Sabtu, 28 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 41

Kisah Sembahyang Raya Haji

Masa raya haji baru ni, aku sembahyang raya kat sebuah surau. Disebabkan ramai sangat yg hendak sembahyang raya dan aku pulak terlewat sampai, aku bersolat di bahagian luar surau yg telah siap dibentang tikar. Ramailah yg senasib dengan aku sembahyang kat luar.

Selesai solat,khutbah hari raya pun dibaca oleh khatib. Sedang aku khusyuk (walaupun sebenarnya tak berapa khusyuk) mendengar khutbah, tetiba muncul dua orang manusia yg lengkap berpakaian baju melayu dan bersampin mahal,mungkin dua beranak duduk di belakang aku.. Aku mendengar si bapak memberitahu si anak.."Puhh..nasib baik kita sempat sampai,orang tak sembahyang lagi,baru baca khutbah.." kata si bapak dengan konfiden.. Aku mengaru-garu kepala yg tak gatal.Dah la bercakap dengan suara yg agak kuat. Gerenti orang kiri kanan dengar..Selepas khutbah raya,majlis pun berakhir..Aku melihat si bapak terpinga-pinga dan lekas-lekas menarik tangan si anak ke kereta..Aku terdengar beberapa orang bebudak yg dok dekat si bapak tadi ketawa terbahak-bahak.. Moralnya :???????? Ingat sembahyang Jumaat kot...

Tiada ulasan: