Ahad, 27 September 2009

Kuala Lanar Kenangan 06


Aku dan Darjah Satu

Aku memulakan alam persekolahan di SK Kuala Lanar pada tahun 1973 darjah satu.. Aku tidak pernah menjengah tadika..takde pun tadika masa tu kat Kuala Lanar.. Guru Besar masa tu Cikgu Ngah bin Md Yah yg juga mengenalkan aku dengan tulis,baca dan mengira.. Cikgu2 lain yg ku ingat sepanjang aku di sekolah rendah ialah Cikgu Dollah Jepun, Cikgu Zakaria Uteh, Cikgu Malek Abas, Cikgu Said Bidin, Cikgu Rahim Hussin, Cikgu Latif Alus, Cikgu Baharom Bajuri, Ustaz Dollah.. Ramai antara mereka yg telah pergi mengadap Illahi..AlFatihah dan terima kasih cikgu..
Aku belajar darjah satu di sekolah batu kerana bangunan itu satu-satunya yg diperbuat dari batu. Bangunan lain semuanya papan. Bagunan batu mempunyai sebuah kelas dan disekat dgn skrin untuk dijadikan dua kelas..Apabila cikgu mengajar di kelas sebelah, suaranya jelas dan lantang ke kelas satu lagi..boleh terganggu tapi itulah realiti masa tu..

Tiada ulasan: