Isnin, 30 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 45

Sungai Koyan Yang Unik

Saje aku nak bersurah pasal sungai Koyan. Aku bukan lahir kat sini tapi mem besar aku orang sini. Aku kerja pun kat sini. Aku kenal sungai koyan ni bila menikoh dengan orang sini tahun 1993.

Unik?
i. Masyarakatnya majmuk.. betul-betul 1Malaysia. Semua negeri ada,termasuklah India,China,orang
   asli ,Indon,Bangla, Pakistan,Siam dll ..maklumlaa kawasan felda.
ii. Terletak dalam dearah Lipis..Urusan tanah, hasil, pendidikan (mulai tahun 90-an,sebelum ni di bawah
   Raub)  semuanya berurusan di Lipis.
iii. Tapi urusan eletrik(TNB), air(JBA) dan JKR(bangunan) terletak di bawah Raub.
iv. Poskod 27650 RAUB
v.  Parlimen Cameron Highlands (Dato' SK Devamany)

Kesimpulan : Jadilah orang koyan ni berurusan di banyak daerah,padahal mende tersebut boleh setel di satu tempat je.. Pening la juga kekadang tu..



Maghrib Di Sungai Koyan


 Hujan di Sungai Koyan

Ahad, 29 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 44

Motor Sungai Mail Geduk

Masa aku kecik-kecik dulu, pengangkutan dan perhubungan utama untuk ke bandar Lipis ialah keretapi. Selain itu jalan sungai merupakan alternatif yg sangat popular. Dari Kuala Lanar ke K.Lipis akan mengambil masa kira-kira 45 minit jika ikut sungai.Jika musim kemarau,perjalanannya semakin sukar dan mungkin memakan masa sejam lebih. Tambang masa tu kira-kira 50 sen seorang. Bagi yg berkemampuan mereka membeli bot panjang dengan menggunakan enjin sangkut seperti Johnson, Suzuki dan Evinrude.

Tapi yg paling popular sekali ialah motor sungai kepunyaan Tok Omar..Dia membeli sebuah bot nelayan laut yg agak besar dan dijadikan sebagai bot penambang dari Kuala Lanar ke K.Lipis.Bot tersebut boleh memuatkan kira-kira 20-30 orang. Hasil getah, durian juga turut dimuatkan di dalam bot ini. Ia sangat popular kerana satu-satunya bot yg berupa sedemikian.. Kalau ke K.Lipis masanya agak lambat kerana melawan arus. Bot ini menggunakan enjin diesel seperti enjin lori..

Kalau musim perayaan, bot ini sarat dengan penumpang dan barangan.Kadang-kadang kalau permintaan tinggi,ia kan membuat beberapa perjalanan pergi dan balik.. Bot ini juga boleh disewa khas bagi tujuan-tujuan tertentu seperti membawa rombongan pengantin atau perlawanan persahabatan.. Masa aku budak-budak dulu,aku suka duduk di atas bumbung bagi menikmati pemandangan di kiri dan kanan sungai Jelai. Satu lagi,bebudak suka sangat membantu pemandu bot mengepam air keluar dari bot.. Bunyi bot yg kuat menyebabkan ianya dapat didengar dari jauh.

Dari jeti K.Lanar,bot ini akan melalui beberapa kampung kecil seperti Tanjung Menaun, Lubuk Belida, Lubuk Telur,Belalai danTanjung Lipis..Kalau ada yg ingin menumpang di pertengahan jalan,cukup dengan melambai-lambai dan menjerit dari tepi tebing sungai.Bot akan singgah mengambil penumpang.Begitu juga semasa balik, cukup dengan memberitahu pemandu bot tempat untuk singgah.Segala-galanya beres.

Bila Tok Omar bersara membawa bot atas faktor usia,ia diambil oleh menantunya,Mail. Geduk..geduk..geduk..bunyi bot tersebut. Ini menyebabkan Mail mendapat gelaran Mail Geduk.. Tetapi apabila K.Lanar menerima pembangunan, dengan jalanraya terbentang luas, bot Mail Geduk semakin sepi dan akhirnya Mail beralih arah menjadi seorang penoreh getah tegar.. Kini bot Mail geduk hanya menjadi bualan sesekali di kedai kopi K.Lanar.. Terima kasih Tok Omar dan Mail Geduk atas khidmat yg banyak jasa kpd penduduk Kuala Lanar.

Lebih kurang macam ni la rupanya Bot Mail Geduk, cuma saiznya yg kecil sedikit


Ni adik beradik motor sungai Mail Geduk..cuma takde tiang-tiang..


Kuala Lanar Kenangan 43

Program Merakyatkan Seni Budaya Homestay Kuala Medang,Kuala Lipis

Petang tadi,aku pergi menyaksikan program Merakyatkan Seni Budaya Homestay Kuala Medang. Macam-macam acara dijalankan dari pagi sehingga malam ni..Malam ni ada Jefridin dengornye..



Acara Menganyam Ketupat

Inai Di jari..S.Jibeng Betau..Peserta karoeke

Gelisah..Mad Jais Pantos

Menyumpit kite..


Pameran Gasing Malaysia

Peserta Sepak Raga Ratus Perempuan dari Serau,,Company Tok 4 Sudin

Gaya hebat tapi tewas...

Sabtu, 28 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 42

Eksiden

Kereta Abe Joe Tokey Abe Jo Remote Car Cafe yg eksiden di Batang Kali beberapa hari lepas.. Tiada kemalangan jiwa.


