Isnin, 31 Mei 2010

Kuala Lanar Kenangan 123

Pertandingan Kebersihan Kelas

Kelas 5 Ekonomi terus mengungguli pertandingan kebersihan kelas menengah atas apabila berjaya menungguli selama 4 minggu berturut-turut...

Rabu, 26 Mei 2010

Kenangan Kuala Lanar 122

Cendol oh Cendol

Waktu : Tengahari jam 1.00
Lokasi: Gerai sebelah Pasar Mini Kita Koyan 2
Minuman : Cendol berperisa gula kabung
Bintang : 3 1/2
Qoute : Sedapnya pekena di waktu cuaca yang membahang...sejuk je lalu kat tekak...



Isnin, 24 Mei 2010

Kuala Lanar Kenangan 121

Musim Peperiksaan Datang Lagi..

Musim peperiksaan sekolah datang lagi.Kali ni peperiksaan setengah tahun atau dikenali sebagai P2.. Kali ni soalan dibuat secara berkelompok dimana seluruh negeri Pahang menggunakan kertas soalan yang sama.. Harap2 para pelajar dapat menjawab dengan cemerlang...

Para pelajar Tingkatan 5 Ekonomi sedang tekun menjawab kertas Mathematics 1
 

Ahad, 23 Mei 2010

Kuala Lanar Kenangan 120

Kura-kura dan Nombor

Tadi aku melawat blog Bro Yassin dari Jerantut yang mengisahkan tentang kaitan mimpi langgar babi dengan nombor ekor.Cerita tersebut mengingatkan aku kembali tentang satu peristiwa yg benar-benar berlaku kira-kira 20 tahun dulu.
Masa tu bujang lagi,baru-baru  mengajar..Suatu hari datang member,budak kampung tempat aku mengajar tu laa ke rumah.Dia mengajak aku menemaninya ke Gua Musang, Aku pun menyarung baju dan seluar dah beres..

Selepas menuruni kawasan Bukit Tujuh, dekat-dekat area Felda Chegar Perah , tetiba dia membrek keretanya secara mengejut dan berhenti di tepi jalan.
"Nape weh?" Aku bertanya.
"Acu aok tengok tu, amende yg tengoh melintas jalan?" Tanyanye.
"Laa..kekura..mende yg peliknya." jawabku.
"Kata orang, kalu kekura  melintas jalan,kita tangkap dan gosok badannya,ada nombor keluar.Pastu kita belilaa..Takpe..kita tunggu dia melintas dulu", katanya dengan penuh harapan.
Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal..
Kura-kura tu dengan selambanya melintas jalanraya perlahan-lahan..Tiba-tiba dari jauh kedengaran bunyi kenderaan yg datang..rupa-rupanya lori balak..
Praaap...praapp....leper kura-kura tu digilis lori balak..Membe aku tadi bergantang sumpah seranah kat driver lori yg telah meragut kekayaan yg hampir menjadi nyata..
Aku terduduk ketawa besar....meleleh air mata....Sampai sekarang kalau jumpa membe ni pasti aku ketawa besar...

Sabtu, 22 Mei 2010

Kuala Lanar Kenangan 119

Lesen

"Aii bang..laju je..nak kemana tergesa-gesa ni?"
"Nak gi renew lesen, dah nk mati"..
"Buatlah 5 tahun punye lesen, tak payah nk pegi ke pejabat pos nak renew sokmo. Lesen kereta ke lesen motor?"
" Tak..Lesen guru"..Jawan Cikgu Mat dengan selamba..
Begitulah agaknya situasi sekiranya cikgu dikehendaki mempunyai lesen mengajar.. 

Jumaat, 21 Mei 2010

Kuala Lanar Kenangan 118

Alam dan Telefon Genggam

Ni la gambar yang aku sempat ambik sejak ketiadaan kamera digital.Guna henpon je.. Ntah bila la aku nak dapat kamera digital baru..DSLR kot...
 

Khamis, 20 Mei 2010

Kuala Lanar Kenangan 117

Apabila Pelajarku Memonteng

Hari semalam aku berjaya menangkap 2 kali pelajarku memonteng..Waktu tu jam 1.30 tengahari.. Seorang sedang lena di bilik moral dan sekumpulan sedang bersembunyi di bilik TV sambil berbaring2.. Puas guru kelasnya mencari..Semuanya pelajar orang asli.. 
"Panas cikgu duduk dalam kelas"....tu la alasan yang diberi..