Rabu, 18 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 36

Sijil Pelajaran Malaysia 2009

Hari ni 18hb November 2009 SPM bermula seluruh Malaya..Aku bertugas sebagai Ketua Pengawas (KP) di salah sebuah sekolah menengah di daearah ni. Aku difahamkan bahawa calonnya merupakan calon teramai di daerah ni.Semua sekali ada 203 orang calon. Dengan menggunkan sebuah dewan besar dan kelas sebagai pusat peperiksaan.

Aku dibantu oleh 10 orang penolong pengawas.Ada yg dah berpengalaman dan ada yg pertama kali merasai pengalaman menjadi pengawas peperiksaan awam di Malaysia. Dgn bantuan pengawas-pengawas lain alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada hari pertama ni. Harap-harap takdelah masalah pada masa mendatang..

Cuma aku ingin berkongsi cerita semasa peperiksaan ni berjalan.Seingat aku,dah hampir 17 tahun aku terlibat dengan pengawasan peperiksaan awam ni.Dari UPSR,PMR dan SPM. Dari penolong pengawas, ketua pengawas dan penyelia kawasan.Semua dah aku rasa.

Aku perhatikan calon-calon peperiksaan ni terbahagi kepada 3 kategori.. Kategori pertama, calon yg berkeyakinan bahawa mereka akan mendapa keputusan yg cemerlang.Calon-calon ni  bersemangat menjawab dan sentiasa fokus.Biasanya pelajar kelas hadapan la.Kategori kedua pelajar yg sederhana. Biasanya fokus pada peringkat awal tinggi dan beransur-ansur hilang dipenghujung..Ada yg lena diulit mimpi.
Dan kategori ketiga pelajar yg hadir sekadar rutin untuk peperiksaan. Semasa menjawab kertas Sejarah 1 pukul 11 pagi, tak sampai 10 minit dah berdengkur. Bila aku menyemak kertas jawapannya, didapati telah siap ditanda dgn cemerlang.! ..Harap-harap lulus la..

2 ulasan:

LIPISLADY berkata...

Assalamualaikum Cik Gu Pastinya waktu ini calun2 SPM sedang tekun memerah otak menjawab soalan, muga2 mereka semua lulus dengan cemerlang...InsyaAllah AMIN

RajaOdang berkata...

Setuju sangat le tu, kalau semuanya dalam kategori pertama, bertambah ramai dan bersesak-sesak pendatang di negara ini.