Ahad, 29 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 44

Motor Sungai Mail Geduk

Masa aku kecik-kecik dulu, pengangkutan dan perhubungan utama untuk ke bandar Lipis ialah keretapi. Selain itu jalan sungai merupakan alternatif yg sangat popular. Dari Kuala Lanar ke K.Lipis akan mengambil masa kira-kira 45 minit jika ikut sungai.Jika musim kemarau,perjalanannya semakin sukar dan mungkin memakan masa sejam lebih. Tambang masa tu kira-kira 50 sen seorang. Bagi yg berkemampuan mereka membeli bot panjang dengan menggunakan enjin sangkut seperti Johnson, Suzuki dan Evinrude.

Tapi yg paling popular sekali ialah motor sungai kepunyaan Tok Omar..Dia membeli sebuah bot nelayan laut yg agak besar dan dijadikan sebagai bot penambang dari Kuala Lanar ke K.Lipis.Bot tersebut boleh memuatkan kira-kira 20-30 orang. Hasil getah, durian juga turut dimuatkan di dalam bot ini. Ia sangat popular kerana satu-satunya bot yg berupa sedemikian.. Kalau ke K.Lipis masanya agak lambat kerana melawan arus. Bot ini menggunakan enjin diesel seperti enjin lori..

Kalau musim perayaan, bot ini sarat dengan penumpang dan barangan.Kadang-kadang kalau permintaan tinggi,ia kan membuat beberapa perjalanan pergi dan balik.. Bot ini juga boleh disewa khas bagi tujuan-tujuan tertentu seperti membawa rombongan pengantin atau perlawanan persahabatan.. Masa aku budak-budak dulu,aku suka duduk di atas bumbung bagi menikmati pemandangan di kiri dan kanan sungai Jelai. Satu lagi,bebudak suka sangat membantu pemandu bot mengepam air keluar dari bot.. Bunyi bot yg kuat menyebabkan ianya dapat didengar dari jauh.

Dari jeti K.Lanar,bot ini akan melalui beberapa kampung kecil seperti Tanjung Menaun, Lubuk Belida, Lubuk Telur,Belalai danTanjung Lipis..Kalau ada yg ingin menumpang di pertengahan jalan,cukup dengan melambai-lambai dan menjerit dari tepi tebing sungai.Bot akan singgah mengambil penumpang.Begitu juga semasa balik, cukup dengan memberitahu pemandu bot tempat untuk singgah.Segala-galanya beres.

Bila Tok Omar bersara membawa bot atas faktor usia,ia diambil oleh menantunya,Mail. Geduk..geduk..geduk..bunyi bot tersebut. Ini menyebabkan Mail mendapat gelaran Mail Geduk.. Tetapi apabila K.Lanar menerima pembangunan, dengan jalanraya terbentang luas, bot Mail Geduk semakin sepi dan akhirnya Mail beralih arah menjadi seorang penoreh getah tegar.. Kini bot Mail geduk hanya menjadi bualan sesekali di kedai kopi K.Lanar.. Terima kasih Tok Omar dan Mail Geduk atas khidmat yg banyak jasa kpd penduduk Kuala Lanar.

Lebih kurang macam ni la rupanya Bot Mail Geduk, cuma saiznya yg kecil sedikit


Ni adik beradik motor sungai Mail Geduk..cuma takde tiang-tiang..


7 ulasan:

Lagenda Keluarga Omar berkata...

Rindu kat abah Da Ahmad dan famili kat Kuala Lanar... Moga teratak baru menghidupkan suasana kehidupan di situ..

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum, Cikgu, kala masa raya kedua bot mail geduk lagi penuh kan, mengangkut pemuda pemudi yang nok menengok wayang di panggung paradise...

Pengembara silam, berkata...

Lady..Raye kedua tok sah cerite lee..Gerenti penuh bot mail geduk..menumpi..

Pengembara silam, berkata...

Legenda..Raya tak balik ke K.Lanar ke?

Tanpa Nama berkata...

motor mail geduk memang sinonim dgn org kuala lanar dan sekitarnya tanyalah cikgu2 yg pernah berkhidmat di kuala lanor pasti teringat nostalgianya sumbanganya cukup besar tetapi mungkin ramai org tak tahu satu peristiwa ngeri berlaku diatas bot tersebut isteri tok umar cedera parah dibahagian kepala akibat rambut ditarik shaft motor ketika menimba air peristiwa berlaku ketika keh mandi kt sungai jelai

kerol berkata...

khidmat bakti motor mail geduk memang
tak boleh dinafi dari membawa penumpang dan hasil kampung seperti getah,durian,duku dan langsat
hingga kepada kenduri kahwin dan orang nak bersalin apa pon mail geduk sekarang dah uzur selepas jatuh motorsikal kira2 7 tahun lepas
dan sound trouble disebabkan side efect enjin diesel

Tanpa Nama berkata...

It isn't hard at all to start making money online in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]clickbank blackhat[/URL], You are far from alone if you haven’t heard of it before. Blackhat marketing uses not-so-popular or not-so-known ways to build an income online.