Isnin, 30 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 45

Sungai Koyan Yang Unik

Saje aku nak bersurah pasal sungai Koyan. Aku bukan lahir kat sini tapi mem besar aku orang sini. Aku kerja pun kat sini. Aku kenal sungai koyan ni bila menikoh dengan orang sini tahun 1993.

Unik?
i. Masyarakatnya majmuk.. betul-betul 1Malaysia. Semua negeri ada,termasuklah India,China,orang
   asli ,Indon,Bangla, Pakistan,Siam dll ..maklumlaa kawasan felda.
ii. Terletak dalam dearah Lipis..Urusan tanah, hasil, pendidikan (mulai tahun 90-an,sebelum ni di bawah
   Raub)  semuanya berurusan di Lipis.
iii. Tapi urusan eletrik(TNB), air(JBA) dan JKR(bangunan) terletak di bawah Raub.
iv. Poskod 27650 RAUB
v.  Parlimen Cameron Highlands (Dato' SK Devamany)

Kesimpulan : Jadilah orang koyan ni berurusan di banyak daerah,padahal mende tersebut boleh setel di satu tempat je.. Pening la juga kekadang tu..



Maghrib Di Sungai Koyan


 Hujan di Sungai Koyan

Ahad, 29 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 44

Motor Sungai Mail Geduk

Masa aku kecik-kecik dulu, pengangkutan dan perhubungan utama untuk ke bandar Lipis ialah keretapi. Selain itu jalan sungai merupakan alternatif yg sangat popular. Dari Kuala Lanar ke K.Lipis akan mengambil masa kira-kira 45 minit jika ikut sungai.Jika musim kemarau,perjalanannya semakin sukar dan mungkin memakan masa sejam lebih. Tambang masa tu kira-kira 50 sen seorang. Bagi yg berkemampuan mereka membeli bot panjang dengan menggunakan enjin sangkut seperti Johnson, Suzuki dan Evinrude.

Tapi yg paling popular sekali ialah motor sungai kepunyaan Tok Omar..Dia membeli sebuah bot nelayan laut yg agak besar dan dijadikan sebagai bot penambang dari Kuala Lanar ke K.Lipis.Bot tersebut boleh memuatkan kira-kira 20-30 orang. Hasil getah, durian juga turut dimuatkan di dalam bot ini. Ia sangat popular kerana satu-satunya bot yg berupa sedemikian.. Kalau ke K.Lipis masanya agak lambat kerana melawan arus. Bot ini menggunakan enjin diesel seperti enjin lori..

Kalau musim perayaan, bot ini sarat dengan penumpang dan barangan.Kadang-kadang kalau permintaan tinggi,ia kan membuat beberapa perjalanan pergi dan balik.. Bot ini juga boleh disewa khas bagi tujuan-tujuan tertentu seperti membawa rombongan pengantin atau perlawanan persahabatan.. Masa aku budak-budak dulu,aku suka duduk di atas bumbung bagi menikmati pemandangan di kiri dan kanan sungai Jelai. Satu lagi,bebudak suka sangat membantu pemandu bot mengepam air keluar dari bot.. Bunyi bot yg kuat menyebabkan ianya dapat didengar dari jauh.

Dari jeti K.Lanar,bot ini akan melalui beberapa kampung kecil seperti Tanjung Menaun, Lubuk Belida, Lubuk Telur,Belalai danTanjung Lipis..Kalau ada yg ingin menumpang di pertengahan jalan,cukup dengan melambai-lambai dan menjerit dari tepi tebing sungai.Bot akan singgah mengambil penumpang.Begitu juga semasa balik, cukup dengan memberitahu pemandu bot tempat untuk singgah.Segala-galanya beres.

Bila Tok Omar bersara membawa bot atas faktor usia,ia diambil oleh menantunya,Mail. Geduk..geduk..geduk..bunyi bot tersebut. Ini menyebabkan Mail mendapat gelaran Mail Geduk.. Tetapi apabila K.Lanar menerima pembangunan, dengan jalanraya terbentang luas, bot Mail Geduk semakin sepi dan akhirnya Mail beralih arah menjadi seorang penoreh getah tegar.. Kini bot Mail geduk hanya menjadi bualan sesekali di kedai kopi K.Lanar.. Terima kasih Tok Omar dan Mail Geduk atas khidmat yg banyak jasa kpd penduduk Kuala Lanar.

Lebih kurang macam ni la rupanya Bot Mail Geduk, cuma saiznya yg kecil sedikit


Ni adik beradik motor sungai Mail Geduk..cuma takde tiang-tiang..


