Ahad, 28 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 99

 Hanyut.....

Tadi dalam perjalanan balik ke Kuala Lanar dari Sungai Koyan, aku sempay meyimpang ke pekan sari Padang Tengku...Dah lama tak pegi.. Jumpa la sorang membe aku.. Dia bertanya jika aku berminat untuk menjadi pelakon tambahan filem Hanyut arahan U-Wei Shaari yg akan memulakan penggambaraan tak lama lagi di pinggir Sungai Jelai,Padang Tengku..Aku tergelak besar..Takde dlm kamus hidup aku nk berlakon...

Aku sempatlah meninjau persiapan props filem tersebut dari jauh..takleh nak masuk kawasan.Kayala membe ku tu kerana kebun getahnya disewa untuk lokasi.Pembinaan sebuah banglo di tepi sungai sedang rancak dibuat..Dengarnya banglo tu akhirnya akan di bakar...filem..filem..

U-Wei

Sabtu, 27 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 98

Khidmat Terakhir

Berakhirnya khidmat kamera aku canon powershot A430...Walaupun tak berapa canggih tapi banyok jasanye...Tetiba je buat hal..ye la dah berusia...


gambar terakhir...

Kuala Lanar Kenangan 97

Mesyuarat Agung PIBG

Tadi sekolah ku telah selamat menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31. Mesyuarat telah dirasmikan oleh YB Dato' SK Devamany, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap MP Cameron Highlands.. Ni la uniknya Sg.Koyan, berada dlm daerah Lipis, Parlimen Cameron Highlands, poskod Raub.. beliau telah meluluskan peruntukan tabung PIBG,RM3000.00, 2 unit canopy dan 2 unit air-cond.. dan yg paling best, modul PMR dan SPM bernilai RM30 000.00...Kehadiran memuaskan. Aku selaki SU amat berpuashati...walaupun penat dah byk hari.... TQ semua...




Khamis, 25 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 96

Penat..Letih..Stress..Tensen

Minggu ni,aku rasa betul-betul penat..letih..entah-entah darah naik...Macam2 mende nak setel..Akhirnya setel gak cuma da mende2 kecik perlu di setel lagi...Mula2 urusan markah ujian yg baru lepas,macam2 borang nak kene isi,pastu berkejor nak setel mesyuarat agung PIBG hari sabtu ni..5,6 kali berulang-alik ke Raub dan Lipis..Kejohanan Hoki daerah pulok,jadi tuan rumoh..Nasib baik johan...Aduss.. tapi nilah cabaran...Baru lah terasa ke penatnye...


..

Ahad, 21 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 95

Ronda-ronda Bandar Diraja Pekan

Baru-baru ni aku gi meronda bandar Pekan...Sesaja je..dah lama sangat tak menjejak kaki ke sini. Kebetulan aku balik menjenguk rumah di Kuantan, bawa lah keluarga meronda..






Kuala Lanar Kenangan 94

Melepak


Orang Lipis memanggilnya kedai kuning.Lokasinya di stesen bas lama Lipis. Kedai ni kepunyaan seorang peniaga India yg menjual surat khabar dan majalah. Disini juga tempat melepak atau pot golongan orang pencen atau orang dah berusia..Sekitar jam 9 kawasan ini akan dipenuhi dengan golongan ini yg datang membeli akhbar dan berjumpa kawan-kawan selain mendapatkan berita terkini mengenai seseorang... Sekitar jam tersebeut, orang muda dilarang duduk di sini kerana bukan masanya lagi...he he

Sabtu, 20 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 93

Apabila Sampai Detiknya...

Keadaan kereta arwah Nizam yg remuk
Awal minggu ni, aku dikejutkan dengan perginya seorang member aku yang berasal dari Kg.Kuala Medang. Beliau yang bertugas sebagai seorang guru di Kapit,Sarawak terkorban apabila kereta yang dipandunya terbabas di selekoh berhampiran Sungai Koyan..Dua orang sahabatnya yg sama-sama berada di dalam kereta tu hanya cedera ringan..Begitulah ketentuan Illahi, bertugas di Sarawak akhirnya menamatkan cerita sebuah kehidupan di kampung halaman sendiri..Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang soleh..


Kuala Lanar Kenangan 92

Menyepi

Tetiba je streamyk rumoh aku breakdown..Masa tu aku berada kat Kuantan..Balik je takleh nak memblog.,Setelah menghubungi TM Sg.koyan..pepagi tadi membe tu terjongol kat rumah aku. Setel..Minta maaf la kpada member2 blog, menyepi kejap... Hari ni dah ok dan aku boleh memblog balik....Bravo...

Hari ni orang Lipis begitu sibuk menyambut PM tapi aku tak pergi pun. Bukan pe,memikirkan jalan menghala ke Dataran Lipis yg ditutup dan terpaksa berjalan jauh...Apatah lagi hari ni sibuk dgn pekan sari....Laagi la berserabut...tu yang aku malas ....

Sabtu, 13 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 91

Apabila PM Nak Melawat Lipis

Minggu depan PM Malaysia akan melawat Lipis kerana nak merasmikan ulang tahun ke-50 Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.. Maka cerialah bandar Lipis.Jalan yg berlubang sekian lama dan dah berbuih mulut orang Lepih mengomel diturap baru...Landskap pun bertambah..Macam2 mende ada..Aku pun menggaru-garu kepala memikir..Kalau PM tak datang,haruslah orang Lipis setiap hari mengelak lubang, bonggol jalan raya..Itulah rahmatnya PM nak datang...

