Ahad, 23 Mei 2010

Kuala Lanar Kenangan 120

Kura-kura dan Nombor

Tadi aku melawat blog Bro Yassin dari Jerantut yang mengisahkan tentang kaitan mimpi langgar babi dengan nombor ekor.Cerita tersebut mengingatkan aku kembali tentang satu peristiwa yg benar-benar berlaku kira-kira 20 tahun dulu.
Masa tu bujang lagi,baru-baru  mengajar..Suatu hari datang member,budak kampung tempat aku mengajar tu laa ke rumah.Dia mengajak aku menemaninya ke Gua Musang, Aku pun menyarung baju dan seluar dah beres..

Selepas menuruni kawasan Bukit Tujuh, dekat-dekat area Felda Chegar Perah , tetiba dia membrek keretanya secara mengejut dan berhenti di tepi jalan.
"Nape weh?" Aku bertanya.
"Acu aok tengok tu, amende yg tengoh melintas jalan?" Tanyanye.
"Laa..kekura..mende yg peliknya." jawabku.
"Kata orang, kalu kekura  melintas jalan,kita tangkap dan gosok badannya,ada nombor keluar.Pastu kita belilaa..Takpe..kita tunggu dia melintas dulu", katanya dengan penuh harapan.
Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal..
Kura-kura tu dengan selambanya melintas jalanraya perlahan-lahan..Tiba-tiba dari jauh kedengaran bunyi kenderaan yg datang..rupa-rupanya lori balak..
Praaap...praapp....leper kura-kura tu digilis lori balak..Membe aku tadi bergantang sumpah seranah kat driver lori yg telah meragut kekayaan yg hampir menjadi nyata..
Aku terduduk ketawa besar....meleleh air mata....Sampai sekarang kalau jumpa membe ni pasti aku ketawa besar...

7 ulasan:

zamtavac berkata...

SALAM...

Gitulah gayenye kalu tahi judi ... macam - macam perkara pelik dibuatnya
tuk dapat nombor ekor....he he

Perentas masa berkata...

dia kalau geng nombor kabo kura2 tu lintas ikut besor jalan kalau hi way lagi besor nombor naik tapi rasenya pedoah

al-mankaraqi berkata...

pernoh jugek dengor orang citer gitu gayer......entohlar betol ke tidok kakakaka.....

Pengembara silam, berkata...

Gitu la gayenya kalu dah terkene taik judi ni..pungkor kayu pn blh buat menurun..

Hashim Zabidi berkata...

Kira-kira kuat juga member tu berusaha yek! Kena banyak sepak terajang. Maklumlah bukan senang nak jadi senang...he he he

Aku Anak Pahang berkata...

Salam weh lewat kawan membalias n3 aok ni..apapun mimpi mainan tido dan berangan org kita itu menyedapkan rasa aje megkala tak berusah goner nok senang hehehe...

Tanpa Nama berkata...

yg penting bersyukurla Allah dah elakkan dia dr perjudian...