Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari keluli..berat.. Untuk menggerakkannya tak perlu dikayuh dgn pendayung cuma menggunakan kuasa air sungai dgn cara mengawal tali atau kabel yg merentangi sungai ... Kat Lipis ni terdapat di Kuala Lanar dan Tanjung Gahai tapi dh semakin dilupakan...Ada gak orang yang memanggil feri...
Boya di Kg.Kuala Lanar untuk menyeberang Sungai Jelai
9 ulasan:
menarik info demeh ni. kala dok, keh pun xtau ande org guna kwsn kita ni!
Assalamualaikum, cikgu Lano apa kahabar, lama tak menyinngo weh.
Keh pernoh naik boya ni, tapi kerayan sangat weh...nengok air laju tu rasa nok gelak mata...
Pie..mende ni pn nk pupus dah...hehe
Lady...Tu belum boya tu tersangket tengoh sungai..lg la kerayan...
Lama dah tak sebut nama tu
ada lg satu menda ni ni kuala kenong dekat ngan masjid kualak kenong
Lama senyap sunyi cikgu. Belum waktu lagi nak besara bukan!
Macam saya gaklah hormatkan bulan puasa.
Selamat Hari Raya cikgu, maaf zahir batin.
salam,
singgah nk ucapkan:
1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.
2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.
3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.
4. Terima kasih juga kerana sentiasa memberi sokongan.
5. Berhati-hati di jalanraya.
Yang d masjid Kuala Kenong tu pun dah pupus dah
dari Mat
Catat Ulasan