Khamis, 5 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 29

Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang @  MPPPP@M4P @ MTC


1987..Masa tu aku bertugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih @ GSTT @ Guru Sementara di SK Kuala Lanar.Pada Julai tahun yg sama,aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang. Dengan selambanya aku ke sana,walaupun aku sebenarnya tak tau pun maktab tu kat mana.Yang tertera pada surat tawaran tu, alamat maktab di Bukit Coombe,Gelugor, 11700 Pulau Pinang..Aku mengambil bas pagi dari K.Lipis..macam biasa la bas ekspress Jelai. Dengan sebuah beg sandang rock aku melangkah dengan yakin walaupun tak berapa pasti.Sampai kat Puduraya hampir tengahari dan terus beli tiket ke Butterworth untuk jam 10 malam.. Hangit KL aku pusing untuk menunggu bas pukul 10 malam ke Butterworth..Akhirnya aku lena dalam bas EkspressNasional ke utara..Tetiba bas aku berhenti secara mengejut.Rupa-rupanya mengalami kerosakan .Jam menunjukkan waktu dinihari..Aku turun dan perhatikan keadaan sekeliling.Yang pasti di sebelah kanan jalan tu terdapat sebuah kilang simen yg besar.Yang aku pasti ia terletak dalam negeri Perak..Bas hanya dapat dibaiki apabila hari telah cerah..berjam-jam tersadai..Masa tu hiway Ipoh-Changkat Jering tak berapa nak siap lagi.PLUS pun masih dalam pembinaan..Akhirnya buat pertama kali aku sampai ke Buterworth sekitar jam 10 pagi..

Aku mandi ala kadar kat tandas stesen bas dan menukar pakaian kemeja,seluar slack menggantikan t-shirt dan jeans yg dipakai..Aku perlahan-lahan menuju ke sebuah gerai makan di tepi stesen bas. Buat pertama kalinya aku melihat makanan yg dijual disitu makanan yg berat-berat penuh dengan lauk pauk macam nak makan tengahari. Aku yg dah biasa pekena teh tarik,kuih,nasi lemak atau roti canai terpaksa mencari kedai lain. Setelah bertanya orang,barulah aku berjumpa dengan kedai mamak jual roti canai..

Perut yg kekenyangan tu buat biji mata aku segar kembali.Sambil menyedut sebatang dunhill, mataku melilau mencari arah feri untuk menyeberang ke pulau pinang.tapi arah yg aku cari tak juga berjumpa.Malu nak tanya orang kononnya..Secara tak sengaja aku terjumpa dengan seorang apek pemandu prebet sapu. Setelah berunding dan dia tahu kat mana maktab tu,akhirnya bersetuju untuk naik keretanya dengan bayaran RM40.00..Dengan sekali pusing bangunan stesen bas Buterworth,kereta tua apek tu telah pun berada dalam feri menuju ke pulau. Buat pertama kalinya aku menaiki feri yg kemudiannya menjadi sinonim dgn aku.. Kalau la aku tau,tangga menuju ke feri tu hanya disebelah bangunan tu,mampus aku tak naik kereta apek tu. Tambang feri masa tu 40 sen je..Tu la berlagak sangat dan sombong taknak tanya orang..

Bila sampai di pengkalan di pulau,kereta apek tu meluncur dengan laju ke Gelugor dengan melalaui Jelutong. Aliran trafik Penang memang teruk.Bersimpang siur..kasar dan kadangkala mengerikan.Apek tu dgn selamba memecut kereta tuanya walaupun aku cemas..Setelah sampai ke area Gelugor, apek tu dengan selamba bertanya kat aku.."Lu tau ka mana itu tempat?" Hati aku dah panas dan menyumpah serta mencarut apek tu..tapi dalam hati aje laa..Maklumla tempat orang.. Setelah terbabas melepasi pekan Gelugor dan buat U-Turn, barulah aku perasan maktab tu terletak di belakang bangunan RECSAM..satu pintu masuk je..Nasib baik aku ternampak banner "SELAMAT DATANG" kalau tak ntah kemana apek tu bawak aku.. Dengan menyumpah dalam hati,aku membayar RM40.00..hampeh betul..Rupa-rupanya ada lagi geng Lipis yang nak mendaftar..Ramzan,Taufik dan Bazaruddin...

Sejak hari tu rasmilah aku menjadi warga MTC..Bravo!

Tiada ulasan: