Ahad, 3 Januari 2010

Kuala Lanar Kenangan 64

Hari-Hari yang Sibuk...

Pagi tadi,lebih kurang jam delapan,aku memecut kereta ke SMK Seri Lipis dari rumah di Sungai Koyan untuk menguruskan anak jantan aku masuk ke asrama..dah tingkatan 2 pun..Sebenarnya aku kena jadi mc arini untuk majlis pendaftaran pelajar Tingkatan 1sekolah aku tapi mohon pelepasan dari boss..
Usai je urusan kat SMK Seri Lipis,aku ajak mem pun pegi mengeteh kat kg. aku la..Kg.Kuala Lanar..Masa ntu dah pukul 10 lebih..Dah lama tak mengeteh kat warung Mak Su Sabar ni..Tempat lepak warga Kuala Lanar yg terdiri dari berbagai peringkat,..Kalau nak dengar berita terkini dan cerita sensasi datanglah ke sini. Semua ada..Dari sesi mengutuk Tok Empat,JKKK,JK Masjid,harga getah, mengecam kerajaan BN, memuji PKR semua ada..Tapi bila sampai kat sana, rupanya tutup arini,, nasib..nasib

Aku memecut semula ke Sungai Koyan dan menghantar mem ke rumah..(Bior dia bancuh teh sendiri kat rumah..he he ) aku ke sekolah untuk melihat suasana pandaftaran Tingkatan 1...


Warung maksu sabar yg cuti...Macam2 ada kat sini..

Lighter paling beso penah aku jumpa masa mengeteh dulu-dulu..

Ibubapa yg hadir mendaftar anak mereka..Ramai orang asli

Sebahagian anak orang asli yg akan masuk Tingkatan 1

Kaum bapa orang asli yg bersemangat untuk pelajaran anak mereka

Suasana pendafttaran dalm dewan selepas taklimat

Lagi suasana tersebut..Cikgu Paizah begiti sibuk sekali

13 ulasan:

Aku Anak Pahang berkata...

Kalut berlake kita bila sekolah nak buka semula neh..hok tentu kocek boleh rabok juge hehehe...
Selamat kembali kesekolah berlake guru-guru dan pelajar semuanya.

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, Mak Su Saba memang cuti ari minggu, dia nok berehat katanya ke keh arituh...ari lain adalah...

Redz da Tsar berkata...

Hehe... banyok betoi ulasan tentang bukak sekolah.. Baru jer rase akak aku kate cuti, tup-tup dah bukak balik~

saharul berkata...

selamat bertugas cikgu medan...nok taknok esok kena pegi jugalah ke sekolah ye...

Tanpa Nama berkata...

Medan, kot ada masa aok email la ke kome ni. Kome ni kawan lama aok. Dok de kuantan . Bukan apa, kot aok dtg ke kuantan nengok rumoh de Inderapura tu boleh la kita mengeteh. email kome: angah6327@yahoo.com.

ben berkata...

bapok besonya lighter teh!!

Aida Ali berkata...

SMK Seri Lipis tu di mana yek? Bila ia ditubuhkan?

Pengembara silam, berkata...

Bro Yassin.. Biasa la poket rabok ujung tahun.. nak wat guane..derita aje la..

Pengembara silam, berkata...

Lady... Lain kali buleh ngeteh kat K.Lanar pulok..

Pengembara silam, berkata...

Cikgu Aji... Kawan bz sgt 2,3, arini..nak memblog pun tak dan

Pengembara silam, berkata...

Ben..Buleh masok nasik guna lighter teh..

Pengembara silam, berkata...

Kak Aida..SMK Seri lipis tu baru je ditubuhkan.. Di tepi jalan menghala ke padang tengku.. sebelah SK Tempoyang dan IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan..Terletak di puncak bukit.

Aida Ali berkata...

Tq atas pelan yang diberi. Lama betul tak ke Lipis.