Beberapa bulan yg lalu,aku membeli beberapa buah buku melalui internet..Buku memoir beberapa orang pejuang Melayu yang berhaluan kiri.Mereka ini terlibat secara langsung dengan Parti Komunis Malaya (PKM)..Bukan ape,sebagai seorang guru Sejarah,aku perlu membaca pandangan dari pihak mereka pulak.. Taklah mendengar cerita sebelah pihak sahaja dan dapatlah membuat pertimbangan sama ada mereka ini pejuang atau petualang...Antara buku-buku yang ku beli ialah mengenai Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abdullah C.D, Abu Samah,Chin Peng dan Suriani Abdullah... Di samping itu juga kisah nasionalis Pak Sako..Saja nak mengetahui dari sudut pandangan mereka.. Banyak kisah-kisah yang tak pernah diceritakan dapat diketahui.. Apatah lagi ada beberapa nama dalam cerita tersebut yg aku kenali..Walaupun begitu, dirasakan masih banyak cerita-cerita yg tersembunyi yg luput bersama-sama dengan orang yg mengalaminya.. Aku cuba pula mencari buku-buku kisah wahi Annuar, Musa ahmad dll....