Kuala Lanar Kenangan 43

Program Merakyatkan Seni Budaya Homestay Kuala Medang,Kuala Lipis

Petang tadi,aku pergi menyaksikan program Merakyatkan Seni Budaya Homestay Kuala Medang. Macam-macam acara dijalankan dari pagi sehingga malam ni..Malam ni ada Jefridin dengornye..



Acara Menganyam Ketupat

Inai Di jari..S.Jibeng Betau..Peserta karoeke

Gelisah..Mad Jais Pantos

Menyumpit kite..


Pameran Gasing Malaysia

Peserta Sepak Raga Ratus Perempuan dari Serau,,Company Tok 4 Sudin

Gaya hebat tapi tewas...

Sabtu, 28 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 42

Eksiden

Kereta Abe Joe Tokey Abe Jo Remote Car Cafe yg eksiden di Batang Kali beberapa hari lepas.. Tiada kemalangan jiwa.


BERHATI-HATI DI JALAN RAYA..MALANG TIDAK BERBAU!


Kuala Lanar Kenangan 41

Kisah Sembahyang Raya Haji

Masa raya haji baru ni, aku sembahyang raya kat sebuah surau. Disebabkan ramai sangat yg hendak sembahyang raya dan aku pulak terlewat sampai, aku bersolat di bahagian luar surau yg telah siap dibentang tikar. Ramailah yg senasib dengan aku sembahyang kat luar.

Selesai solat,khutbah hari raya pun dibaca oleh khatib. Sedang aku khusyuk (walaupun sebenarnya tak berapa khusyuk) mendengar khutbah, tetiba muncul dua orang manusia yg lengkap berpakaian baju melayu dan bersampin mahal,mungkin dua beranak duduk di belakang aku.. Aku mendengar si bapak memberitahu si anak.."Puhh..nasib baik kita sempat sampai,orang tak sembahyang lagi,baru baca khutbah.." kata si bapak dengan konfiden.. Aku mengaru-garu kepala yg tak gatal.Dah la bercakap dengan suara yg agak kuat. Gerenti orang kiri kanan dengar..Selepas khutbah raya,majlis pun berakhir..Aku melihat si bapak terpinga-pinga dan lekas-lekas menarik tangan si anak ke kereta..Aku terdengar beberapa orang bebudak yg dok dekat si bapak tadi ketawa terbahak-bahak.. Moralnya :???????? Ingat sembahyang Jumaat kot...

Rabu, 25 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 40

Kedai Daging Bakar Kg.Melaka

Tengahari tadi aku berkesempatan untuk makan tengahari di kedai Din @ Sani di Kg. Melaka,Kechau. Dah lama aku tak makan kat sini. Ni salah satu kedai peberet aku kalau nak makan memuaskan hati. Aku dah jadi sebati dengan kedai makan ni sejak aku mengajar kat SK Pagar Sasak tahun1990 lagi. Menunya tak berubah dan yang paling penting rasanya tak berubah menepati selera aku.

Kedai ni kepunyaan Din@Sani orang Kg.Melaka tu la.Kedainya biasa-biasa aje diperbuat dari papan. Kedai ni menjadi tumpuan ramai. Lokasinya terletak kira-kira 1.5km dari stesen minyak Petronas Kechau menghala ke Gua Musang. Kedai ni terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Kelantan. Menu utama kedai ni ialah daging bakar yg dicicah dengan kicap spesel. Selain itu ikan bakar seperti kembung, talipia, ikan sungai dll. Dan sudah pasti gulai asam tempoyak ikan patin atau ikan sungai yang dicampur dengan mentimun tahun.. Memang terangkat. sayur-sayur yg menyelerakan. Terdapat juga ayam, sayur masak air,mcm2 laa..

Kedai ni di buka dari sebelah pagi hingga petang..Tapi untuk tengahari,kalau lewat,gerenti tak merasa daging bakar..Aku memang rekemen kedai ni.. Gerenti korang tak menyesal..

Isnin, 23 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 39

Cerita SPM lagi..

Tadi SPM paper Mathematics 1 dan 2 serta ICT.. Mathematics 2 mula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Kertas 2 ni subjektif.Kertas 1 objektif. Kertas objektif tiada masalah, semuanya berjalan lanacar dan calon-calon pun menunduk je menjawab.

