Isnin, 28 September 2009

Kuala Lanar Kenangan 07

Classmate
Aku masih ingat lagi antara member sekelas aku ialah Rahman, Razani, Nik Di, Zaida, Nine, Azman, Abe,Rahim Mat seroish, rohaida, Mariah, Sapura dll..Mcm2 perangai..

Ahad, 27 September 2009

Kuala Lanar Kenangan 06


Aku dan Darjah Satu

Aku memulakan alam persekolahan di SK Kuala Lanar pada tahun 1973 darjah satu.. Aku tidak pernah menjengah tadika..takde pun tadika masa tu kat Kuala Lanar.. Guru Besar masa tu Cikgu Ngah bin Md Yah yg juga mengenalkan aku dengan tulis,baca dan mengira.. Cikgu2 lain yg ku ingat sepanjang aku di sekolah rendah ialah Cikgu Dollah Jepun, Cikgu Zakaria Uteh, Cikgu Malek Abas, Cikgu Said Bidin, Cikgu Rahim Hussin, Cikgu Latif Alus, Cikgu Baharom Bajuri, Ustaz Dollah.. Ramai antara mereka yg telah pergi mengadap Illahi..AlFatihah dan terima kasih cikgu..
Aku belajar darjah satu di sekolah batu kerana bangunan itu satu-satunya yg diperbuat dari batu. Bangunan lain semuanya papan. Bagunan batu mempunyai sebuah kelas dan disekat dgn skrin untuk dijadikan dua kelas..Apabila cikgu mengajar di kelas sebelah, suaranya jelas dan lantang ke kelas satu lagi..boleh terganggu tapi itulah realiti masa tu..

Selasa, 22 September 2009

Kuala Lanar Kenangan 04

Hari Raya

Raya zaman kanak-kanak adalah sesuatu yang amat mengasyikkan di Kuala lanar.. Abis satu kg. pusing dari Tg.Menaun hinggalah ke Kg.baru@Lanar Atas.. Rumah-rumah yg dianggap loaded menjadi tumpuan spt rumah aki chik (Hj.Sulaiman-dah arwah), rumah cikgu Mat Tiga Kuala, rumah Tok Guru (Hj.Abdullah-dah arwah dlm tragedi berdarah), rumah Pok Su Wil (Tokey kedai-dah arwah gak).. Dah agak letih, ada satu lagi acara iaitu mandi kat gedung yg ada air terjun.. Hanya yg hati kering je boleh terjun dari atas ke bawah yg mempunyai ketinggian 10m.. terjun tiruk lagi.. Tapi sekarang dah takde aktiviti begitu..

Ahad, 20 September 2009

Kuala Lanar Kenangan 03

Hari Raya Lagi...

Masa aku keci-kecil dulu, beraya adalah suatu perkara yg amat menyeronokkan walaupun kehidupan keluarga aku tidak seperti org lain..susah beb!.. Pagi-pagi lagi dah kuar ke masjid Kg. Kuala Lanar dari rumah keluarga aku di Tanjung Menaun..(Korang tau Tg.Menaun kat ne?)..

Kuala Lanar Kenangan 02

Alhamdulillah.. 1 Syawal hari ni...

Sabtu, 19 September 2009

Kuala Lanar Kenangan 01

Akhir Ramadhan 1430H bersamaan 19hb Oktober 2009, aku cuba menjadi blogger yg ntah apa-apa.. Segala idea dan cara penulisan adalah hak cipta aku...Jadi mungkin ada yg terasa tapi nak buat macamana dah itu pendapat aku... SELAMAT MEMBACA..