BERHATI-HATI DI JALAN RAYA..MALANG TIDAK BERBAU!


Kuala Lanar Kenangan 41

Kisah Sembahyang Raya Haji

Masa raya haji baru ni, aku sembahyang raya kat sebuah surau. Disebabkan ramai sangat yg hendak sembahyang raya dan aku pulak terlewat sampai, aku bersolat di bahagian luar surau yg telah siap dibentang tikar. Ramailah yg senasib dengan aku sembahyang kat luar.

Selesai solat,khutbah hari raya pun dibaca oleh khatib. Sedang aku khusyuk (walaupun sebenarnya tak berapa khusyuk) mendengar khutbah, tetiba muncul dua orang manusia yg lengkap berpakaian baju melayu dan bersampin mahal,mungkin dua beranak duduk di belakang aku.. Aku mendengar si bapak memberitahu si anak.."Puhh..nasib baik kita sempat sampai,orang tak sembahyang lagi,baru baca khutbah.." kata si bapak dengan konfiden.. Aku mengaru-garu kepala yg tak gatal.Dah la bercakap dengan suara yg agak kuat. Gerenti orang kiri kanan dengar..Selepas khutbah raya,majlis pun berakhir..Aku melihat si bapak terpinga-pinga dan lekas-lekas menarik tangan si anak ke kereta..Aku terdengar beberapa orang bebudak yg dok dekat si bapak tadi ketawa terbahak-bahak.. Moralnya :???????? Ingat sembahyang Jumaat kot...

Rabu, 25 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 40

Kedai Daging Bakar Kg.Melaka

Tengahari tadi aku berkesempatan untuk makan tengahari di kedai Din @ Sani di Kg. Melaka,Kechau. Dah lama aku tak makan kat sini. Ni salah satu kedai peberet aku kalau nak makan memuaskan hati. Aku dah jadi sebati dengan kedai makan ni sejak aku mengajar kat SK Pagar Sasak tahun1990 lagi. Menunya tak berubah dan yang paling penting rasanya tak berubah menepati selera aku.

Kedai ni kepunyaan Din@Sani orang Kg.Melaka tu la.Kedainya biasa-biasa aje diperbuat dari papan. Kedai ni menjadi tumpuan ramai. Lokasinya terletak kira-kira 1.5km dari stesen minyak Petronas Kechau menghala ke Gua Musang. Kedai ni terletak di sebelah kiri jalan menghala ke Kelantan. Menu utama kedai ni ialah daging bakar yg dicicah dengan kicap spesel. Selain itu ikan bakar seperti kembung, talipia, ikan sungai dll. Dan sudah pasti gulai asam tempoyak ikan patin atau ikan sungai yang dicampur dengan mentimun tahun.. Memang terangkat. sayur-sayur yg menyelerakan. Terdapat juga ayam, sayur masak air,mcm2 laa..

Kedai ni di buka dari sebelah pagi hingga petang..Tapi untuk tengahari,kalau lewat,gerenti tak merasa daging bakar..Aku memang rekemen kedai ni.. Gerenti korang tak menyesal..

Isnin, 23 November 2009

Kuala Lanar Kenangan 39

Cerita SPM lagi..

Tadi SPM paper Mathematics 1 dan 2 serta ICT.. Mathematics 2 mula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Kertas 2 ni subjektif.Kertas 1 objektif. Kertas objektif tiada masalah, semuanya berjalan lanacar dan calon-calon pun menunduk je menjawab.

Kertas 2 mathematics bermula dengan sempurna. Kira-kira sejam waktu berlalu, aku menjengah dewan periksa yg ke dua.Dewan ni menempatkan pelajar-pelajar kelas hujung.. Sebahagian besarnya telah lena bersama renyai hujan yang turun. Yang belum lena mencakar-cakar kerta soalan.Habis segala gambar dilukis, menandakan mereka tak mau menjawab dah..Tapi arahan pengetua mereka melarang keluar selagi masa belum tamat. Ketika aku memerhati dari meja hadapan dewan, tetiba seorang calon lelaki mengangkat tangan dan aku segera menghampirinya.
"Cikgu saya nak keluar,dah tak boleh jawab..Habis dah saya pikir, ni jela saya boleh jawab" katanya selamba. Aku merenungnya sambil tersenyum.
"Awak dah hisap rokok pagi ni?" Tanyaku serkap jarang.
"Belum lagi cikgu.. tak sempat nak hisap rokok tadi.Kalau saya hisap rokok mungkin saya stay sampai abis", tambahnya..
"Dah..awak boleh hantar jawapan dan boleh meninggalkan dewan peperiksaan", tukasku.
Dia dengan senyum lebar meninggalkan dewan sambil mengenyit mata kepada membernya. Tak lama kemudian membernya turut keluar setelah menghantar jawapan yg tak berupa jawapan. Nak buat macamana, peraturan mengatakan calon boleh meninggalkan dewan peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan berjalan, walaupun pengetua melarang.Kalau dok dalam dewan pun,mengacau orang lain yang nak menjawab je..

Jam 2.00, kertas ICT bermula.Calon tak ramai 24 orang je..Kertas ni berakhir jam 4.30 petang. Sepuluh minit sebelum pukul 4, dewan dah pun terang.Semua telah kelaur dengan senang hati. Kami pengawas peperiksaan pun senang hati, kerja boleh dibereskan awal...