Stesen Kereta api Kuala Lipis
Sunyi....
Batu peninggalan Bukit Telur dekat Kuala Lanar
Tahun 60-an - 80-an keretapi adalah pengangkutan utama bagi penduduk K.Lipis. Tempat paling havoc dan happening kat Lipis ialah stesen keretapi. Suasana yang penuh sesak dengan penumpang yang ingin ke destinasi masing-masing.Diselang seli dengan suara tok peraih dan kakitangan stesan keretapi yang bercampur aduk..Memang meriah.
Suasana akan bertambah meriah pada hari Sabtu iaitu hari berkumpulnya umat Lipis di pekan sari..Pepagi buta lagi suasana di stesan keretapi Lipis sudah hiruk pikuk dengan manusia..Manusia dari Kuala Lanar, Sibar, Batu Sembilan,Lentang,Kerambit,Mela,Limau Purut, Sungai Lik memenuhi ruang. Keretapi dari Kelantan memuntahkan manusia dari Kuala Ketir,Padang Tengku, Kuala Telang, Batu Yon, Berengkam, Dura, Aur Gading, Chegar Perah, Merapoh dan Gua Musang...Masing-masing pasang badan dgn fesyen terkini...
Tetapi kini ia agak sepi dan tidak lagi semeriah dulu apabila jalanraya mengambil alih pengangkutan manusia.. Tetapi yang pasti stesen keretapi Lipis semakin sepi...