Pertandingan Kebersihan Kelas
Kelas 5 Ekonomi terus mengungguli pertandingan kebersihan kelas menengah atas apabila berjaya menungguli selama 4 minggu berturut-turut...
Memaparkan apa-apa jua yg berlaku di sekeliling hidupku.. Hidup ini seperti landasan kereta api yang beriringan tapi tidak bertemu..

Isnin, 31 Mei 2010
Rabu, 26 Mei 2010
Kenangan Kuala Lanar 122
Cendol oh Cendol
Waktu : Tengahari jam 1.00
Lokasi: Gerai sebelah Pasar Mini Kita Koyan 2
Minuman : Cendol berperisa gula kabung
Bintang : 3 1/2
Qoute : Sedapnya pekena di waktu cuaca yang membahang...sejuk je lalu kat tekak...

Isnin, 24 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 121
Musim Peperiksaan Datang Lagi..
Musim peperiksaan sekolah datang lagi.Kali ni peperiksaan setengah tahun atau dikenali sebagai P2.. Kali ni soalan dibuat secara berkelompok dimana seluruh negeri Pahang menggunakan kertas soalan yang sama.. Harap2 para pelajar dapat menjawab dengan cemerlang...

Para pelajar Tingkatan 5 Ekonomi sedang tekun menjawab kertas Mathematics 1
Ahad, 23 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 120
Kura-kura dan Nombor
Tadi aku melawat blog Bro Yassin dari Jerantut yang mengisahkan tentang kaitan mimpi langgar babi dengan nombor ekor.Cerita tersebut mengingatkan aku kembali tentang satu peristiwa yg benar-benar berlaku kira-kira 20 tahun dulu.
Masa tu bujang lagi,baru-baru mengajar..Suatu hari datang member,budak kampung tempat aku mengajar tu laa ke rumah.Dia mengajak aku menemaninya ke Gua Musang, Aku pun menyarung baju dan seluar dah beres..
Selepas menuruni kawasan Bukit Tujuh, dekat-dekat area Felda Chegar Perah , tetiba dia membrek keretanya secara mengejut dan berhenti di tepi jalan.
"Nape weh?" Aku bertanya.
"Acu aok tengok tu, amende yg tengoh melintas jalan?" Tanyanye.
"Laa..kekura..mende yg peliknya." jawabku.
"Kata orang, kalu kekura melintas jalan,kita tangkap dan gosok badannya,ada nombor keluar.Pastu kita belilaa..Takpe..kita tunggu dia melintas dulu", katanya dengan penuh harapan.
Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal..
Kura-kura tu dengan selambanya melintas jalanraya perlahan-lahan..Tiba-tiba dari jauh kedengaran bunyi kenderaan yg datang..rupa-rupanya lori balak..
Praaap...praapp....leper kura-kura tu digilis lori balak..Membe aku tadi bergantang sumpah seranah kat driver lori yg telah meragut kekayaan yg hampir menjadi nyata..
Aku terduduk ketawa besar....meleleh air mata....Sampai sekarang kalau jumpa membe ni pasti aku ketawa besar...

Sabtu, 22 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 119
Lesen
"Aii bang..laju je..nak kemana tergesa-gesa ni?"
"Nak gi renew lesen, dah nk mati"..
"Buatlah 5 tahun punye lesen, tak payah nk pegi ke pejabat pos nak renew sokmo. Lesen kereta ke lesen motor?"
" Tak..Lesen guru"..Jawan Cikgu Mat dengan selamba..
Begitulah agaknya situasi sekiranya cikgu dikehendaki mempunyai lesen mengajar..

Jumaat, 21 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 118
Alam dan Telefon Genggam
Ni la gambar yang aku sempat ambik sejak ketiadaan kamera digital.Guna henpon je.. Ntah bila la aku nak dapat kamera digital baru..DSLR kot...

Khamis, 20 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 117
Apabila Pelajarku Memonteng
Hari semalam aku berjaya menangkap 2 kali pelajarku memonteng..Waktu tu jam 1.30 tengahari.. Seorang sedang lena di bilik moral dan sekumpulan sedang bersembunyi di bilik TV sambil berbaring2.. Puas guru kelasnya mencari..Semuanya pelajar orang asli..
"Panas cikgu duduk dalam kelas"....tu la alasan yang diberi..

