Pagi tadi,lebih kurang jam delapan,aku memecut kereta ke SMK Seri Lipis dari rumah di Sungai Koyan untuk menguruskan anak jantan aku masuk ke asrama..dah tingkatan 2 pun..Sebenarnya aku kena jadi mc arini untuk majlis pendaftaran pelajar Tingkatan 1sekolah aku tapi mohon pelepasan dari boss..
Usai je urusan kat SMK Seri Lipis,aku ajak mem pun pegi mengeteh kat kg. aku la..Kg.Kuala Lanar..Masa ntu dah pukul 10 lebih..Dah lama tak mengeteh kat warung Mak Su Sabar ni..Tempat lepak warga Kuala Lanar yg terdiri dari berbagai peringkat,..Kalau nak dengar berita terkini dan cerita sensasi datanglah ke sini. Semua ada..Dari sesi mengutuk Tok Empat,JKKK,JK Masjid,harga getah, mengecam kerajaan BN, memuji PKR semua ada..Tapi bila sampai kat sana, rupanya tutup arini,, nasib..nasibAku memecut semula ke Sungai Koyan dan menghantar mem ke rumah..(Bior dia bancuh teh sendiri kat rumah..he he ) aku ke sekolah untuk melihat suasana pandaftaran Tingkatan 1...
Warung maksu sabar yg cuti...Macam2 ada kat sini..
Lighter paling beso penah aku jumpa masa mengeteh dulu-dulu..
Ibubapa yg hadir mendaftar anak mereka..Ramai orang asli
Sebahagian anak orang asli yg akan masuk Tingkatan 1
Kaum bapa orang asli yg bersemangat untuk pelajaran anak mereka
Suasana pendafttaran dalm dewan selepas taklimat
Lagi suasana tersebut..Cikgu Paizah begiti sibuk sekali