Kertas 2 mathematics bermula dengan sempurna. Kira-kira sejam waktu berlalu, aku menjengah dewan periksa yg ke dua.Dewan ni menempatkan pelajar-pelajar kelas hujung.. Sebahagian besarnya telah lena bersama renyai hujan yang turun. Yang belum lena mencakar-cakar kerta soalan.Habis segala gambar dilukis, menandakan mereka tak mau menjawab dah..Tapi arahan pengetua mereka melarang keluar selagi masa belum tamat. Ketika aku memerhati dari meja hadapan dewan, tetiba seorang calon lelaki mengangkat tangan dan aku segera menghampirinya.
"Cikgu saya nak keluar,dah tak boleh jawab..Habis dah saya pikir, ni jela saya boleh jawab" katanya selamba. Aku merenungnya sambil tersenyum.
"Awak dah hisap rokok pagi ni?" Tanyaku serkap jarang.
"Belum lagi cikgu.. tak sempat nak hisap rokok tadi.Kalau saya hisap rokok mungkin saya stay sampai abis", tambahnya..
"Dah..awak boleh hantar jawapan dan boleh meninggalkan dewan peperiksaan", tukasku.
Dia dengan senyum lebar meninggalkan dewan sambil mengenyit mata kepada membernya. Tak lama kemudian membernya turut keluar setelah menghantar jawapan yg tak berupa jawapan. Nak buat macamana, peraturan mengatakan calon boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan berjalan, walaupun pengetua melarang.Kalau dok dalam dewan pun,mengacau orang lain yang nak menjawab je..

Jam 2.00, kertas ICT bermula.Calon tak ramai 24 orang je..Kertas ni berakhir jam 4.30 petang. Sepuluh minit sebelum pukul 4, dewan dah pun terang.Semua telah kelaur dengan senang hati. Kami pengawas peperiksaan pun senang hati, kerja boleh dibereskan awal...

Ahad, 22 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 38

Cross Street @ Jalan Silang @ Medan Tangga

Muka masuk ke Cross Street
Cross Street

Korang tau kat mana Cross Street kat Lipis? Masa aku kecik-keceik dulu, tempat ni agak popular la. Ia bukannya jalan raya, cuma anak tangga bersimen yang menghubungkan Jalan Besar ke Jalan Jelai di tepi sungai.. Kira-kira macam jalan short cut la nak ke Jelai Street. Di kiri kanan cross street ni terdiri dari pelbagai jenis kedai.. Antara kedai top masa aku dulu-dulu ialah kedai Cina jual cendul sekarang ni dah jadi kedai henpon. Di hadapannya kedai makan Dollah Mamak,kemudia bertukar tokey kepada Mat Roti Canai dan sekarang tokey baru, Dollah gak namanya,orang K.Lanar. Ada kedai Zahari nasi campur, kedai Haji Malik Minang, Kedai makan cina, kedai runcit dan kedai jam..

Masa aku sekolah kat Clifford dulu, aku dok asrama.. Bila malam minggu,aku dan geng aku menyelinap keluar dari asrama,berpoya-poya di bandar.Tapi masa tu apala sangat hiburan kat bandar Lipis. Habis kuat panggung Paradise, takpun menjenguk rakit Mek Sepiah dari jauh..Biasanya kami pegi makan kat satu kedai atau warung Cina di Cross Streer ni..Pekene Char Kuay Tiaw..Biasanya Cina je makan kat sini tapi geng kami adalah antara orang Melayu Jahiliah yg makan kat situ. Kuali yang sama digunakan untuk menggoreng masakan cina dan masakan kami..Puhh bestt..Sambil tu mesti pekene barli ais.. Membe aku cakap kuali tu la goreng daging b*b*.. Tapi masa tu selamba jee..sambil pekene dunhill sesebatang dua... Maklumlaa zaman Jahiliah..he he..

Cross street ni adalah anak tangga simen dan tiada la kenderaan yg boleh melaluinya.Hanya pejalan kaki saje dibenarkan. kalun dari Jelai Street tu,lenguhla jugak mendaki anak tangga ni..Sekarang ni dah cantik,ada bumbung lagi..Dulu,kalu hujan, kuyup laa..Dalam sejarah,hanya ada seorang je manusia dengan selamba telah berjaya menunggang scrambler dari Jelai Steet hingga ke Jalan Besar melaui Cross Street..Macam dalam filem Jackie Chan jee.. Kalau nak tau, tanyalah MAT KERENYI dari Kuala Lanar..he he.. Power..

Kuala Lanar Kenangan 37

Kroni?

