Rabu, 7 April 2010

Kuala Lanar Kenangan 102

Buku bang?

Tadi aku ke Lipis berjumpa dgn bapak harimau untuk mengeluarkan sisa-sisa wang ada..huhu... Keluar je dari pintu bank aku disapa oleh seseorang..

"Bang..bang..beli buku bang...Membeli sambil bersedekah bang..Ilmu dapat, pahala dapat..Derma untuk anak yatim bang..."

Aku merenung gadis yg menghulurkan beberapa buah buku kepada aku..Semuanya buku agama.
" Laaa..awak lagi..Bukan ke minggu lepas saya jumpa awak kat depan Maybank Kuantan?" kata ku sambil tersengih.

"Yeke bang?..Takpelaa.." Dia terus berlalu...
Aku menggaru-garu lagi kepala yg tidak gatal..

Aku teringat peristiwa beberapa bulan lepas di Pasar Tani Kuantan di pekarangan Stadium Darul Makmur apabila sekumpulan pemuda yg kelihatan warak membuat kutipan derma pembinaan masjid. Jelas tertera pada tin kutipan derma tu - Derrma Pembinaan Masjid Kg.Pagar Sasak,Kuala Lipis.. Sedangkan yg aku tau masjid Pagar Sasak  masih lagi kukuh dan tersergam indah..
.
Bila tin derma dihulurkan kepada aku, dan menerangkan pembinaan masjid Pagar Sasak, aku berterus terang je..
"Encik, saya ni duduk lama di Pagar Sasak tapi setau saya masjid tu kukuh,cantik,baru dan bersih lagi"...

Pemuda tu merenung aku dan berlalu pantas memanggil kawan-kawannya dan segera beredar...
Dunia..dunia..

12 ulasan:

al-mankaraqi berkata...

pelbagai kaedah memperdaya...........ikan busuk dari kepala membawa ke ekor

zulkbo berkata...

salam..
kat kolumpo ni pun ramai yang begitu..koi selalu ckp bebaik
koi mmg tak percaya at aok..sound direct koi..hu hu..koi kabor kalau koi nak derma biarlah kat masjid betul dengan tangan koi sendiri..jadi hati koi tenang..selalunya diorang terus pergi..

piewahid berkata...

bageh n3 demeh ni. yg lebih malang, budok2 tu kutip derma ketika dan waktu yg spatutnya mereka berada di skoloh!

bagi keh mmberi bmakna kita menganiaya kanak2 yg mjadi mangsa bapak kpd sgala naga!

kelompen berkata...

salam
pengalaman yg sama koi rasa, semacam kita dipermainkan oleh satu sindiket penipuan yg bertopeng kerja kerja amal kebajikan, yang pada zahirnya molek tetapi hakikatnya menjadi busuk oleh sikap dan kerakusan mereka sendiri. benar jika ingin menderma , lakukan lah di masjid yang betul, bukan di "jalanan". atau lebih tenang carilah rumah2 kebajikan dan tahfiz yg memerlukan sumbangan..

Hashim Zabidi berkata...

Dia orang tu duk memikirkan hal dorang saja. Sesak kita dorang tak tau.

Kerajaan 1 Malaysia ni pun dah garu kepala hendak majukan negara.

KASIHCIKGU berkata...

susah nak kata apa. jadi aku tak mau kata apa.

Ateh Nour berkata...

Assalamualaikum, keh tak sampai ati tengok bebudok tu dianaiya olah bapok naga, kala ada duit keh bagi juga tapi tak lebih seringgit aja jangan hampa sangat harapan mereka. Nok beli buku keh cakap ke deme kah dah ada buku nih...

hai berkata...

tu la kadang mmg sedih tgk bebudak tu,rasa cam anak kita je....kadang laki koi bagi gak..dia kabo ke budok tu ni duit buat beli air tau!!

saharul berkata...

benda gitupun dibuat main2....entah le dunia skrg ni...

Pacifist berkata...

mengambil kesempatan atas kemurahan hati kita.lihat bagaimana pendatang asing dtg kesini semata2 utk mengemis.jika kita tahu tipu usah bagi,jika tidak tahu,tpulang kpd kita.Allah akan catat kebaikan kita.dan wang yg didapati mereka adalah haram

Aida Ali berkata...

Disebabkan ada segelintir yang menipu identiti, tak pasal-pasal orang yang berhak telah menerima bahana ketidakpercayaan orang awam. Kesian juga memikirnya tapi nak buat gone prasangka kita berasas

Geng Laut berkata...

Kaweh ada pengalaman ginih...
Pernah jumpa org mintak donation kat gerai sate kajang untuk buat masjid kpg dato' harun,pakaian demeh berkepiah siap. Dengan jujor kaweh kata kaweh kariah sana, nanti derma kat sana jerrr.. dia pn mintak diri.
selang sebulan masuk paper, ajk masjid buat pengumuman yg demeh kutip donation area PJ sahaja.. Banyak laporan hantu nih dah kutip seluroh m'sia weh... memang hantu!!