Tapi aku konpius gak,apsal Lipis dipilih menjadi tuan rumah menyambut ulang tahun ni..Agaknya PM nak menengok rumah tumpah darahnya dulu...Apa pun selamat datang Pm..Harap2 lepas ni macam2 lah orang Lipis dapat..bekas ibu negeri Pahang...Kalau la sampai sekarang Lipis jadi kepala negeri,tak la macam ni Lipis arini..Agoknye laa... Ni ada beberapa gambo Lepih...Tapi yg biasanya ujan akan turun...Ni pun dah 2,3 ari ujan,walaupun tempat lain kering....
Sori la termengomel sikit hehe....





Jumaat, 12 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangann 90

Apabila Kesuntukan Masa

Dah seminggu aku tak berkesempatan nak memblog..Kesibukan diluar jangkaan..Urusan family menghambat laju.Urusan kerja tak jemu bertandang. Tamu tak diundang datang menjenguk.Semuanya menuntut masa yang sedikit tu..Macam tak cukup 24 jam..Padahal Allah dah betul susun aturnya..tapi itulah kelemahan aku. Belum pernah lagi aku bermesyuarat 4 hari berturut-turut selepas waktu persekolahan yg menjangkau lewat.. Result SPM perlu diuruskan..STF lagi..PIBG nak jemput Timbalan Menteri lagi.. Tapi tu slow2 boleh setel.. Balik rumah terkapar letih...Kadang2 tu sempat jugak la buat komen kat beberapa entri sahabat2..Nak menulis di entri sendiri tak sempat..hehe..

Kalau dapat berehat sebegini setiap kali selepas keletihan..Puhh

Rabu, 3 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 89

Pendidikan Seks

Guru di Malaysia belum bersedia mengajar pendidikan seks di sekolah..(Kenyataan akhbar hari ni)...      Tapi aku bersedia..he he..Boleh gitu?

Kuala Lanar Kenangan 88

Oh..Jejaka Lombok..Cinta itu buta Pak!

Keluarga rayu anak gadis pulang


LIPIS - Suasana muram menyelubungi sepasang suami isteri di sini yang kehilangan anak gadis berusia 30 tahun sejak 14 Februari lalu dipercayai kerana mengikut seorang warga Indonesia.
Mat Ali Mat Amin, 67, mendakwa anaknya, Rozita Mat Amin, 30, dilarikan seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai penoreh getah di perkampungan Pos Betau ke Lombok Timur, Indonesia.
Menurutnya, kehilangan anaknya yang bekerja di sebuah kedai makan tidak jauh dari perkampungan tersebut disedari selepas setiap panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berjawab.
”Rozita ada menghubungi ibunya, Jariah Ishak, pada 14 Februari lalu dan menyatakan untuk bermalam di bandar Lipis dan ibunya telah mempercayai kata-katanya.
”Namun, pada 15 Februari Rozita telah menghubungi ibunya sekali lagi dan menyatakan telah berada di dalam kapal menuju ke Lombok Timur, Indonesia,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian: di sini.:
Mat Ali berkata, dia sekeluarga tidak pernah mengenali lelaki tersebut dan tidak mengetahui Rozita menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.
”Rozita, anak nombor empat daripada lapan beradik tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga malah rapat dengan adik-beradiknya.
”Tiada apa yang akan menggembirakan kami sekeluarga selain daripada dapat melihat Rozita ada bersama ketika hari pernikahan adik bongsunya, Nurul Atimah pada bulan Mei nanti,” katanya.
Mat Ali, seorang jaga di sebuah ladang Felcra di sini, membuat satu laporan polis di Balai Polis Sungai Koyan di sini pada malam 15 Februari mengenai kehilangan anaknya itu.
Sementara itu, ibu Rozita, Jariah Ishak berkata, dia sekeluarga menerima siapa sahaja pilihan hati Rozita untuk dijadikan suami.
”Saya berharap Rozita dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat dan membawa sekali lelaki yang menjadi pilihan hatinya.
”Saya terima ketetapan Tuhan dan kalau betul itu pilihan Rozita, kami sudi mengadakan majlis pernikahannya di sini,” katanya.
Jariah berharap kerajaan atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu membawa pulang anaknya itu terutama menjelang pernikahan anak bongsunya Mei ini.

Tu petikan akhbar Sinar harian hari ni..Muka depan lagi..Sabar la Pak De Ali.. Keluarga ni aku kenal sangat kerana rumahnya berhampiran dengan rumah aku menyewa kat Kuala Medang ni..Power Lombok ni..

Selasa, 2 Mac 2010

Kuala Lanar Kenangan 87

Ikan
 Tadi aku membeli beberapa ketul ikan kenerak  di Sungai Koyan..Nampak macam best je.. Setelah selesai proses memasak gulai asam tempoyak yg diuruskan oleh air jariku..Aku terus menerai.. Bab masak gulai masam ni aku akan masak sendiri..Rasanya kuahnya ok mengikut citarasa aku tapi rasa ikannya hancur.... Hancur harapan nak menikmati gulai masam kenerak dgn jayanya. Setelah disiasat rupa-rupanya ikan ni diimport dari Gua Musang jadi rasanya tak sama macam ikan Sungai Jelai...

Nasib baik aku tak beli kepala ni...