Rabu, 6 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 65

 Persekolahan 2010

Walaupun sekolah dah mula 2,3 hari tapi aku masih lagi tak habis sibuknya..Nak nengok blog pun tak sempat.Dari hari pertama hingga la tadi,ibubapa tak putus-putus datang menguruskan hal anak-anak mereka. Aku pun turutla buat-buat sibuk walaupun sememang sibuk..

Mesyuarat berturut-turut hari.. Tadi meeting kurikulum, esok meeting kokurikulum, Jumaat Bidang Kemanusiaan..Minggu depan Panitia plak...aduss..Update Rancangan tahunan, HSP, buku rekod mengajar.. macam-macam laa.. Nasib baik tak jadi guru kelas... Pun bernasib baik kerana P&P dapat berjalan dengan lancar dalam kelas.. Bebudak ready untuk belajar..Buku teks cukup,buku tulis pun ok..

Aku teringat hari pertama aku mengajar di SK Pagar Sasak selepas posting.. Aku mengajar kelas Tahun1.. Macam2 perangai budak baru masuk sekolah..tapi itulah kenangan paling best..Ada yg terkencing dalam kelas, lari keluar kelas mengejar maknya, meraung takut ditinggalkan...

Aku juga teringat cikgu2 yang sama-sama mengajar pada masa tu.Ada yg masih berhubungan dan ada yg tak dapat dikesan.. Ada juga yg telah pergi buat selama-lamanya.

Cikgu Zainal Abidin Ismail guru besar yg tegas dan digeruni tapi penuh tunjuk ajar.. Sekarang guru besar berijazah di SK Benta.GPK Cikgu Ibrahim Aziz penyelia di PPD Lipis..suka aktiviti luar..mencari ikan, berkhemah,memburu..orang kuat politik Lipis. Cikgu Sabri Yusof dan isteri Ustazah Hasmah..balik Kelantan tak dengar berita..Annuar Sulaiman teman serumah..balik penang sambung belajar kat UPSI..senyap tanpa kesan. Lee Hock Chiu balik Kelantan tapi baru-baru dapat dihubungi..sambung belajar buat ijazah kat Maktab lipis..jumpa la balik...Azalan affendi orang kg.Budu..Kat kementerian Pelajaran,Penolong Pengarah BPG. Roslan Perlis..kuat Arqam..balik Perlis terus sepi.Byk kenangan dgn dia ni..Arwah Ustaz Napi..Ustaz yg sempoi dan sangat baik hati.Arwah Cikgu Talib, cikgu veteran yg penuh humor dan cerita..tulisan tangannya amat cantik...Mohd Robaei dan isteri Fauziah..Dengar khabarnya dah jadi Penyelaras PKG kat Jeli,Kelantan.

Saje je nak mengimbau kenangan sekolah pertama aku sebagai guru terlatih hasil keluaran Maktab Perguruan Persekutuan,Pulau Pinang...

2 ulasan:

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, kenangan lama memang manis untuk ingati, lebih2 lagi kalau bersama kawan yang begitu ramai...emm..kenangan manis saya bersekolah dengan anak selama 6 bulan..hehehe..tapi tak sia2lah menunggu...

saharul berkata...

gonekan rodong dah adatnya gitu.....koi pulak banyak melepak dr buat keje, sebab semua dah beres, tinggal yg cicai je...hehehe