Sabtu, 24 Julai 2010

Kuala Lanar Kenangan 131

Boya


Korang kenal boya? Sejenis pengangkutan air yang digunakan untuk menyeberang sungai. Rupanya seperti sampan bersaiz besar dan diperbuar dari keluli..berat.. Untuk menggerakkannya tak perlu dikayuh dgn pendayung cuma menggunakan kuasa air sungai dgn cara mengawal tali atau kabel yg merentangi sungai ... Kat Lipis ni terdapat di Kuala Lanar dan Tanjung Gahai tapi dh semakin dilupakan...Ada gak orang yang memanggil feri...
Boya di Kg.Kuala Lanar untuk menyeberang Sungai Jelai

Rabu, 21 Julai 2010

Kuala Lanar Kenangan 130

Durian Datang Lagi..

Musim durian datang lagi walaupun tak semeriah musim lepas...Kat sini ada bebrbuah tapi tak banyak.Lepasla nak buat tempoyak bg bulan puasa ni...Jgn makan banyak2 sangat,..darah naik...

Isnin, 5 Julai 2010

Kuala Lanar Kenangan 129

Perkhemahan Bersepadu SMK Sungai Koyan 2010

Perkhemahan Bersepadu peringkat sekolah telah selamat dijalankan...Melibat 8 unit beruniform. Memang mencabar kerana hujan turun mencurah-curah pada malamnya.Lumpur sampai ke kepala..Aktiviti berjalan dengan lancar......

Selasa, 22 Jun 2010

Kuala Lanar Kenangan 128

Penyejuk Tekak

Nama : ABC Penang
Lokasi : Food Court Giant Kuantan
Bintang : 4

Khamis, 10 Jun 2010

Kuala Lanar Kenangan 127

Kad Pengenalan

Aku baru terjumpa ic ni kat pejabat pendaftaran negara ..Masih belum dituntut..Korang kenal tuan punya ic ni...?

Khamis, 3 Jun 2010

Kuala Lanar Kenangan 126

Iklan

Aku terjumpa iklan berikut di FB sedara aku..Menarik gak....Tak berhajat ke mengisi kekosongan?

Rabu, 2 Jun 2010

Kuala Lanar Kenangan 125

Batu Kurap

 Orang Lipis mesti tau tempat yang bernama Batu Kurap...Sape yg tak tau tempat ni kat mane , sah lah dia bukan orang Lipis....Sekarang nama tempat ni telah ditukar kepada Desa Jeram Batu...Ia disaran oleh seorang pemimpin politik tempatan kerana menurutnya ada unsur2 SX.....hehe