Ahad, 15 November 2009

Kuala Lanar Kenangan35

Pelajar Orang Asal..
Aku memerhati pelajar-pelajarku  yg terdiri dari pelajar-pelajar orang asli berlari-lari di tengah padang sekolah..Aku tersenyum dari bawah pondok bacaan di atas bukit. Mereka menghambat sebiji bola yg ditendang ke sana ke sini..Rata-rata terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 walaupun tidak begitu pasti berapa umur mereka sebenarnya.

Tetiba seseorang pelajar menjerit dan menunjuk nunjuk ke arah penjuru padang.Bola ditinggalkan dan mereka berhambatan ke penjuru padang.. Dengan bahasa yg tidak difahami mereka menunjuk-nunjuk, menjerit-jerit dan mengejar sesuatu. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dan seolah-olah mengepung sesuatu. Aku tidak begitu pasti hanya memerhati dari jauh. Sambil mengejar meraka menyepak benda tersebut..Begitulah keadaannya, kepung,kejar dan sepak.. Mereka terjerit-jerit keseronokan..

Jeritan mereka mengendur dan tidak mengejar lagi. Seorang pelajar mengambil benda tersebut dan membawanya ke bawah pokok tempat pembakaran sampah yg masih lagi menyala apinya.. Aku memanggil salah seorang dari mereka dan bertanya apa yg dikejar tadi. Dengan bangganya dia menjawab, "Ular,cikgu. Dah mati kena kejar dan sepak tadi..Ni kami nak bakar.Dagingnya sedap cikgu,".. Aku menepuk dahi.. Agaknya ular tu mati kepenatan dikejar oleh bebudak asli tu.. Nasib awak la ular..

1 ulasan:

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum, hehehe..kalau ayan sedak juge yekk boleh tumpang sepeha...ini ulo..hehehe