Pelukan dan linangan airmata seorang guru terhadap pelajarnya yang akan melangkah ke dewan peperiksaan pada 18hb November ni
Hari ini 13hb November 2009 bersamaan hari Jumaat, sekolah aku mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM. Majlis diadakan di dewan besar sekolah dengan dihadiri oleh YDP PIBG sekolah, pengetua, semua GPK, kaunselor dan guru-guru yang mengajar tingkatan 5. Tujuannya bagi membolehkan para pelajar tingkatan 5 bermaaf maafan dengan guru dan memohon restu bagi mereka menghadapi SPM pada 18hb ni.
Dengan pelukan dan tangisan mengiringi dan doa semoga para pelajar tingkatan 5 beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.Para pelajar juga dibekalkan dengan alat tulis yang disumbangkan oleh pihak sekolah dan PIBG..
Aku menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada anak didikku dan memaafkan segala perbuatan pelajarku. Cuma aku meminta agar mereka membuktikan dalam peperiksaan nanti. AMIN..
5 ulasan:
dah banyak kali minta restu, tapi tak menjadi gak. tidak direstu guru atau mereka tidak minta dengan ikhlas ni... hehehe
Akhirnya ngku jumpa gak blog aku..tq..tq
Assalamualaikum, Syahdu juge yee cik gu bila dah sling memaafkan, saling rela merelakan..setelah bertahun mencurah ilmu, maka inilah kemuncaknya...
Assalamualaikum, Syahdu juge yee cik gu bila dah sling memaafkan, saling rela merelakan..setelah bertahun mencurah ilmu, maka inilah kemuncaknya...
Lady..Giteh la gayenye..Walaupun maroh, sakit ati, naik angin tetapi mereka tetap murid yg perlu ditegur,dibimbing, dinasihati.. Mereka tetap murid dunia akhirat..hu hu
Catat Ulasan