Jumaat, 23 April 2010

Kuala Lanar Kenangan 104

Aku Yang Tertewas

Akhirnya aku tertewas apabila tidak berupaya mengupdate blog sekerap yang mungkin. Aku terpaksa akur dengan desakan-desakan tugas yg bertimpa-timpa di atas batu jemala patik. Keinginan untuk menulis sentiasa membuak tapi tangan tak berupaya untuk mengetuk kekunci laptop...Kepenatan semakin terasa tanda usia semakin tua, tenaga semakin berkurangan cuma semangat je yang tinggal.....

Khamis, 15 April 2010

Kuala Lanar Kenangan 103

Perahu Hanyut

Petang semalam sedang aku menghirup secawan teh di kedai di pinggir sungai Jelai di Kuala Medang, aku dihampiri seorang kenalan minta pertolongan mengusung perahu dari bengkelnya ke sungai..Semanat ingin menolong byg berkobar-kobar dan dibantu oleh beberapa orang lain,kerja yg berat menjadi ringan. Rupa-rupanya dia mendapat kontrak membuat 5 buah perahu untuk digunakan dalam penggambaran filen 'Hanyut' di Padang Tengku...Hari tu tiga buah perahu berjaya disiapkan dan dibawa turun ke sungai...
 
 

Rabu, 7 April 2010

Kuala Lanar Kenangan 102

Buku bang?

Tadi aku ke Lipis berjumpa dgn bapak harimau untuk mengeluarkan sisa-sisa wang ada..huhu... Keluar je dari pintu bank aku disapa oleh seseorang..

"Bang..bang..beli buku bang...Membeli sambil bersedekah bang..Ilmu dapat, pahala dapat..Derma untuk anak yatim bang..."

Aku merenung gadis yg menghulurkan beberapa buah buku kepada aku..Semuanya buku agama.
" Laaa..awak lagi..Bukan ke minggu lepas saya jumpa awak kat depan Maybank Kuantan?" kata ku sambil tersengih.

"Yeke bang?..Takpelaa.." Dia terus berlalu...
Aku menggaru-garu lagi kepala yg tidak gatal..

Aku teringat peristiwa beberapa bulan lepas di Pasar Tani Kuantan di pekarangan Stadium Darul Makmur apabila sekumpulan pemuda yg kelihatan warak membuat kutipan derma pembinaan masjid. Jelas tertera pada tin kutipan derma tu - Derrma Pembinaan Masjid Kg.Pagar Sasak,Kuala Lipis.. Sedangkan yg aku tau masjid Pagar Sasak  masih lagi kukuh dan tersergam indah..
.
Bila tin derma dihulurkan kepada aku, dan menerangkan pembinaan masjid Pagar Sasak, aku berterus terang je..
"Encik, saya ni duduk lama di Pagar Sasak tapi setau saya masjid tu kukuh,cantik,baru dan bersih lagi"...

Pemuda tu merenung aku dan berlalu pantas memanggil kawan-kawannya dan segera beredar...
Dunia..dunia..

Selasa, 6 April 2010

Kuala Lanar Kenangan 101

Cerita 2

Tadi semasa di sekolah,aku ditanya oleh seorang rodong aku... Dia tanya mengapa anjing bila kencing mesti angkat kaki sebelah?...Walaupun aku tau jawapannya kerana cerita ni biasa aku dengar masa camping pengakap tapi demi menjaga hatinya aku cakap la tak tau...Aku janji esok baru beri jawapan..... Ha ha ha... Aokme tau jawapnnye? Takpe esok aku beri jawapan...hehe

Kuala Lanar kenangan 100

Cerita 1

Setelah sekian lama aku tak berblog kerana laptop aku ditimpa masalah yg hanya selesai semalam...Dalam tempoh tersebut,kadang-kadang hanya menjenguk rodong-rodong sekejap-sekejap dgn menggunakan hak kerajaan dlm makmal komputer..Sempat meninggalkan komen2 mana yg sempat dijenguk....Bukan hal di atas yg nak diceritakan tapi hal lain....

Setelah usai persekolahan petang tadi kira2 jam 3 petang, aku menuju ke gerai menjual air kelapa muda di tepi jalan. Sebaik aje ku keluar kereta, aku dihampiri oleh seorang tua yang layak dipanggil aki bersama seorang budak dalam lingkungan 10 atau 11 tahun..

"Cikgu..cikgu...tunggu kejap...' sambil dia menongkatkan motornya. Dgn pantas dia meluru ke arah ku dan menghamburkan kata-kata yg berapi-api...Macam2 la...

Aku terkebil2 dan terpinga-pinga..Tak tau hujung pangkal..Akhirnya aku faham dia marah kerana henpon cucunya dirampas oleh cikgu...Aku diam tak berkata sepatah pun cuma membiarkan dia berkata2 yg bukan2..Hati makin panas tapi sabar masih ada..Pakcik jual air kelapa tu pun terpinga-pinga.

Baju orang tua tu ditarik oleh cucunya beberapa kali...Akhirnya cucunya berkata...
"Aki..bukan cikgu ni yg ambik henpon saya..Cikgu sekolah saya, cikgu ni ngajar kat sekolah menengah, mana dia tau.." kata cucunya...

Dia memandang aku dan terus menyetat motor berlalu dgn cucunya.Sepatah mende pun tak terucap kat aku. Aku terkebil2 sambil mengaru-garu kepala yg tak gatal...

Pakcik jual air kelapa tu menepuk bahuku.."Sabo la cikgu..Nah minum lagi air kelapa ni..freee.." katanye...
Aku tersengih jela..Cuma aku berazam petang esok dan petang2 seterusnya, aku nak cari balik orang tua kat kedai, bukan ape..nak belanje minum teh je...Takpun aku nak lalu lalang depannye....hehe

Ahad, 28 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 99

 Hanyut.....

Tadi dalam perjalanan balik ke Kuala Lanar dari Sungai Koyan, aku sempay meyimpang ke pekan sari Padang Tengku...Dah lama tak pegi.. Jumpa la sorang membe aku.. Dia bertanya jika aku berminat untuk menjadi pelakon tambahan filem Hanyut arahan U-Wei Shaari yg akan memulakan penggambaraan tak lama lagi di pinggir Sungai Jelai,Padang Tengku..Aku tergelak besar..Takde dlm kamus hidup aku nk berlakon...

Aku sempatlah meninjau persiapan props filem tersebut dari jauh..takleh nak masuk kawasan.Kayala membe ku tu kerana kebun getahnya disewa untuk lokasi.Pembinaan sebuah banglo di tepi sungai sedang rancak dibuat..Dengarnya banglo tu akhirnya akan di bakar...filem..filem..

U-Wei

Sabtu, 27 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 98

Khidmat Terakhir

Berakhirnya khidmat kamera aku canon powershot A430...Walaupun tak berapa canggih tapi banyok jasanye...Tetiba je buat hal..ye la dah berusia...


gambar terakhir...