1999,Aku melangkah perlahan ke dalam sebuah bank di Jelutong,Penang. Bau hanyir Sungai Pinang berlumba-lumba masuk ke dalam hidungku.. Aku teragak-agak untuk masuk ke dalam. Aku tengok orang ramai berbaris panjang untuk berurusan di kaunter.Rupa-rupanya sistem nombor bank tu buat hal hari tu..  Urusan aku sikit je tapi penting.Kalu tak setel,maknanya aku tak berduit la aritu. Kul 2.00 ada kuliah plak di DTSP,USM.. Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal..Nak masuk ke tak.. Kalu masuk baris, gerenti lambat, kaunter pun ada dua je buka.

Aku pun angkat punggung nak keluar.. "Cikgu..Cikgu.. Apa hal?" Tanya seorang muda  bertali leher yg baru saja keluar dari bilik bercermin gelap..Kami bersalaman. Aku menceritakan urusan aku yg sedikit tapi penting buatku yg sengkek masa tu..Dia mengambil dokumen aku dan menyerahkannya sambil berkata sesuatu kepada pegawai di bank tersebut.Pemuda tadi terus berlalu ke tingkat atas bank tersebut. Tak sampai 5 minit kemudian dia turun dan mengambil dokumen tersebut dan menyerahkan kembali kepadaku. "Maaf cikgu, tak dapat bersembang panjang, saya ada meeting di tingkat atas".. kami bersalaman dan dia pun beredar ke atas.

Aku keluar perlahan-lahan dari bank sambil mengaru-garu lagi kepalaku yg tak gatal. Sambil tu aku berfikir-fikir siapakah gerangan pemuda tadi yg menghulurkan bantuan disaat aku memerlukannya. Bekas muridku kah? Teman lamakah? Atau aku semakin pelupa? Sampai sekarang aku tak dapat mengesahkan siapakah dia. Yang pasti dia kenal aku... Tapi apa pun terima kasihlah..

Rabu, 18 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 36

Sijil Pelajaran Malaysia 2009

Hari ni 18hb November 2009 SPM bermula seluruh Malaya..Aku bertugas sebagai Ketua Pengawas (KP) di salah sebuah sekolah menengah di daearah ni. Aku difahamkan bahawa calonnya merupakan calon teramai di daerah ni.Semua sekali ada 203 orang calon. Dengan menggunkan sebuah dewan besar dan kelas sebagai pusat peperiksaan.

Aku dibantu oleh 10 orang penolong pengawas.Ada yg dah berpengalaman dan ada yg pertama kali merasai pengalaman menjadi pengawas peperiksaan awam di Malaysia. Dgn bantuan pengawas-pengawas lain alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada hari pertama ni. Harap-harap takdelah masalah pada masa mendatang..

Cuma aku ingin berkongsi cerita semasa peperiksaan ni berjalan.Seingat aku,dah hampir 17 tahun aku terlibat dengan pengawasan peperiksaan awam ni.Dari UPSR,PMR dan SPM. Dari penolong pengawas, ketua pengawas dan penyelia kawasan.Semua dah aku rasa.

Aku perhatikan calon-calon peperiksaan ni terbahagi kepada 3 kategori.. Kategori pertama, calon yg berkeyakinan bahawa mereka akan mendapa keputusan yg cemerlang.Calon-calon ni  bersemangat menjawab dan sentiasa fokus.Biasanya pelajar kelas hadapan la.Kategori kedua pelajar yg sederhana. Biasanya fokus pada peringkat awal tinggi dan beransur-ansur hilang dipenghujung..Ada yg lena diulit mimpi.
Dan kategori ketiga pelajar yg hadir sekadar rutin untuk peperiksaan. Semasa menjawab kertas Sejarah 1 pukul 11 pagi, tak sampai 10 minit dah berdengkur. Bila aku menyemak kertas jawapannya, didapati telah siap ditanda dgn cemerlang.! ..Harap-harap lulus la..

Ahad, 15 November 2009

Kuala Lanar Kenangan35

Pelajar Orang Asal..
Aku memerhati pelajar-pelajarku  yg terdiri dari pelajar-pelajar orang asli berlari-lari di tengah padang sekolah..Aku tersenyum dari bawah pondok bacaan di atas bukit. Mereka menghambat sebiji bola yg ditendang ke sana ke sini..Rata-rata terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 walaupun tidak begitu pasti berapa umur mereka sebenarnya.

Tetiba seseorang pelajar menjerit dan menunjuk nunjuk ke arah penjuru padang.Bola ditinggalkan dan mereka berhambatan ke penjuru padang.. Dengan bahasa yg tidak difahami mereka menunjuk-nunjuk, menjerit-jerit dan mengejar sesuatu. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan seolah-olah mengepung sesuatu. Aku tidak begitu pasti hanya memerhati dari jauh. Sambil mengejar meraka menyepak benda tersebut..Begitulah keadaannya, kepung,kejar dan sepak.. Mereka terjerit-jerit keseronokan..

