Khamis, 25 Februari 2010

Kuala Lanar Kenangan 86

Ibu Duit

Ada orang cakap..kalau jumpa duit kertas mula dengan no.9, tengohnye 9 dan hujungnya 9. boleh buat ibu duit.Buat macam mane tak la aku tau..Tapi sejak aku simpan duit tu dalam purse, takdan cukup bulan duit dah abis... he he..

Ni la gamoknya ibu duit tu.. he he

Kuala Lanar Kenangan 85

Raub di Landa Hujan Ribut

Semalam,selepas abis sekolah, aku memecut ke Raub untuk menyetel beberapa hal..Biasala dah nak cukup bulan ni..Semasa berurusan di Bank Islam tetiba hujan lebat diikuti hujan batu dan ribut telah melanda bandar Raub..Banyak pokok tumbang dan atap kedai yg terbang..Jalan ke pasaraya Aktif ditutup sementara kerana pokok tumbang....Tiang lampu nyaris menghempap kereta... Sesekali orang Raub diuji...






Sabtu, 20 Februari 2010

Kuala Lanar Kenangan 84

Bila Ceceroi menyerang

Sekarang ni musim panas walaupun sesekali ada gak hujan yang turun. Getah pun semakin meluruh walaupun harga getah terus melambung naik..Para penoreh getah tegar terus kembang hidung..Tahniah..tahniah.. Aku nak beritahu sekarang ni musim reriang @ riang-riang..Banyak betul..Siang malam berbunyi..Bebudak suka sangat menangkap binatang ni dan disimpan dalam kotak...Musim spiesis ni mengawan kot.... Orang tempat aku panggil mende ni ceceroi...Tempat lain tak tau laa...
Ceceroi @ Reriang @ Riang-riang

Kuala Lanar Kenangan 83

Pertemuan Dua Sungai

Aritu semasa balik dari Jerantut,aku sempat singgah di Kuala Tembeling..Sesaja melihat pertemuan dua batang sungai, Sungai Jelai dan Sungai Tembeling yang membentuk Sungai Pahang...Kata orang Sungai Pahang ni tiada hulunya....
Pertemuan 2 sungai...yang keruh tu air Sg.jelai..Jernih air Sg.Tembeling
Sungai Jelai dan Sungai Tembeling
Sungai yang penuh sejarah
Sungai Tembeling di kejauhan
Kiri Sungai Jelai..kanan Sungai Tembeling

Jumaat, 19 Februari 2010

Kuala Lanar Kenangan 82

Aku Nak Motor ni...

Kalau la aku dapat beli motor ni...


Kuala Lanar Kenangan 81

Koner U Kuala Lanar

Ni la koner u paling bahaya kat Kuala Lanar. Lokasinya jalan menuju ke masjid melalui bawah jambatan keretapi..Turun bukit selepas rumah Pak Lah Jambatan,dipinggir Sungai Lanar..Jalan ni juga boleh menuju ke Dusun Tua dan Tanjung Sekawin. Dah banyak jasa jalan ni..penuh tragedi. Tak percaya boleh tanya Ustaz Mokhtar Tanjung Sekawin..dalam sungai beb...So,berhati-hatilah apabila menempuh koner U ni..bunyikan hon...
Koner U turun bukit
Jambatan keretapi di atas jalan koner U

Jalan ke Tanjung Sekawin
Ustaz Mokhtar pernah terbabas ke dalam Sungai Lanar ni

Kuala Lanar Kenangan 80

Majlis Bertunang

Baru-baru ni aku menghadiri majlis pertunangan anak sepupu mem aku kat FELDA Krau, Raub. Kedua-dua nya orang FELDA...FELDA Krau dengan FELDA Lurah Bilut..

Upcara masak-masak..Diimport dari KL
Skuad Marhaban FELDA Krau melontarkan suara...AF

Berposing dgn mak-mak sedaranya..
Sesi bincang-bincang...Setuju!

Sesi sarung cincin..Ikat bagi jgn lepas
Sesi yg ditunggu-tunggu...makan-makan...Bro..silau..hehe

Dua orang kaki pukul sedang menjamu selera..bersemangat!

Selasa, 16 Februari 2010

Kuala Lanar Kenangan 79

Stesen Kereta api Kuala Lipis

Sunyi....

Batu peninggalan Bukit Telur dekat Kuala Lanar

Tahun 60-an - 80-an keretapi adalah pengangkutan utama bagi penduduk K.Lipis. Tempat paling havoc dan happening kat Lipis ialah stesen keretapi. Suasana yang penuh sesak dengan penumpang yang ingin ke destinasi masing-masing.Diselang seli dengan suara tok peraih dan kakitangan stesan keretapi yang bercampur aduk..Memang meriah.

Suasana akan bertambah meriah pada hari Sabtu iaitu hari berkumpulnya umat Lipis di pekan sari..Pepagi buta lagi suasana di stesan keretapi Lipis sudah hiruk pikuk dengan manusia..Manusia dari Kuala Lanar, Sibar, Batu Sembilan,Lentang,Kerambit,Mela,Limau Purut, Sungai Lik memenuhi ruang. Keretapi dari Kelantan memuntahkan manusia dari Kuala Ketir,Padang Tengku, Kuala Telang, Batu Yon, Berengkam, Dura, Aur Gading, Chegar Perah, Merapoh dan Gua Musang...Masing-masing pasang badan dgn fesyen terkini...

Tetapi kini ia agak sepi dan tidak lagi semeriah dulu apabila jalanraya mengambil alih pengangkutan manusia.. Tetapi yang pasti stesen keretapi Lipis semakin sepi...

Sabtu, 13 Februari 2010

Kuala Lanar Kenangan 78

Kedai Melayu

Inilah kedai 100% Melayu...Status Bright...Steady Meran! Terletak di Medan stesyen Kuala Lipis..

Jumaat, 12 Februari 2010

Kuala Lanar Kenangan 77

Gelagat Pelajar

Ni gambar aku ambik dari tingkat atas sekolah aku.. Pelajar ni dok memonteng..Tak perasan orang dok perati dari jauh...kantoi

Ni fesyen kaki seluar pelajar sekarang..Kaki kecik tak cukup inci.. Sori laa kantoi..

Sabtu, 6 Februari 2010

Kuala Lanar kenangan 76

Lagi Gambar Nostalgia

Pengawas SM Clifford 1985

Upper Six 1985

Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang 1988

Praktikum SK Jelutong, Pulau Pinang 1989


Kuala Lanar Kenangan 75

NOSTALGIA..DULU-DULU PUNYE CERITA

Aku saje-saje muatkan gambor mase muda-muda dulu..Ntah ada kenalan, rodong, sahabat demeh...

Ni gambar aku darjah 6 1978

Masa aku kat SEMARAK 1979

Guru-guru SK padang Tengku 1996

Lower six 1984 SM Clifford Kuala Lipis

Guru SK Kuala Lanar 1986..GSTT
Aku dan Geng SK Padang Tengku 1994