Rabu, 25 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 40

Kedai Daging Bakar Kg.Melaka

Tengahari tadi aku berkesempatan untuk makan tengahari di kedai Din @ Sani di Kg. Melaka,Kechau. Dah lama aku tak makan kat sini. Ni salah satu kedai peberet aku kalau nak makan memuaskan hati. Aku dah jadi sebati dengan kedai makan ni sejak aku mengajar kat SK Pagar Sasak tahun1990 lagi. Menunya tak berubah dan yang paling penting rasanya tak berubah menepati selera aku.

Kedai ni kepunyaan Din@Sani orang Kg.Melaka tu la.Kedainya biasa-biasa aje diperbuat dari papan. Kedai ni menjadi tumpuan ramai. Lokasinya terletak kira-kira 1.5km dari stesen minyak Petronas Kechau menghala ke Gua Musang. Kedai ni terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Kelantan. Menu utama kedai ni ialah daging bakar yg dicicah dengan kicap spesel. Selain itu ikan bakar seperti kembung, talipia, ikan sungai dll. Dan sudah pasti gulai asam tempoyak ikan patin atau ikan sungai yang dicampur dengan mentimun tahun.. Memang terangkat. sayur-sayur yg menyelerakan. Terdapat juga ayam, sayur masak air,mcm2 laa..

Kedai ni di buka dari sebelah pagi hingga petang..Tapi untuk tengahari,kalau lewat,gerenti tak merasa daging bakar..Aku memang rekemen kedai ni.. Gerenti korang tak menyesal..

4 ulasan:

hani@debumelukut berkata...

saya mmg sering menggunakan laluan ni ke Kl. tau stesyen minyak petronas tu..tapi mana satu kedai ni ye..nak jugak la try..ada photo kedi tu tak?
kita ni bab makan pantang org sebut, nak try aje keje nya...

Pengembara silam, berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pengembara silam, berkata...

Hani.. kalau lalu jalan ni boleh laa try. Selepas petronas kechau menghala ke pagar sasak. !.5 km lebih kurang dari situ.Tepi jalan sebelah kiri..Photo nanti laa saya snap..

ABU LUQMAN berkata...

Assalamualaikum,
Salam Perkenalan dan Salam Aidil Adha