Jeritan mereka mengendur dan tidak mengejar lagi. Seorang pelajar mengambil benda tersebut dan membawanya ke bawah pokok tempat pembakaran sampah yg masih lagi menyala apinya.. Aku memanggil salah seorang dari mereka dan bertanya apa yg dikejar tadi. Dengan bangganya dia menjawab, "Ular,cikgu. Dah mati kena kejar dan sepak tadi..Ni kami nak bakar.Dagingnya sedap cikgu,".. Aku menepuk dahi.. Agaknya ular tu mati kepenatan dikejar oleh bebudak asli tu.. Nasib awak la ular..

Kuala Lanar Kenangan 34

MISI

Tahun70-an dan 80-an dulu.K.Lanar belum lagi disinari oleh lampu kalimantang.Usahkan bekalan elektrik, tiang dan wayar letrik pun takde. Jadi masa tu takdelah aktiviti tak senonoh yang berasaskan media eletronik. Rutinnya apabila malam menjelang perhentian keretapi dan kedai kopi Pok Su yang menjadi tumpuan. Kaki lepak akan berhimpun di perhentian keretapi sehingga larut malam. Macam-macam isu yang dibincangkan. Biasanya isu muda-mudi la..

Ada seorang kaki mengintai (bukan Mat Kilat) yang hobinya skodeng rumah yang telah berumahtangga.. Bila malam menjelang je dia akan keluar dengan pakaian serba hitam dan menjalankan operasinya dengan terancang.

Pada masa tu klinik K.Lanar didiami oleh seorang misi yang baru berkahwin. Suaminya kerja di luar dan hanya hujung minggu sahaja berada di klinik tu. Misi tu menjadikan bahagian klinik yg tidak digunakan sebagai tempat tinggal..

Seperti biasa setiap hari jumaat atau sabtu suami misi tu akan datang menunaikan tanggungjawabnya. Sebagai langkah keselamatan,misi tu memelihara seekor anak anjing yang  baru pandai berbunyi halus. Pada malam kejadian,si Mat Skodeng ni pun menyelinap masuk ke bawah rumah misi tu..Dengan penuh debaran untuk menyaksikan aksi-aksi yang menyesakkan dada.. Sedang dia mencari posisi terbaik untuk mengintai di dalam kegelapan di bawah rumah tu,tetiba datang anak anjing tadi mengesel-geselkan badannya di kaki mat skodeng. anak anjing tu mengeluarkan bunyi halus untuk bermanja..Cemas dgn situasi tersebut,takut2 anjing tu mengeluarkan bunyi dan membuatkan misi tu tahu ada orang mengintai, si mat tadi perlahan-lahan mengusap usap badan anjing tersebut dgn lembut. Tangannya perlahan-lahan mencari leher anak anjing dan dengan cengkaman yg kuat terus mencekik leher anak anjing tu. Anak anjing tu tak sempat pun nak mengeluarkan bunyi dan terus terkulai mati.. Mat ni pun dengan selamba meneruskan misinya hingga berjaya..

Sejam kemudian dia pun keluar dengan selamba dan menuju ke perhentian keretapi Kuala Lanar dan dan dgn bangganya bercerita apa yg telah berlaku di atas dan di bawah rumah..Siapa? Tak perlula korang tau.. dah takde di dunia ni pun..he he

Klinik di mana cerita terjadi..

Perhentian Kereta api yg penuh nostalgia kini terbiar

Kedai Pok Su tempat pot paling happening

Jumaat, 13 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 33

Majlis Restu Ilmu SPM 2009


Pelukan dan linangan airmata seorang guru terhadap pelajarnya yang akan melangkah ke dewan peperiksaan pada 18hb November ni

Hari ini 13hb November 2009 bersamaan hari Jumaat, sekolah aku mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM. Majlis diadakan di dewan besar sekolah dengan dihadiri oleh YDP PIBG sekolah, pengetua, semua GPK, kaunselor dan guru-guru yang mengajar tingkatan 5. Tujuannya bagi membolehkan para pelajar tingkatan 5 bermaaf maafan dengan guru dan memohon restu bagi mereka menghadapi SPM pada 18hb ni.

Dengan pelukan dan tangisan mengiringi dan doa semoga para pelajar tingkatan 5 beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.Para pelajar juga dibekalkan dengan alat tulis yang disumbangkan oleh pihak sekolah dan PIBG..

