena dalam dukungan emak masing-masing..Aku pun mengatur langkah dalam kegelapan balik ke Tg.Menanun..dengan harapan bulan depan Jabatan Penerangan Lipis datang lagi membawa wayang pacak dengan cerita yg lain pula...

Tiada ulasan: