Jumaat, 2 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 09

Televisyen

Dulu TV adalah barangan mewah. Hanya golongan atasan saje yg mampu memilikinya. Golongan marhain seperti keluarga aku tak mampu memilikinya. Seingat aku antara orang yg terawal memilik TV di Kuala Lanar ialah Pak Muda Ya..seorang peniaga kedai kopi. Setiap malam Sabtu bagaikan pesta di kedainya kerana malam tersebut menayangkan Tayangan Gambar Melayu terutama cerita-cerita P.Ramlee..Pak Muda Ya tersenyum puas kerana kopi,teh,goreng pisang laris..Yang pasti poketnya kembung dengan duit orang Kuala Lanar.
Aku dari Tanjung Menaun pun sanggup meredah kegelapan malam ke kedainya untuk menonton TV hitam putih yg acapkali terpadam apabila enjin yg membekalkan elektrik Tv kehabisan minyak..Din puteh dan adik-adiknya Sulaiman Gajah dan Jali Gajah adalah member dari Tg.Menaun yg sama-sama gila TV.
Selepas tu barulah beberapa buah rumah ada TV seperti rumah misi berbangsa India Thilagawathy,Kedai Pak Kob, kedai Paksu Che Wil, Aki Chik,Cikgu Mat Tiga Kuala..

Tiada ulasan: