Khamis, 8 Oktober 2009

Kuala Lanar Kenangan 17

Bukit Telor dari jalan raya Lipis-Kerambit

Jambatan kereta api Buki Telor
Bukit Telor


Bukit Telor adalah satu nama yg sinonim dgn penduduk Kuala Lanar..Sesiapa yg tidak tahu di mana letaknya Bukit Telor, dia boleh dianggap bukan penduduk Kuala Lanar sejati. Bukit Telor ini terletak di kiri kanan landasan keretapi bermula selepas rumah arwah Pok Kob Abe hingga ke jambatan keretapi Bukit Telur. Dikiri kanannya tiada rumah org melainkan kebun getah dan hutan belukar. Sebelum wujudnya jalanraya Lipis-Kerambit-Jerantut, ia adalah laluan utama pejalan kaki dan penunggang motosikal dari K.Lanar ke Lipis.

Persekitarannya memang menyeramkan dgn suasana yg sunyi dan penuh misteri. Jarang2 manusia secara berseorangan yg sanggup berjalan kaki atau menunggang motosikal melaluinya pada waktu malam.Hanya yg berani mati dan hati kering saja sanggup menghadapi cabarannya. Ramai yg telah diuji dan diakui tempatnya memang keras.

Ditepi jalan keretapi Bukit Telor dulu terdapat sebatang pokok ceri..dan di bawah pokok ceri ramai yg telah berjumpa makhluk Tuhan dari alam lain terutama waktu hujan panas.

Tanah Bukit Telor ni sentiasa runtuh akibat hakisan dan keretapi terpaksa bergerak perlahan bila melaluinya. Beberapa biji batu sebesar beberapa pemeluk telah diangkut dari Bukit Telor ke stesen keretapi K.Lipis..

Menurut cerita orang2 tua, dulu ada seekor naga tinggal di situ dan pada banjir besar 1971, naga tersebut telah keluar dan menghala ke Sungai pahang..Wallahualam..

Sehingga kini Bukit Telor terus tinggal misteri walaupun jarang2 manusia melaluinya..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masa nk buat jln lipis kerambit
kontraktor terpaksa mintak tolong orang lanar
ikthiarkan supaya kerja tanah berjalan lancar
akhirnya orang lanor pakat buat sembahyang hajat
berhampiran bukit telur