Aku menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada anak didikku dan memaafkan segala perbuatan pelajarku. Cuma  aku meminta agar mereka membuktikan dalam peperiksaan nanti. AMIN..

Rabu, 11 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 32

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

18hb November 2009 ni bebudak tingkatan 5 akan menduduki SPM. Aku perhatikan bebudak sekarang ni amat jauh bezanya dengan  bebudak zaman aku nak ambik SPM.Aku SPM tahun 1983.Masa tu kehadiran SPM amat dirasakan dan kedatangannya sesuatu yg amat membimbangkan.Aku membayangkan jika gagal SPM habislah hidupku..Gelap masa depan..

Bebudak sekarang ni aku tengok selamba je..Ada yang tak peduli pun SPM nak datang.Aku pernah bertanya kat bebudak aku kelas ujung..Tak takut ke SPM nak datang ni? Dengan selambanya mereka menjawab..Apa nak kisah cikgu..IPTS banyak, lulus BM dapat sijil, masuk form six ni dah tak power, dah jemu nak belajar, baik cop sawit kat ladang,lagi loaded..Tak nak terkongkong dengan sekolah dah dan macam2 lagi la jawapannya.. Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng kepala sambil berdoa agar mereka sedar SPM semakin hampir..Aku yg mengajar form 5 ni yg terlebih bimbang dgn SPM berbanding dengan calon yg nak mengambilnya..Yang sedar sikit akan bertanya..Cikgu soalan ramalan takde ke? Aku menepuk dahi..

Buat pelajar SMK Sungai Koyan,Kuala Lipis terutama kelas 5S dan 5P, selamat menjawab dengan semangat waja! Buat pelajar orang asli..buktikan anda boleh..!


Kuala Lanar Kenangan 31

Bulan Tanpa gaji

Hari ni baru 11.11.2009. Gaji dijangka pada 25hb..Sayup lagi tu. Ni semua bahana raya. Gaji terakhir diterima awal bulan Oktober aritu..Semuanya dah sapan..licin..Aduh..Aku menggaru-garu kepala yg semakin memutih memikirkan fulus.Nasib baik semua hutang kereta,bil,rumah,kredit kad dah setel awal-awal. Mende-mende tu tak leh sangkut..kalau sangkut lagi la parah..Nasib baik dok kat Kuala Medang yg belanjanya boleh dikawal lagi. Anak aku kat SMK Seri Lipis minta duit nak bayar asrama, ntah mende-mende lagi bayaran..Semuanya DUIT.. Aku cuba bertahan dengan tak menggunakan tabungan tetap.Hanya jika benar-benat terdesak je baru guna..

Makan pun ala kadar je..masih bertahan. Biar genting jangan putus. Tu falsafah yg aku warisi dari ayahku. Tapi ni benar-benar nak putus..genting sangat-sangat. Tangan macam gatal je nak jolok kredit kad.. Hati cakap..JANGAN.. masih ada cara lagi...Jangan tambah hutang.. Hutang lama tak setel lagi..Adusss..

Balik dari sekolah, aku dok melepak depan TV layan AWANI tetiba kedengaran handset aku berbunyi menandakan ada sms masuk.. Aku buat tak tau je.. Ke tandas..Dalam tandas aku terdengar bunyi satu lagi sms masuk..Aku buka peti ais dan menogok air sejuk.. Berbunyi lagi sms masuk..Dah 3 sms masuk tapi aku macam tak berminat nak membacanya.

Dengan malas aku membaca sms..YAHOOOO...tiga claim peperiksaan aku masuk.Rupa-rupanya sms dari AG menyatakan claim dah masuk.Pantas aku mentotal adalah seribu lebih..Alhamdulillah..Berpakaian ala kadar, start kereta,masuk gear dan meluncur laju ke Kuala Lipis...Selamat.. Terima kasih..

Sabtu, 7 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 30

Wahabi

Sejak dua menjak ni,heboh pulak Malaya dgn cerita Wahabi. Ia menjadi besar apabila Dr.Asri bekas Mufti Perlis ditahan oleh JAIS dan dikaitkan dengan Wahabi.Aku percaya ramai rakyat Tanah Melayu tak paham pun pasal Wahabi.. Apatah lagi penduduk Kuala Lanar..Kalau paham pun ntah-ntah sesorang berdua je.. Tak percaya cuba tanya  Pak Anjang Bakar Imam 2 Kuala Lanar..Gerenti terkial-kial nak menjawab.. Apatah lagi tanya ke Aziz Candu atau Mail Pok Yeh..lagi laa..Yang mereka tau abis mengeteh, gudang garam dan menoreh..Balik menoreh ulang mende yang sama..

Sedikit info amalam Wahabi yang aku petik dari pembacaan :
i.   Dalam mempelajari ilmu usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yg diasaskan Ibnu Taimiyyah.
ii   Dalam amalan fiqh,mereka tidak berpegang pada mana mana mazhab,malah boleh berpegang antara 
    satu sama lain.
iii  Berpegang pada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kpd itjmak dan Qias.
iv  Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul.
v.  Melarang ziarah ke makam walaupun makam Rasulullah.
vi  Menghancurkan semua tugu peringatan kerana boleh menyebabkan syirik.
vii  Melarang membaca qasidah dan berzanji yg memuji Rasulullah, tahlil dan seumpamanya.
viii Melarang umat Islam menyambut hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj dll.
ix   Melarang Umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
x    Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dibuang jauh jauh.
xi  Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan fatihah.
xii  Tidak boleh membaca wirid-wirid yg memuji Rasulullah.
xiii  Tidak boleh melagu lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh dibaca dengan lurus sahaja.
xiv  Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
xv  Amalan tariqah dilarang sama sekali.
xvi  Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang sama sekali.

Sesat? Belum tentu..Mengelirukan? Ya... Tapi yg pasti fahaman ni amat sukar dikesan... Sori laa.. Ilmiah sikit..Wassalam

Khamis, 5 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 29

Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang @  MPPPP@M4P @ MTC


1987..Masa tu aku bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih @ GSTT @ Guru Sementara di SK Kuala Lanar.Pada Julai tahun yg sama,aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang. Dengan selambanya aku ke sana,walaupun aku sebenarnya tak tau pun maktab tu kat mana.Yang tertera pada surat tawaran tu, alamat maktab di Bukit Coombe,Gelugor, 11700 Pulau Pinang..Aku mengambil bas pagi dari K.Lipis..macam biasa la bas ekspress Jelai. Dengan sebuah beg sandang rock aku melangkah dengan yakin walaupun tak berapa pasti.Sampai kat Puduraya hampir tengahari dan terus beli tiket ke Butterworth untuk jam 10 malam.. Hangit KL aku pusing untuk menunggu bas pukul 10 malam ke Butterworth..Akhirnya aku lena dalam bas EkspressNasional ke utara..Tetiba bas aku berhenti secara mengejut.Rupa-rupanya mengalami kerosakan .Jam menunjukkan waktu dinihari..Aku turun dan perhatikan keadaan sekeliling.Yang pasti di sebelah kanan jalan tu terdapat sebuah kilang simen yg besar.Yang aku pasti ia terletak dalam negeri Perak..Bas hanya dapat dibaiki apabila hari telah cerah..berjam-jam tersadai..Masa tu hiway Ipoh-Changkat Jering tak berapa nak siap lagi.PLUS pun masih dalam pembinaan..Akhirnya buat pertama kali aku sampai ke Buterworth sekitar jam 10 pagi..

Aku mandi ala kadar kat tandas stesen bas dan menukar pakaian kemeja,seluar slack menggantikan t-shirt dan jeans yg dipakai..Aku perlahan-lahan menuju ke sebuah gerai makan di tepi stesen bas. Buat pertama kalinya aku melihat makanan yg dijual disitu makanan yg berat-berat penuh dengan lauk pauk macam nak makan tengahari. Aku yg dah biasa pekena teh tarik,kuih,nasi lemak atau roti canai terpaksa mencari kedai lain. Setelah bertanya orang,barulah aku berjumpa dengan kedai mamak jual roti canai..

Perut yg kekenyangan tu buat biji mata aku segar kembali.Sambil menyedut sebatang dunhill, mataku melilau mencari arah feri untuk menyeberang ke pulau pinang.tapi arah yg aku cari tak juga berjumpa.Malu nak tanya orang kononnya..Secara tak sengaja aku terjumpa dengan seorang apek pemandu prebet sapu. Setelah berunding dan dia tahu kat mana maktab tu,akhirnya bersetuju untuk naik keretanya dengan bayaran RM40.00..Dengan sekali pusing bangunan stesen bas Buterworth,kereta tua apek tu telah pun berada dalam feri menuju ke pulau. Buat pertama kalinya aku menaiki feri yg kemudiannya menjadi sinonim dgn aku.. Kalau la aku tau,tangga menuju ke feri tu hanya disebelah bangunan tu,mampus aku tak naik kereta apek tu. Tambang feri masa tu 40 sen je..Tu la berlagak sangat dan sombong taknak tanya orang..

