Sejak dua menjak ni,heboh pulak Malaya dgn cerita Wahabi. Ia menjadi besar apabila Dr.Asri bekas Mufti Perlis ditahan oleh JAIS dan dikaitkan dengan Wahabi.Aku percaya ramai rakyat Tanah Melayu tak paham pun pasal Wahabi.. Apatah lagi penduduk Kuala Lanar..Kalau paham pun ntah-ntah sesorang berdua je.. Tak percaya cuba tanya Pak Anjang Bakar Imam 2 Kuala Lanar..Gerenti terkial-kial nak menjawab.. Apatah lagi tanya ke Aziz Candu atau Mail Pok Yeh..lagi laa..Yang mereka tau abis mengeteh, gudang garam dan menoreh..Balik menoreh ulang mende yang sama..
Sedikit info amalam Wahabi yang aku petik dari pembacaan :
i. Dalam mempelajari ilmu usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yg diasaskan Ibnu Taimiyyah.
ii Dalam amalan fiqh,mereka tidak berpegang pada mana mana mazhab,malah boleh berpegang antara
satu sama lain.
iii Berpegang pada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kpd itjmak dan Qias.
iv Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul.
v. Melarang ziarah ke makam walaupun makam Rasulullah.
vi Menghancurkan semua tugu peringatan kerana boleh menyebabkan syirik.
vii Melarang membaca qasidah dan berzanji yg memuji Rasulullah, tahlil dan seumpamanya.
viii Melarang umat Islam menyambut hari kebesaran Islam seperti Maulidur Rasul, Israk Mikraj dll.
ix Melarang Umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
x Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dibuang jauh jauh.
xi Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan fatihah.
xii Tidak boleh membaca wirid-wirid yg memuji Rasulullah.
xiii Tidak boleh melagu lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh dibaca dengan lurus sahaja.
xiv Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
xv Amalan tariqah dilarang sama sekali.
xvi Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang sama sekali.
Sesat? Belum tentu..Mengelirukan? Ya... Tapi yg pasti fahaman ni amat sukar dikesan... Sori laa.. Ilmiah sikit..Wassalam
3 ulasan:
Assalamualaikum orang kola lano. Alhamdulillah bila baca n3 aok yang ini dapat satu lagi ilmu, terima kasih yee...
Sallam, seronok weh keh baca entri dalam blog aok nih, mengimbau kenangan silam, ada juga orang2 yang aok cakap tu keh kenal.
Aok ngajo demana sekarang nih? saja je nok tau..
Keh ngajo kat SMK Koyan weh..berkulat dah di situ
Catat Ulasan