Kuala Lanar Kenangan 116
Sakit dan Hospital
Minggu lepas aku berkempatan untuk melawat bapa saudara orang rumah yang terlantar di ICU HTAA Kuantan. Macam-macam sakit yang dapat dilihat.Semuanya menginsafkan. Begitulah apabila nikmat kita ditarik balik oleh yang menciptanya...Sendiri mau ingat la.. Apa pun sempat jugalah aku snap beberapa keping gambar dari tingkat 8 HTAA..Sesaja untuk kenangan walaupun hanya guna telefon bimbit,

Rabu, 19 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 115
Selamat Hari Guru
Walaupun dah terlewat beberapa hari, namun aku nak ucap gak "Selamat Hari Guru".. Walaupun malam tu berpuluh-puluh mesej masuk mengucapkan selamat hari guru dari rakan dan pelajar, namun aku tak satu pun membalasnya..Bukan aku tak sudi nak membalas tapi terharu sampai tak leh nak balas..hehe .
Hari Guru sekolah aku telah dirasmikan oleh mantan Pengetua sekolah ini merangkap mantan Pemangku Ketua Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dato' Hj.Abdul Latif Wadud....Tetiba je ahli parlimen Cameron Highlands Singgah menjenguk majlis tersebut....Jadi ada lah 2 orang dato, kat majlis tu..

Khamis, 13 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 14
Selamat Memperingati 13 Mei
Hari i 13 Mei 2010.Pada tarikh yg sama tahun1969 berlaku peristiwa berdarah yg tragis untuk rakyat Malaysia.. Aku pun tidak pernah ingat akan peristiwa tu lantaran baru berusia 3 tahun..Natijahnya?....

Rabu, 12 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 113
Apabila Cikgu Asyik berFacebook
Sejak dua menjak ni, cikgu2 sekolah aku asyik berfacebook..pantang masa free..mengadap laptop je la kerjanya...Jgn add yang bukan-bukan dah laa....

Selasa, 11 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 112
Red Carpet
Baru-baru dalam satu majlis, perasmi majlis telah menyentuh tentang penggunaan karpet merah bagi menyambut kehadirannya. Dia mengatakan bahawa sultan dan YAB je layak lalu di karpet merah ni.. Aku pun bukan fahamsangat pasal protokol ni..Aku menggaru kepala memikirkannya kerana baru-baru ni dalam majlis ala-ala Grammy awards di Genting Highlands ada majlis Red Carpet untuk artis...Setaraf ke?

Rabu, 5 Mei 2010
Kuala Lanar kenangan 111
Hari Anugerah Kecemerlangan
Pagi semalam telah berlangsung Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan yang telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Jelai. YB Dato' Hj.Wan Rosdy Wan Ismail yg juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan :Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.
Maka menerima la hadiah para pelajar yang cemerlang...Yang tak cemerlang dan sederhana cemerlang? Tahun depan aku nak mencadangkan diwujudkan kategori yang tak cemerlang plak...Boleh kot..hehe..

Selasa, 4 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 110
Makanan Eksotik
Dah lama ku tak makan mende ni..emping! Kat tempat aku dah takde orang tanam padi...Jadi mende ni pun jarang-jarang berjumpa..

Isnin, 3 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 109
Aku dan Hishamuddin
Pagi semalam ketika aku sedang membuta lagi di rumah sewaanku, tetiba aku dikejutkan dengan bunyi yang kuat kat padang depan rumah aku..Rupa-rupanya sebuah helikopter nak landing...Barulaa aku teringat, Dato" Seri Hishamuddin Hussien nak turun kerana nak pergi merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan..Yang aku peliknya mengapa nak landing kat padang depan rumah aku kat Kuala Medang ni...sedangkan kat Sungai Koyan berlambak lagi padang... aku menyuruh anak aku mengambil gambar dan aku perlahan-lahan menarik selimut..sambung tidur...kroh...kroh...

Sabtu, 1 Mei 2010
Kuala Lanar Kenangan 107
Apabila Cikgu Berjualan
Ramai cikgu yang buat kerja sampingan seperti menjual tudung macam cikgu sekolah aku..Dan pembelinya sudah pasti cikgu perempuan....hehe

Kuala Lanar kenangan 106
XPDC Berakit Sungai Pahang
Pagi tadi aku menyaksikan sesi memuatkan buluh rakit yang telah ditebang ke dalam lori. Rupa-rupanya buluh ini akan dibawa ke Temerloh untuk dibuat rakit bagi XPDC Berakit Sungai Pahang 2010 yg bermula di Temerloh. Buluh-buluh ni diimport dari Kuala Medang dan tenaga pekerja untuk membuar rakit ni juga dibawa dari Kuala Medang. Semuanya orang asli.....

Langgan:
Catatan (Atom)