Bila sampai di pengkalan di pulau,kereta apek tu meluncur dengan laju ke Gelugor dengan melalaui Jelutong. Aliran trafik Penang memang teruk.Bersimpang siur..kasar dan kadangkala mengerikan.Apek tu dgn selamba memecut kereta tuanya walaupun aku cemas..Setelah sampai ke area Gelugor, apek tu dengan selamba bertanya kat aku.."Lu tau ka mana itu tempat?" Hati aku dah panas dan menyumpah serta mencarut apek tu..tapi dalam hati aje laa..Maklumla tempat orang.. Setelah terbabas melepasi pekan Gelugor dan buat U-Turn, barulah aku perasan maktab tu terletak di belakang bangunan RECSAM..satu pintu masuk je..Nasib baik aku ternampak banner "SELAMAT DATANG" kalau tak ntah kemana apek tu bawak aku.. Dengan menyumpah dalam hati,aku membayar RM40.00..hampeh betul..Rupa-rupanya ada lagi geng Lipis yang nak mendaftar..Ramzan,Taufik dan Bazaruddin...

Sejak hari tu rasmilah aku menjadi warga MTC..Bravo!

Ahad, 1 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 28

Feri dan Penang



Ni feri kat penang yg merupakan pengangkutan utama penduduk untuk menyeberang ke pulau dari tanah besar atau sebaliknya.Pagi-pagi memang penuh dgn manusia dan kenderaan untuk ke tempat kerja. Begitu juga bila time abis waktu pejabat..Berpusu-pusu manusia mengejar feri..

Saja aku nak cerita pasal feri kerana ia penuh nostalgia buatku.. Aku mula kenal feri tahun 1987 bila aku nak lapor diri di Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang @MTC . Ia merupakan pengangkutan utama bebudak MTC walaupun Penang Bridge dah ada..

Macam-macam peristiwa yg berlaku di atas feri ini.Tambangnya 40 sen je masa tu..Dok ditingkat atas sambil menghirup bau hanyir Selat Melaka.Tingkat bawah ruang untuk kenderaan. Aku pernah berbuka di atas feri dengan air kotak kerana feri lambat sangat bergerak ke Bagan @ Butterworth.Pernah tertido di atas feri  hingga feri tersebut 2,3 kali ulang alik dari jeti Sultan Abdul Halim ke Jeti Raja Tun Uda. Mengorat anak mami atas feri perkara biasa bagi aku and the gang. Pernah tengok orang terjun dari feri bunuh diri..Gempar kejap. Pernah menyaksikan bagaimana kereta tetiba meluncur ke dalam laut dari feri yg menghampiri feri untuk mendarat.

Peristiwa paling tragis apabila menyaksikan Jeti di Butterworth runtuh dan mengorbankan banyak jiwa akibat tidak dapat menampung bilangan manusia yag terlalu ramai sempena perayaan kaum Tionghua.Memang kelam kabut sangat masa tu.

Masa belajar kat USM 1996-2000, feri tu masih setia memberi khidmat seperti biasa walaupun aku jarang sekali menggunakannya kerana selesa menggunakan Penang Bridge..Selepas aku bergraduasi dari USM tahun 2000,aku tak pernah menjejakkan kaki ke Penang..Hinggalah tetiba hati terpanggil untuk mengimbau kembali kenangan bersama feri..Hatiku ingin benar mendengar kata-kata kapten feri "Pulau Rimau bergerak sekarang"...
Baru-baru ni,aku cuba mengembalikan nostalgia tersebut dengan menyeberang ke pulau dengan feri.. Ferinya masih sama dgn nama pulau-pulau di Malaysia cuma color feri je ada yg berubah. Ada yg colorful.. Tetapi color macam dulu-dulu spt gambat di atas masih ada. Sambil menyedut rokok Sempoerna hijau aku menghirup bau selat Melaka perlahan-lahan..Baunya masih hanyir macam dulu-dulu jugak..Cuma tambangnya dah naik..kedai penjual buah pala di jeti sebelah pulau masih ada, pengayuh beca masih lagi berkeliaran..Cuma bas kuning zaman aku dulu dah takde,ganti dengan Rapid Penang..

Stesen bas Butterworth yg terbakar dulu masih tak berganti..Ntah bila MPPP nak ambik action.. YAB Guan Eng bila lagi?...Nanti lain kali aku cerita pasal MTC,USM,Gelugor,Jelutong,Titi Teras dll..Nostalgia Penang..