Rabu, 3 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 88

Oh..Jejaka Lombok..Cinta itu buta Pak!

Keluarga rayu anak gadis pulang


LIPIS - Suasana muram menyelubungi sepasang suami isteri di sini yang kehilangan anak gadis berusia 30 tahun sejak 14 Februari lalu dipercayai kerana mengikut seorang warga Indonesia.
Mat Ali Mat Amin, 67, mendakwa anaknya, Rozita Mat Amin, 30, dilarikan seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai penoreh getah di perkampungan Pos Betau ke Lombok Timur, Indonesia.
Menurutnya, kehilangan anaknya yang bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari perkampungan tersebut disedari selepas setiap panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berjawab.
”Rozita ada menghubungi ibunya, Jariah Ishak, pada 14 Februari lalu dan menyatakan untuk bermalam di bandar Lipis dan ibunya telah mempercayai kata-katanya.
”Namun, pada 15 Februari Rozita telah menghubungi ibunya sekali lagi dan menyatakan telah berada di dalam kapal menuju ke Lombok Timur, Indonesia,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian: di sini.:
Mat Ali berkata, dia sekeluarga tidak pernah mengenali lelaki tersebut dan tidak mengetahui Rozita menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
”Rozita, anak nombor empat daripada lapan beradik tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga malah rapat dengan adik-beradiknya.
”Tiada apa yang akan menggembirakan kami sekeluarga selain daripada dapat melihat Rozita ada bersama ketika hari pernikahan adik bongsunya, Nurul Atimah pada bulan Mei nanti,” katanya.
Mat Ali, seorang jaga di sebuah ladang Felcra di sini, membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan di sini pada malam 15 Februari mengenai kehilangan anaknya itu.
Sementara itu, ibu Rozita, Jariah Ishak berkata, dia sekeluarga menerima siapa sahaja pilihan hati Rozita untuk dijadikan suami.
”Saya berharap Rozita dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat dan membawa sekali lelaki yang menjadi pilihan hatinya.
”Saya terima ketetapan Tuhan dan kalau betul itu pilihan Rozita, kami sudi mengadakan majlis pernikahannya di sini,” katanya.
Jariah berharap kerajaan atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu membawa pulang anaknya itu terutama menjelang pernikahan anak bongsunya Mei ini.

Tu petikan akhbar Sinar harian hari ni..Muka depan lagi..Sabar la Pak De Ali.. Keluarga ni aku kenal sangat kerana rumahnya berhampiran dengan rumah aku menyewa kat Kuala Medang ni..Power Lombok ni..

Tiada ulasan: